Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Isnin, 5 September 2016
Keadaan Kewangan Negara dalam keadaan GENTING!
SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.
Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.
Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.
Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.
Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.
Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.
Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.
Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.
Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.
Misalnya, baru-baru ini kerajaan memindahkan hutang perumahan kakitangan awam sebanyak RM22 bilion kepada sebuah badan berkanun baru bernama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Untuk mencari modal ia berhutang RM25 bilion dengan menjual bon yang dijamin oleh kerajaan.
Pemindahan dari tangan kanan ke tangan kiri itu telah mengurangkan nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK sebanyak kira-kira dua peratus.
Tetapi sebaik saja hutang itu dikurangkan, kerajaan meminjam lebih banyak sehingga menyebabkan hutang terkumpul meningkat RM29 bilion dalam suku kedua tahun ini.
Natijahnya kerajaan wajib kembali kepada ikrar perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan pembaziran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah bukan dengan memotong peruntukan kepada sektor kritikal seperti pelajaran, kesihatan dan ekonomi.
Pada masa sama, ia perlu berterus terang dengan rakyat jelata mengenai keadaan sebenar ekonomi. Kerajaan boleh menggunakan jentera propaganda untuk memberi gambaran bahawa segala-galanya terkawal sedangkan kehidupan rakyat jelata semakin terdesak.
Ekonomi tidak berbohong. Wallahuaklam
- A. Kadir jasin -
Sabtu, 21 November 2015
Sebab Utama OSRAM Pilih #Malaysia Khususnya #Kedah
Individu yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan 1 Bilion Euro ke Malaysia, khususnya Kedah. Dalam perbincangan tadi Dr. Roland menjelaskan bahawa OSRAM yang berasal dari Munich, Jerman berminat untuk melabur di Kulim Hitech Park kerana kawasan berkenaan mempunyai segala sumber yang diperlukan.
Infra yang bagus, senang mendapat barang mentah dan lokasinya teratur untuk mereka membuka kilang disana.
YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir juga mengambil kesempatan dengan berterima kasih kerana OSRAM memilih Kedah untuk membuka kilangnya.
Ini merupakan pelaburan syarikat antarabangsa paling besar di Malaysia pada tahun ini.
YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang media beliau ketika menerima kunjungan hormat dari Managing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 19 November 2015
Rabu, 13 Mei 2015
Kerajaan Kedah ke China Cari Pelaburan Asing #HanyaDiKedah
YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengetuai delegasi kerajaan negeri dan agensi ke China. Hari pertama, delegasi Kedah, mengadakan pertemuan dengan team Datuk Bandar Qindao. Kerajaan negeri sekarang sedang mencari pelabur luar untuk masuk melabur kedalam negeri bagi memajukan bidang tertentu, sambil kita dapat belajar teknologi luar yang digunakan.
Lawatan kerja kali ini untuk memuktamadkan urusan menarik pelaburan industri perikanan ke Kedah. Salah satu usaha Kerajaan negeri bagi membangunkan Kedah setanding dengan negeri-negeri maju yang lain.
Selasa, 21 September 2010
KERAJAAN PUSAT DIHARAP JANGAN LUPAKAN RAKYAT!! Jadilah Kerajaan Pilihan Rakyat Malaysia
Tahukah anda bahawa keadaan semakin genting. Walaupun kita bukan berada didalam mood pilihanraya, tetapi mood panas dan bahang politik sentiasa menyala-yala didalam masyarakat kita sekarang. Apa saja yang berlaku, pasti akan dikaitkan dengan politik, tak kisah la benda itu baik atau buruk, pasti akan dipolitikkan oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan dari kesan akibat mempolitikkan sesuatu isu.
Apabila terjadinya situasi sebegini, apa saja yang memudaratkan rakyat, pasti kerajaan pusat yang akan kena tempelaknya. Kes kemalangan, kes pembunuhan, kes rogol dan kes bunuh diri pun mereka akan salahkan kepada kerajaan pusat. Dalam masa yang sama, rakyat pula amat mudah mempercayai apa yang dicakapkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.
Kenapa rakyat mudah mempercayai tuduhan liar kepada kerajaan Pusat??
Kerana rakyat sudah mula sangsi dengan kemampuan kerajaan Pusat mentadbir negara. Diselangi cucuk dan racun pihak pembangkang, menjadikan kesangsian yang ada selama ini sudah mula menular dikalangan rakyat Malaysia. Terjadinya perasaan sangsi ini disebabkan kelemahan dan kerapuhan pentadbiran kerajaan pusat.
Kerajaan pusat langsung tidak tegas dalam menjaga hubungan antara kaum. Banyak membiarkan mulut-mulut jahat menyampaikan berita yang tidak elok hinggakan boleh mencetus api perkauman. Dalam bidang ekonomi pula, kerajaan belum lagi membuktikan apa-apa kepada rakyat. Sampai sekarang masih 'tiada hadiah istimewa' kepada rakyat.
Maksud 'hadiah istimewa' ialah tindakan kerajaan yang boleh mengurangkan beban rakyat. Umumlah peratus ekonomi negara naik 4.5% ke 5.5% ke, cananglah bahawa NKRA dalam kementerian tertentu dah naik, atau pun KPI menteri dah naik, ada rakyat kisah ke dengan semua tu? Mungkin la ada sesetengah rakyat yang ambil peduli, tapi golongan teramai sekali ialah golongan berpendapatan rendah, tinggal dibandar, golongan ini cuma pentingkan periuk nasi dan perut mereka sahaja.
Rakyat taknak NKRA, rakyat tak nak tahu pasal KPI, rakyat dah tak makan dengan berita 'pojok-pojok' ekonomi dah naik la, negara dah membangun la. Semua tu kami tak boleh kenyang, yang terhimpit akan terus terhimpit. Tapi cuma tanya pasal subsidi, pasal minyak, pasal beras, pasal gula. Fuuhh ramai yang akan mengangguk faham.
Sebab tu bila pembangkang memainkan isu ketirisan dalam kerajaan pusat, seperti isu PKFZ, Petronas, Proton, MAS, Sime Darby, pembelian kapal selam scorpene, GLC-GLC yang banyak rugi dari untung, membuatkan rakyat mudah percaya kepada cakap pembangkang, kerana rakyat melihat kerajaan pusat sekarang ni, macam dah takdak duit. Kalau ada pun ramai sangat penyamun yang dok samun. Memang kerajaan pusat ada beri kami subsidi, tapi berapa sangat?? Di Malaysia ni apa yang tak kena bayar? Tax sana sini, makan pun ada tax, jalan pun ada tax, dalam rumah pun ada tax, bahkan dimana-mana la semuanya kena bayar, apakah ini tidak cukup membebankan rakyat?
Hari tu, semasa Ds Najib nak potong subsidi rakyat, Mc amat marah dan geram, kenapa negara nak jimat, rakyat yang kena tanggung? Kenapa tak potong saja gaji YB-YB, ahli parlimen dan elaun-elaun menteri yang beribu tu? Pemimpin negara perlu ingat bahawa rakyat yang memilih kamu menjadi MP, Adun dan Menteri. Rakyat cuma nak perut mereka tak merasa sempit dan periuk nasi mereka berasap. Bukannya retorik dan propa saja, semua tu tak boleh buat anak isteri kami kenyang.
Tahukah kenapa dulu (PRU ke 12) di kawasan bandar, kebanyakkannya BN kalah teruk? Sebab disetiap kempen Anwar Ibrahim, beliau membuat janji-janji 'terbaik'nya untuk mengurangkan kos sara diri rakyat dan berjanji untuk selesakan hidup rakyat, sebab tu rakyat terpedaya dan menyokongnya. Beliau tahu, dengan membuat janji-janji sebegitu, rakyat pasti akan memilihnya menjadi pemimpin. Atas sebab itu jugalah BN tersungkur di lima buah negeri!.
Rakyat marhaen sebenarnya tersepit untuk memilih diantara BN atau PR. BN memanglah banyak berjasa kepada rakyat, tetapi makin lama, makin naik pulak kos sara diri. Sebab tu BN digelarkan Barang Naik!. PR pulak, walaupun baru memerintah 4 negeri (satu BN ambil balik) hanya dalam masa 2 tahun lebih, kebocoran pentadbiranya lebih teruk dari BN. Kalau biarkan PR pegang kerajaan Pusat, Mc takut terus lingkup Malaysia dikerjakannya.. jadi sekarang ni rakyat sudah tersepit diantara dua, yang mana patut mereka percaya.
Apa yang rakyat nak hanyalah sebuah kerajaan yang boleh menghapuskan beban hidup kos sara hidup yang tinggi. Pergilah masuk felda dan tanya makcik pakcik kat sana, apa pendapat mereka kalau minyak petrol atau minyak masak naik lagi, lepas tu kita boleh tengok mereka melenting. Kemudian pergi pulak ke bandar, tanya soalan yang sama, agaknya lagi teruk 'lentingan' orang bandar.
Mana rakyat suka kalau 'harga barang naik'. Sebelum ni TPM mengumumkan nak bantu warga bandar yang mempunyai pendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan, tapi sampailah sekarang, macam takdak apa-apa pun.
Jika mahu menang dalam PRU ke 13 ni, jadilah kerajaan yang mengasihani rakyat. Perlu diingatkan rakyat semakin bijak. Setakat main hulor-hulor ni dah takdak kesan dah dengan kami.
P/s: Walaupun Mc seorang blogger mesra kerajaan, tapi Mc juga rakyat marhaen yang mahukan kerajaan yang mesra rakyat. Jika kerajaan tolong rakyat, rakyat seribu kali tolong kerajaan pada masa akan datang.
MctHeory:
kadang-kadang kita kena sedarkan juga orang yang tengah mengelamun ni.
Khamis, 19 Ogos 2010
EKONOMI NEGARA BERKEMBANG 8.9 PERATUS! Mahfuz Omar Pakar Ekonomi Negara Tak Nak Komen Apa-Apa ke?
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dipacu permintaan domestik dan luaran yang kukuh.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, dengan perkembangan itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi enam bulan pertama tahun ini mencatat pertumbuhan pada kadar 9.5 peratus, selepas mencatat pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini.
Pencapaian itu mencerminkan ekonomi Malaysia dalam landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan tinggi melebihi 6.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini.
Kesan krisis kewangan global 2008-2009 menyaksikan ekonomi Malaysia menguncup sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebelum kembali pulih dengan mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2009. - Malaysia Instinct
Selalunya juru komen pasal ekonomi negara, si Prof Mahfuz Bean tu akan bersuara bila ada berita seperti ini. Kenapa kali ini beliau Pro Mahfuz Bean tu bertindak sebaliknya. Beliau lebih suka mendiamkan diri pula. Adakah selepas menunjukkan kebodohannya dengan memberi 'komen sesat' pasal FDI negara dan beliau dihentam teruk menyebabkan beliau insaf dan mengambil langkah yang jarang diambil. Iaitu mendiamkan diri.
Ataupun tahap berita kali ini amatlah 'tinggi' hingga sukar diserap oleh capaian otak beliau. Cuma kali ini Prof Mahfuz Bean bertindak amat bijak apabila mendiamkan diri. Satu Kemajuan untuk beliau. Tahniah!
MctHeory:
Pernah dengar tak bila orang kata, ko menyanyi sedap, TAPI bila ko tak menyanyi LAGI SEDAP!
Selasa, 12 Januari 2010
EKONOMI: MELAYU MASIH BELUM SELAMAT!


Tajuk ini dipilih disebabkan kebimbangan Mc (nama bagi penulis) mengenai ekonomi kaum Melayu di Selangor sekarang yang kiranya bagi penulis tidaklah didalam keadaan yang baik.
Apa yang Mc katakan ini adalah daripada pengalaman yang Mc lalui sendiri. Kita selalu mendengar bahawa ekonomi kaum Melayu semakin meningkat pada setiap tahun, Melayu mengawal ekonomi Malaysia dalam 25℅ daripada kaum lain.
Itu apa yang diperkatakan pada tahun lepas dan tahun yang sebelumnya. Pada pandangan Mc sendiri, ekonomi kaum Melayu berada pada tahap yang agak membimbangkan.
Apa yang menyakinkan Mc mengenai perkara ini, ialah apabila Mc menghadiri majlis perjumpaan pembekal-pembekal utama bahan mentah disekitar Selangor yang mengabungkan 50 buah syarikat besar yang menjadi nadi utama pembekal di Selangor. Mc sangat terkejut. Diantara 50 buah syarikat pembekal, hanya 1 sahaja syarikat yang diuruskan oleh kaum Melayu.
Kenapa Mc berkata demikian. Ini kerana pada tahun sebelumnya (2008), ada 11 buah syarikat Melayu dari 50 buah syarikat pembekal di sekitar Selangor. Tahun ini hanya tinggal sebuah sahaja. Apa yang menghairankan aku, banyak muka-muka baru dari kaum lain yang amat berjaya, manakala kaum Melayu yang berjaya semakin kurang dan mundur malah banyak yang bankrup.
Apakah punca keadaan ini ada kaitan dengan kegawatan ekonomi? Apakah ini ada kaitan dengan harga barang yang naik? Pernah kita dengar kaum lain mengeluh apabila harga barang naik? Sedangkan kita asyik menghentam kerajaan jika berlaku kenaikkan barang atau subsidi barang dikurangkan.
Sekarang bukan Mc nak menceritakan perihal kaum Melayu, tetapi hanya hendak memberitahu bahawa kita jangan ingat kaum Melayu sudah kukuh dari segi ekonomi dan politik, kerana hari demi hari kuasa ekonomi dan politik semakin terhakis jika kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mengubah kedudukan kita.
Kita tahu bahawa kerajaan sentiasa membantu usahawan Melayu yang baru hendak ceburkan diri dalam perniagaan, banyak dari segi bantuan kewangan, kursus dan institusi yang membantu kaum Melayu memulakan perniagaannya sendiri.
Pada pandangan Mc sendiri, kaum Melayu tidak mengunakan bantuan kerajaan dengan sebaik mungkin untuk menguruskan perniagaan. Banyak yang berlagak kaya dan perniagaannya tak seberapa. Banyak yang membazirkan duit pinjaman dengan membeli barangan peribadi dan bukannya untuk memajukan perniagaan.
Itu cuma sebilangan sahaja. Ada juga yang rajin dan betul-betul hendak berniaga cuma tidak diberi peluang. Umpamanya kerajaan Selangor sekarang. Tiada bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu yang baru untuk memulakan perniagaan. Tiada usaha-usaha untuk membantu kaum Melayu meningkatkan ekonomi sendiri dan seterusnya ekonomi negeri juga negara.
Ini cuma petanda kecil menunjukkan kurangnya pembekal dan peniaga Melayu di Selangor. Bagaimana pula dengan agihan projek pembangunan oleh kerajaan negeri? Adakah dibahagi sama rata atau di bolot oleh kroni sahaja.
Setahu Mc, soal pembangunan ekonomi setempat dibawah tangan gengster Dap Mr.Liu. Walaupun Kalid MB Selangor. Dia hanya berpandukan kiblat yang ditunjukkan oleh Dap. Jika ini berterusan. Ekonomi kaum Melayu di Selangor pastinya akan pupus dan hancur. Jika keadaan ini berterusan, apakah Selangir akan menjadi Pulau Pinang nombor 2?
MctHeory:
Apa yang perlu kita lakukan ialah, tolak Pakatan Haram di selangor. Untuk meningkatkan kembali ekonomi kaum Melayu sekaligus menjaminkan masa depan anak cucu kita ditanah air kita sendiri. Kita perlu kuasa ekonomi, kalau kita hendakkan anak cucu kita rasa apa yang kita rasa. Jangan perjudikan anak cucu kita di tangan mereka-mereka ini
Langgan:
Catatan (Atom)










