Ahad, 15 November 2015

FGV Ambil Tindakan Drastik Untuk Elak Kerugian


Untuk mengelakan kerugian yang berterusan FELDA Global Ventures Holdings telah menjual dua anak syarikatnya di Kanada. Mungkin keputusan itu diambil setelah membuat perkiraan yang teliti berkenaan dua anak syarikatnya di Canada.

FGV memperoleh hasil tunai sebanyak RM567 juta.

Twin Rivers Technologies Entreprises dan De Transformation De Graines Oléagineuses Du Québec Inc (TRT-ETGO) telah dijual kepada syarikat gandum dan Oilseed Viterra Inc sebagai sebahagian dari usaha strategi transformasi 5 tahun yang telah dirancang oleh pengurusan FGV.

Kedua syarikat ini yang sering berada dalam kerugian kini tidak lagi menjadi beban kepada gambaran keseluruhan pendapatan FGV.

Setelah beberapa lama percubaan untuk mengembalikan keuntungan kepada dua anak syarikat ini gagal, maka pihak penganalisa bahagian perladangan CIMB Ivy Ng berpendapat penjualan ini adalah satu usaha yang positif.

TRT-ETGO telah menyebabkan kerugian RM366 juta selama 3 tahun.

Ivy Ng juga berpendapat penjualan aset ini boleh membantu menaikan pendapatan setengah tahun kepada RM86 juta atau pun 2.3 sen sesaham FGV.

Selain itu kata Ivy ia juga dapat memperbaiki pendapatan masa depan kumpulan FELDA.
“Ini tentu sekali boleh memperbaiki kelemahan harga CPO yang sedang di alami sekarang” kata Ivy.

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu FGV menyatakan proses penjualan sudah mukatamad setelah memenuhi syarat penuh pada 27 Ogos lalu.
Maka dijangka juga keuntungan FGV akan sejajar dengan pelan jangka panjang yang telah di janjikan kepada pemegang sahamnya.

Beberapa Penganalisa turut memberi pandangan mereka berkenaan penjualan ini, Kenanga Research berkata mereka menjangkakan margin bagi segmen aliran kebawah menjadi positif tetapi akan merasakan impak keuntungan pada FY16 ke atas.

Begitu juga dengan Public Investment Bank research dengan menyatakan ia menyokong tindakan menjual ini dan menyatakan ia akan mengurangkan kerugian aliran bawah.

2 ulasan:

Komisen berkata...

Yang penting komisen masa beli anak syarikat jauh di kanada dulu ma. muahaha..

Biar orang Felda yang tanggung rugi..hehe memang tak boleh untungpun. Siapa yang bertanggungjawab beli syarikat mat salleh kaki temberang?

Tanpa Nama berkata...

Yang kaya semakin kaya. Yang rugi hanya orang miskin + Melayu