Memaparkan catatan dengan label panda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panda. Papar semua catatan
Ahad, 29 Jun 2014
INFO!! Panda di Zoo Negara Dapat Sambutan Hangat?
Zoo Negara yakin kedatangan dua beruang panda gergasi yang dibawa khas dari Chengdu, China bakal menarik kira-kira 1.1 juta pengunjung sehingga penghujung tahun ini memandangkan sambutan menggalakkan selepas baharu dua hari dibuka kepada orang ramai.
Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly Ahmat Lana berkata, sejak semalam, kunjungan yang diterima amat luar biasa iaitu empat kali ganda daripada kebiasaan dan dianggarkan 60 peratus daripadanya datang untuk melawat panda.
"Pada hari biasa, jumlah pengunjung yang direkodkan lebih kurang 300 setiap hari namun semalam, kami menerima lebih 1,300 pelawat manakala antara 700 hingga 800 daripadanya membeli tiket untuk melihat Xing-Xing (panda jantan) dan Liang-Liang (panda betina).
"Pihak zoo amat optimis dengan sambutan memberangsangkan daripada masyarakat dan saya yakin pendapatan juga akan dapat ditingkatkan hampir dua kali ganda berbanding tahun-tahun terdahulu," katanya ketika ditemui di Pusat Konservasi Giant Panda, di sini hari ini.
Tambah Rosly, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta anak-anak yatim yang berpeluang menikmati pemberian tiket percuma bermula hari ini sehingga 27 Julai depan (kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum) dijangka menambah bilangan pengunjung ke Zoo Negara.
"Harga tiket adalah sangat berpatutan iaitu bagi warganegara, RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala untuk pelancong asing, kadar bayaran yang dikenakan hanya RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak)," jelasnya.
Sementara itu, ibu angkat Liang-Liang yang dahulunya digelar Feng Yi, Chet Chin, 55, dia menyertai program sukarela di Zoo Negara selepas kedatangan panda berkenaan bagi membantu menyalurkan informasi dan berkongsi maklumat kepada pihak zoo.
"Sebelum ini saya akan terbang ke China pada setiap tahun untuk melawat Feng Yi (Liang-Liang) yang sudah saya ambil sebagai anak angkat sejak sebulan dilahirkan lagi namun saya amat bersyukur kerana sekarang ia dibawa ke Malaysia dan saya berpeluang melihatnya dengan lebih kerap," katanya yang turut menjadikan bayi kepada panda itu di China sebagai anak angkat.
Bagi pekerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Zulkifli Md. Amin, 46, dia dan keluarganya sanggup datang dari Temerloh, Pahang ke Kuala Lumpur untuk menjadi antara yang terawal melihat sendiri kedua-dua haiwan itu secara dekat.
"Saya turut merasa bangga negara kita dapat membawa haiwan-haiwan berkenaan untuk memberi peluang kepada rakyat menyaksikan panda-panda ini dan saya rasa harga yang ditawarkan amat berbaloi kerana ini pertama kali panda ada di Malaysia," ujarnya.
Menurut pasangan adik beradik, Lee Zi Yan, 9, dan Lee Zi Xin, 8, mereka berasa seronok dan teruja melihat gelagat Xing-Xing dan Liang-Liang di tempat permainan masing-masing selain menyifatkan kedua-dua haiwan itu comel dan menawan hati. - Utusan
Panda ni ada peminat tersendiri.. kalau ada yang tak minat panda, tak payah bising, cadbury hutan, cadbury pink kaler pun ada. Pi la tengok, tak payah bayar pun. he he..
Jumaat, 23 Mei 2014
HOT!! Sharnaaz Ahmad Ajak Rakyat Malaysia Faham Fakta Tentang #Panda!
Riuh rendah la pulak cerita tentang panda ni. Tambahan pulak ada mulut-mulut cabul yang menyebarkan cerita separuh masak. Dipercayai sememangnya tak berlandaskan fakta dan jalan cerita yang sebenar. Patutnya carilah info tentang panda ni dulu, kemudian baru hentam. Ini tak, tak tahu hujung pangkal, terus hentam kerajaan dengan pelbagai andaian yang tak masuk akal.
Salah satu punca Panda dua ekor ni di Malaysia ialah hubungan diplomasi..
Fakta yang diberikan oleh Sharnaaz ni tepat. Malah disebalik fakta tu, ada fakta lain yang perlu kita tahu. Takkanlah kerajaan Malaysia sanggup menghabiskan puluhan juta terhadap binatang tak bernilai atau berfaedah. Tentu ada sebab dan musababnya kan?
Sharnaaz Ahmad tu, Mc taktau la FB tu kepunyaan artis yang sebenar atau fake. Namun ia banyak membantu kerajaan menerangkan perkara sebenar.
Lagi Fakta Tentang Panda yang perlu kita tahu!
Panda : Tahukah anda?
Hanya terdapat 17 Zoo di 12 buah Negara yang ada panda ni.
Panda : Tahukah anda?
Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah
RM3.85 juta setahun..
Panda : Tahukah anda?
Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo & pertambahan 300 ribu Pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun..
Panda : Tahukah anda?
Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan Panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari RM27 juta kepada RM 81 juta setahun..
Panda : Tahukah anda?
Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan Panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari RM27 juta kepada RM 81 juta setahun..
Panda : Tahukah anda?
Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012.
Panda : Tahukah anda?
Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan Panda dan membelanjakan RM16 juta bagi kempen mendapatkan Panda.
Panda : Tahukah anda?
Malaysia tak perlu melobi dan tak perlu berkempen untuk mendapatkan Panda. China tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China..
Panda : Tahukah anda?
Gambar panda dibawah adalah bukan gambar panda sebenar. Itu ialah panda yang menyamar menjadi panda. Di gelar sebagai 'PandaNormah'
he he he..
Langgan:
Catatan (Atom)


