Ahad, 24 Ogos 2014

INFO!! Sudah Tiba Malaysia Airlines Wujudkan Uniform Bertudung Untuk Crew Wanita Muslim!


Rasanya dah sampai masa imej Penerbangan Malaysia membawa imej Malaysia yang sebenar. Pramugari yang beragama Islam, sepatutnya diberi pilihan untuk bertudung dan berpakaian tidak seksi.

Mungkin Malaysia Airlines patut tukar imej dan penampilan cabin crew wanita mereka supaya nampak lebih muslimah lepas ni. Kalau taknak muslimah pun, kurangkan baju-baju ketat tu.

Kalau Thai Orient boleh buat macam ni untuk cabin crew wanita Islam mereka kenapa Malaysia Airlines tidak boleh untuk melakukannya?


Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak yang terbabit buat tindakan drastik sebegini supaya Malaysia Airlines akan dirahmati dan dipelihara oleh Allah SWT.

Harapan saya agar cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak pengurusan MAS bagi kebaikan semua anak kapal dan rakyat Malaysia itu sendiri.

Mungkin kita boleh mulakan hanya untuk penerbangan dalam negara. Kemudian ianya dilaksanakan secara berperingkat.

Jika sekarang ramai artis remaja bertudung.. bahkan semakin manis dilihat. Tak akan kurangkan kejelitaan pramugari kita walaupun mereka bertudung dan berpakaian sopan!

McTheory:
Betul ka dak?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakai tudung..baju sendat, pergaulan laki pompuan xde batas..ramai betul sekrg Ni kategori 'at least bertudung'..iklan2 org bertudung sekrg dok tunjuk pakai baju sendat, lengan pendek..apa nak jd!

Tanpa Nama berkata...

SETUJU McTheory! Malaysia nikan NEGARA ISLAM - jadi apa halnya PENAKUT sgt. dgn. si KAPIRDAJAL; nak promosikan pakaian/budaya ISLAM kat sy. penerbangan negara?! Dan tolong jgn. benarkan ARAK dihidangkan dlm. MAS! Dan utk. yg. Bukan Islam, poastikan kebaya adalah Kebaya LABUH - yg. tak ketat lansung!

Juga, perlu satu kabin utk. hanya kaum wanita terutamanya yg. BERTUDUNG; mereka tak patut dipaksa berhimpit dgn. lelaki yg. bukan muhrim pun!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

Tanpa Nama berkata...

Najib takut kelihatan terlalu islamik sehingga kehilangan undi cina.Najib sedang promosikan malaysia liberal sebab nak sembah kaum cina. Silap2 Najib suruh pramugari pakai bikini.

Tanpa Nama berkata...

Najib bini die pun rambut tayang jambul.. mcm mana dia nk arahkan MAS buat lebih baik dr Rosmah?

Najib dayus..

Tanpa Nama berkata...

Islam ugama persekutuan, apa ciri yang berpandukan Islam mesti di patuhi oleh syarikat milik kerajaan. So kena dibetulkan, warns untuk kapalterbang jgn tukar, kenapa tukar, ia tidak berlandaskan warns bendera Jalur gemilang..pandai2 nak tukar.