Sabtu, 5 April 2014

INFO!! Ubah Akta, Kerajaan Patut Tangkap Red Bean Army! #RBA


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan mengkaji semula akta sedia ada berhubung kawalan terhadap laman sosial.

Merujuk kepada isu Red Bean Army (RBA) yang didakwa pro-pembangkang, Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata undang-undang siber yang baru dan lebih ketat perlu diwujudkan sebagai langkah membanteras kegiatan yang menjurus kepada kenyataan berbaur hasutan.

"RBA ini perlu diawasi dengan perundangan baru yang lebih ketat. Kalau boleh hukuman yang lebih berat seperti penjara terhadap sesiapa yang memainkan isu sensitiviti seperti agama, maruah negara dan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak di ibunegara semalam.

Turut hadir Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga ketua penerangan Mubarak.

Abdul Aziz berkata kebebasan tanpa sempadan boleh memudaratkan keamanan dan ketenteraman negara.

Dalam pada itu, beliau berkata Mubarak melahirkan rasa kesal dengan media siber yang sering melemparkan tohmahan melampau terhadap usaha kerajaan mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Abdul Aziz berkata media siber yang tidak bertanggungjawab itu dilihat sengaja memutarbelitkan cerita sebenar berhubung insiden kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas.

"Kami (Mubarak) sedih dengan tragedi ini dan usaha kerajaan dalam operasi mencari dan menyelamat diputar belitkan oleh media tempatan yang tidak bertanggungjawab terutama media siber," katanya.

Mereka ini sengaja memutar belit keadaan ini bagi mencari simpati orang ramai khususnya golongan muda dan memburukkan imej negara sekaligus dapat menggugat persahabatan dan hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia, katanya.

Katanya tindakan memutar belit berita, seolah-olah memperkecilkan usaha kerajaan yang telah diiktiraf dan dihargai oleh 26 negara yang terlibat sama dalam misi mencari dan menyelamat MH370.

"Negara China, Amerika dan Australia pun terlibat dalam misi mencari ini kenapa masih kata tidak menepati sebagai kerajaan bertanggungjawab? Tidak mungkin negara ini akan dapat bantuan daripada negara-negara besar ini sekiranya tidak bertanggungjawab?," soal Abdul Aziz.

Abdul Aziz menggesa masyarakat, khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan, sebaliknya perlu bijaksana menapis maklumat yang diterima bagi mengelak membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan.

- Bernama

Satu contoh dibawah, walaupun ini bukan red bean army, tapi kita taknak perkara macam ini berlaku lagi.

Kurang ajar, biadap, takdak agama dan bodoh!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pihak Berkuasa mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yg menghasut di media siber.
Tangkap dulu dan tahan mereka selama 70 hari. Tangkap seorang aje utk dijadikan teladan. Pastinya yg lain akan diam kerana takut.

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...

Rba rekaan khayalan umno...

Nak halal kan peruntukan besar bayar macai bodoh utk komen.

Orang...
Kan dah ada bukti tangkap ajalah.

Tak semua manusia murah macam korang boleh dibayar dibelilah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa hang menyalak pulak. Marah sgt dgn umno. Atau gila talak nak jadi perdana menteri.
Tarak akai.
PHUIH. . .

Tanpa Nama berkata...

Inilah macai pr. Orang cakap pasal penguatkuasaan undang2 untuk ketenteraman negara dia pun menyalak.
Takut kena tangkap ka ? Atau takut mak angkat yg buat satira politik tu ke dlm ?
BODOH ANJING. ! ! !

Tanpa Nama berkata...

Sapa sebut rba. Takda sapa sebut rba. Hang tiba2 meroyan tsk tentu hala apa sai ? Kuat sakit hang ?