Ahad, 18 Mei 2014

INFO! Kerajaan Negeri akan Perkasakan Industri Pondok di Kedah!! #HanyaDiKedah


Kerajaan Negeri berusaha memperkasakan institusi pondok dengan mengambil langkah meletakkan sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah tahfiz ke satu tahap yang lebih baik melalui kerjasama Kementerian Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara langkah yang diambil termasuk mengeluarkan bantuan untuk tenaga pengajar sekolah pondok.

Menurutnya, kerjasama itu juga bagi memastikan semakin ramai lepasan pondok di negeri ini mencipta nama di persada dunia, mengharumkan nama negeri dan negara dengan ilmu agama serta kemahiran yang dimiliki.

“Kita berhasrat melihat pelajar institusi pondok bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama tetapi juga memiliki ilmu akademik dan kemahiran supaya mereka dapat menyumbang kepada pembangunan ummah serta negeri.

“Sayang sekali jika aliran pengajian agama ini dibiarkan tanpa pembelaan, dipinggirkan tanpa usaha untuk memartabatkan kedudukannya sebagai institusi pengajian agama yang penting bagi umat Islam di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan merasmikan Dewan Shahidat Sempena Majlis Ihtifal 73 Tahun di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Padang Lumat, di sini.

Beliau menjelaskan, ramai lepasan pondok yang boleh diteladani, masing-masing tersohor dan disegani di peringkat dunia antaranya bekas Menteri Luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan yang berasal dari pondok serta berjaya melangkah ke Universiti Oxford.

“Sekolah ini lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pernah melalui peristiwa tragis pada 22 September 1989, apabila berlaku kebakaran di asrama puteri hingga mengorbankan 27 shahidat. Di atas tapak ini terbinanya Dewan Shahidat.

“Ramai tokoh mencurah bakti di sini termasuk bekas pengetua merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Jawatankuasa Zakat iaitu Yahaya Junid dan seorang ulama yang fasih berbahasa Arab, Urdu dan Inggeris iaitu Azhari Abdul Razak,” katanya.

Dato Seri Mukhiz bersama pelajar sekolah Pondok Pak Ya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buatlah baik mcm manapun puak2 ostad ni tetap kata UMNO jahat.. esok luasa PAS juga yg senyum sbb depa xpyh keluar modal apa.. x perlu tolong apa2 tp semua puak2 ostad ini tetap akan sembah ideologi parti mereka.. malah akan sumbang byk lg untuk PAS.. dan PAS akan hancurkan UMNO.. itulah cycle/ kitaran Islam di Malaysia..

janji pandai putar belit guna nama Agama.. melainkan Tuhan ubah jd mcm Selatan Thai.. kafir perintah dan tindas cukup2 bru kot nk sedar diri.. itupun Kelantan duk sebelah Pattani tp xsedar2 diri..