Ahad, 29 Jun 2014

INFO!! Panda di Zoo Negara Dapat Sambutan Hangat?



Zoo Negara yakin kedatangan dua beruang panda gergasi yang dibawa khas dari Chengdu, China bakal menarik kira-kira 1.1 juta pengunjung sehingga penghujung tahun ini memandangkan sambutan mengga­lakkan selepas baharu dua hari dibuka kepada orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly Ahmat Lana berkata, sejak semalam, kunjungan yang diterima amat luar biasa iaitu empat kali ganda daripada kebiasaan dan dianggarkan 60 peratus daripadanya datang untuk melawat panda.

"Pada hari biasa, jumlah pengunjung yang direkodkan lebih kurang 300 setiap hari namun semalam, kami menerima lebih 1,300 pelawat manakala antara 700 hingga 800 daripadanya membeli tiket untuk melihat Xing-Xing (panda jantan) dan Liang-Liang (panda betina).

"Pihak zoo amat optimis dengan sambutan memberangsangkan daripada masyarakat dan saya yakin pendapatan juga akan dapat ditingkatkan hampir dua kali ganda berbanding tahun-tahun terdahulu," katanya ketika ditemui di Pusat Konservasi Giant Panda, di sini hari ini.

Tambah Rosly, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta anak-anak yatim yang berpeluang menikmati pemberian tiket percuma bermula hari ini sehingga 27 Julai depan (kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum) dijangka menambah bilangan pengunjung ke Zoo Negara.

"Harga tiket adalah sangat berpatutan iaitu bagi warganegara, RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala untuk pelancong asing, kadar bayaran yang dikenakan hanya RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak)," jelasnya.

Sementara itu, ibu angkat Liang-Liang yang dahulunya digelar Feng Yi, Chet Chin, 55, dia menyertai program sukarela di Zoo Negara selepas kedatangan panda berkenaan bagi membantu menyalurkan informasi dan berkongsi maklumat kepada pihak zoo.

"Sebelum ini saya akan terbang ke China pada setiap tahun untuk melawat Feng Yi (Liang-Liang) yang sudah saya ambil sebagai anak angkat sejak sebulan dilahirkan lagi namun saya amat bersyukur kerana sekarang ia dibawa ke Malaysia dan saya berpeluang melihatnya dengan lebih kerap," katanya yang turut menjadikan bayi kepada panda itu di China sebagai anak angkat.

Bagi pekerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Zulkifli Md. Amin, 46, dia dan keluarganya sanggup datang dari Temerloh, Pahang ke Kuala Lumpur untuk menjadi antara yang terawal melihat sendiri kedua-dua haiwan itu secara dekat.

"Saya turut merasa bangga negara kita dapat membawa haiwan-haiwan berkenaan untuk memberi peluang kepada rakyat menyaksikan panda-panda ini dan saya rasa harga yang ditawarkan amat berbaloi kerana ini pertama kali panda ada di Malaysia," ujarnya.

Menurut pasangan adik beradik, Lee Zi Yan, 9, dan Lee Zi Xin, 8, mereka berasa seronok dan teruja melihat gelagat Xing-Xing dan Liang-Liang di tempat permainan masing-masing selain menyifatkan kedua-dua haiwan itu comel dan menawan hati. - Utusan




Panda ni ada peminat tersendiri.. kalau ada yang tak minat panda, tak payah bising, cadbury hutan, cadbury pink kaler pun ada. Pi la tengok, tak payah bayar pun. he he..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lihat Shila dgn panda pun dah rasa teruja dah.. cuma nama panda yg sepatut di beri nama Malayu Pak Tan dan MekYa !!

Tanpa Nama berkata...

Pembangang cuma tau bangkang je apa org lain buat..lepas ni panda ni la yg banyak buat untong pada zoo negara...
klw ikut cakap pembangang...kita pun jadi bangang la jawab nya