Khamis, 21 Ogos 2014

HOT!! Sultan Mahukan Pas Jadi Menteri Besar Selangor? #KrisisSelangor


Kita tahu Pakatan Rakyat mencalonkan Azmin dan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Selepas PKR memecat dan menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebulat suara. Namun apakah mereka itu sesuai menjadi MB Selangor?

Apakah rakyat Selangor patut terima saja dua individu tersebut yang bukan anak Selangor pun.

Mengikut info yang aku dapat, Sultan Selangor lebih berkenan untuk menerima wakil dari parti Pas menjadi Menteri Besar. Ini kerana, Sultan mahu Selangor menjadi seperti Kelantan dan Kedah yang Menteri Besarnya dilihat pro kearah keagamaan.

Malah jika Pas menjadi MB Selangor, Majlis Syura Ulamak juga boleh memainkan peranan untuk kembali mengembangkan syiar Islam di negeri ini. Tiada sebab untuk Pas tidak layak menjadi MB. Jika dihitung kerusi DUN pun, Pas Selangor layak untuk duduk di kerusi MB.

Kenapa wakil Pas? Ini kerana, Pas sudah sinonim dengan kekuatan agama Islam. Untuk membina Selangor yang baru, kekuatan pentadbiran Islam perlu diutamakan. Jika dibandingkan, parti Pas adalah jauh lebih baik dari PKR, lebih-lebih lagi Dap.

Cuba kita tengok negeri Selangor sekarang, masalah sosial adalah ditahap paling rendah. Isu masih gagal diselesaikan. Sudah lama tiada rumah murah dibawah RM50K dibina Sejak 2008, tanah-tanah Rizab Melayu menjadi tanah milik cina secara ghaib, anak-anak muda melayu semakin terpinggir dan dipinggirkan dari arus pembangunan di kawasan-kawasan Bandar.

Belum lagi kita hitung masalah Kesihatan yang ditahap kritikal kerana kecuaian dan kegagalan PBT. Contohnya masalah denggi di Selangor semakin kritikal, hingga 355 kes denggi dicatatkan. Malah ia merupakan jumlah tertinggi di Malaysia.

Jalan di Selangor pun teruk, berlubang-lubang. Langsung tak melambangkan imej negeri maju di Malaysia. Mungkin disebabkan masalah sebegini Sultan mahu merubah terus pentadbiran yang ada.

Dulu Khalid Ibrahim hanya mementingkan ekonomi dan pentadbiran. Beliau tidak menitik beratkan soal moral dan agama, malah beliau tidak langsung peduli kebajikan pada rakyat di Selangor.

Berapa banyak kelab malam dibuka? Berapa banyak rumah urut telah dihalalkan? Berapa banyak lesen arak telah diberi untuk di niaga? Pelacuran pulak? Semua ini perlu pengawalan. Percayalah, jika Wan Azizah nak jadi MB. Akan ada lebih banyak kelab malam, rumah urut, premis minuman keras dan lain-lain lagi.

Jika dipandang dari sudut agama. Selangor paling bermasalah sebenarnya, dikatakan ribuan umat Islam murtad di Selangor setiap tahun, malah kita masih lagi teringat kisah Gereja GMDU di Damansara yang dikatakan tempat 'memurtadkan' umat Islam.

Semua ini berlaku apabila pemimpin tertinggi Selangor tidak menitik beratkan moral dan agama didalam pentadbirannya.

Jika wakil Pas dipilih untuk menjadi MB Selangor, aku percaya pasti beliau akan jadi lebih tegas dari MB Selangor yang sebelum ini.

Jika aku ditanya siapa wakil Pas yang patut dijadikan Menteri Besar, semestinya Pesuruhjaya Pas Selangor jadi pilihan, kerana beliau insan yang paling sesuai untuk duduk di kerusi MB. Kita boleh cadangkan Iskandar Samad kerana beliau sememangnya layak dan ada pengalaman luas malah dilihat mampu menerajui Selangor.

Pendapat aku dilihat senada yang seorang aktivis politik si Ramesh Rao.

Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial. Beliau sering kehadapan didalam isu-isu sensitif dan seolah-olah menjadi wakil 'tak rasmi' kerajaan didalam isu-isu tertentu.

Beliau juga melihat parti Pas antara calon MB yang paling Sultan perkenankan.


"Untuk mengislamkan semula Selangor dan memperbaiki parah yang telah dibuat selama ini, saya percaya Baginda Sultan Selangor, mahukan Pas menjadi Menteri Besar beliau, demi membantu beliau memulihkan semula keadaan negeri Selangor yang tercemar dengan maksiat, dan mahu melihat Selangor kearah lebih Islamik"



Selain dari agama Islam, Iskandar mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Iskandar juga pasti menitikberatkan masalah sosial dan kebebasan agama yang semakin menjadi-jadi dan menular di negeri Selangor sekarang. Tak mustahil selepas ini Selangor akan berubah wajah menjadi negeri yang lebih berkebajikan.

Dengan kebijaksanaan Baginda Sultan, sudah pasti baginda utamakan rakyat dan negeri. Pemilihan Pas menjadi Menteri Besar, sudah pasti ia merupakan tindakan dan pilihan yang paling bijak dan tepat.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani kah LEMBU LEMBU ni nak keluar kandang???

Tanpa Nama berkata...

Penakut hangit PAS ni
Jenis kluar rmh p tinggal telur kt rmh Anuar bontot...
Tobat x berani punya

Tanpa Nama berkata...

Shaari Sungip dah dapat rasa yg Tuanku nak lantik MB drp kalangan PAS, sbb tu dia terus buat U-turn dgn harapan kot2 dapat Exco

Tanpa Nama berkata...

Tak berani PAS melawan arus PKR dan DAP. PR lebih penting kerana niat PAS nak ganti UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mat saleh amerika ke, australia ke, Britain ke..dia orang nak buat hot dog (sosages) dia orang masuk saja sekor LEMBU ke dalam mesin...tup tup keluar terus jadi sosages...Tapi kat MALAYSIA ni..Pemimpin pemimpin PAS, DAP dan PKR terbalik pula malahan lagi advance dan pandai teknologi sebabnya...dia orang masukkan SOSAGES ke bini masing masing terus keluar sekor LEMBU.. Tak hebatke Pembangkang kat Malaysia ni...

Tanpa Nama berkata...

Yg aku perasan kat s alam makin byk premis yg memberi pinjaman wang @ along. Dulu2 tak byk skrg dh mcm cendawan tumbuh selepas hujan.

azid barja berkata...

Khalid Samad la MB utk Selangor. Kan Sultan dah sebut2 nama dia. Moral & hal2 keagamaan akan jadi keutamaan. Sokong la Khalid Samad utk MB!.
.
.
.
.
.
Maka akan liberal & plural lah Selangor. Takebeer!

Jebat berkata...

mimpi jela nk tgk PAS pegang jwtn MB selangor. takut anwar lg dr Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni mana ada otak. Kalau jadi MB pun otak dorg PKR pegang. Telur pula Dap pegang.

tukang telek berkata...

PAS takut nak jadi MB sebab takut nak tanggung amanah apa yg mereka canang iaitu undang undang Islam.
Cakap je berdegor degor bagai langit jatuh kebumi. Dgn UMNO bukan main berani dgn PKR dan DAP kecut telor.