Jumaat, 26 September 2014
HOT!! BN dedah punca menang besar? #PengkalanKubor?
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor memberi jaminan bahawa semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan ditunaikan.
Timbalan perdana menteri juga menyifatkan kemenangan mereka kali ini sebagai keputusan luar biasa yang tidak mereka jangkakan.
Beliau juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed kerana bertindak cemerlang dan jenteranya yang bersungguh-sungguh.
“Tok Pa (Mustapha) menjangkakan (majoriti) undi melebihi 2,000, ternyata keputusan ini luar biasa,” katanya.
BN menang dengan 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi dan bebas pula hilang deposit apabila hanya mendapat 38 undi.
Jumlah majoriti kali ini menyaksikan pertambahan berbanding majoriti dalam pilihan raya umum lalu dengan 1,736 undi.
Sementara itu, calon BN Mat Razi Mat Ail mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memilihkan dan parti yang memberi kepercayaan padanya.
“Saya kira ini satu hadiah kepada pengundi-pengundi DUN Pengkalan Kubor dan mereka nak melihat pucuk pimpinan yang beri bantuan kepada Pengkalan Kubor, untuk membangunkan Pengkalan Kubor ,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan