Selasa, 21 September 2010

KERAJAAN PUSAT DIHARAP JANGAN LUPAKAN RAKYAT!! Jadilah Kerajaan Pilihan Rakyat Malaysia


Tahukah anda bahawa keadaan semakin genting. Walaupun kita bukan berada didalam mood pilihanraya, tetapi mood panas dan bahang politik sentiasa menyala-yala didalam masyarakat kita sekarang. Apa saja yang berlaku, pasti akan dikaitkan dengan politik, tak kisah la benda itu baik atau buruk, pasti akan dipolitikkan oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan dari kesan akibat mempolitikkan sesuatu isu.

Apabila terjadinya situasi sebegini, apa saja yang memudaratkan rakyat, pasti kerajaan pusat yang akan kena tempelaknya. Kes kemalangan, kes pembunuhan, kes rogol dan kes bunuh diri pun mereka akan salahkan kepada kerajaan pusat. Dalam masa yang sama, rakyat pula amat mudah mempercayai apa yang dicakapkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kenapa rakyat mudah mempercayai tuduhan liar kepada kerajaan Pusat??

Kerana rakyat sudah mula sangsi dengan kemampuan kerajaan Pusat mentadbir negara. Diselangi cucuk dan racun pihak pembangkang, menjadikan kesangsian yang ada selama ini sudah mula menular dikalangan rakyat Malaysia. Terjadinya perasaan sangsi ini disebabkan kelemahan dan kerapuhan pentadbiran kerajaan pusat.

Kerajaan pusat langsung tidak tegas dalam menjaga hubungan antara kaum. Banyak membiarkan mulut-mulut jahat menyampaikan berita yang tidak elok hinggakan boleh mencetus api perkauman. Dalam bidang ekonomi pula, kerajaan belum lagi membuktikan apa-apa kepada rakyat. Sampai sekarang masih 'tiada hadiah istimewa' kepada rakyat.

Maksud 'hadiah istimewa' ialah tindakan kerajaan yang boleh mengurangkan beban rakyat. Umumlah peratus ekonomi negara naik 4.5% ke 5.5% ke, cananglah bahawa NKRA dalam kementerian tertentu dah naik, atau pun KPI menteri dah naik, ada rakyat kisah ke dengan semua tu? Mungkin la ada sesetengah rakyat yang ambil peduli, tapi golongan teramai sekali ialah golongan berpendapatan rendah, tinggal dibandar, golongan ini cuma pentingkan periuk nasi dan perut mereka sahaja.

Rakyat taknak NKRA, rakyat tak nak tahu pasal KPI, rakyat dah tak makan dengan berita 'pojok-pojok' ekonomi dah naik la, negara dah membangun la. Semua tu kami tak boleh kenyang, yang terhimpit akan terus terhimpit. Tapi cuma tanya pasal subsidi, pasal minyak, pasal beras, pasal gula. Fuuhh ramai yang akan mengangguk faham.

Sebab tu bila pembangkang memainkan isu ketirisan dalam kerajaan pusat, seperti isu PKFZ, Petronas, Proton, MAS, Sime Darby, pembelian kapal selam scorpene, GLC-GLC yang banyak rugi dari untung, membuatkan rakyat mudah percaya kepada cakap pembangkang, kerana rakyat melihat kerajaan pusat sekarang ni, macam dah takdak duit. Kalau ada pun ramai sangat penyamun yang dok samun. Memang kerajaan pusat ada beri kami subsidi, tapi berapa sangat?? Di Malaysia ni apa yang tak kena bayar? Tax sana sini, makan pun ada tax, jalan pun ada tax, dalam rumah pun ada tax, bahkan dimana-mana la semuanya kena bayar, apakah ini tidak cukup membebankan rakyat?

Hari tu, semasa Ds Najib nak potong subsidi rakyat, Mc amat marah dan geram, kenapa negara nak jimat, rakyat yang kena tanggung? Kenapa tak potong saja gaji YB-YB, ahli parlimen dan elaun-elaun menteri yang beribu tu? Pemimpin negara perlu ingat bahawa rakyat yang memilih kamu menjadi MP, Adun dan Menteri. Rakyat cuma nak perut mereka tak merasa sempit dan periuk nasi mereka berasap. Bukannya retorik dan propa saja, semua tu tak boleh buat anak isteri kami kenyang.

Tahukah kenapa dulu (PRU ke 12) di kawasan bandar, kebanyakkannya BN kalah teruk? Sebab disetiap kempen Anwar Ibrahim, beliau membuat janji-janji 'terbaik'nya untuk mengurangkan kos sara diri rakyat dan berjanji untuk selesakan hidup rakyat, sebab tu rakyat terpedaya dan menyokongnya. Beliau tahu, dengan membuat janji-janji sebegitu, rakyat pasti akan memilihnya menjadi pemimpin. Atas sebab itu jugalah BN tersungkur di lima buah negeri!.

Rakyat marhaen sebenarnya tersepit untuk memilih diantara BN atau PR. BN memanglah banyak berjasa kepada rakyat, tetapi makin lama, makin naik pulak kos sara diri. Sebab tu BN digelarkan Barang Naik!. PR pulak, walaupun baru memerintah 4 negeri (satu BN ambil balik) hanya dalam masa 2 tahun lebih, kebocoran pentadbiranya lebih teruk dari BN. Kalau biarkan PR pegang kerajaan Pusat, Mc takut terus lingkup Malaysia dikerjakannya.. jadi sekarang ni rakyat sudah tersepit diantara dua, yang mana patut mereka percaya.

Apa yang rakyat nak hanyalah sebuah kerajaan yang boleh menghapuskan beban hidup kos sara hidup yang tinggi. Pergilah masuk felda dan tanya makcik pakcik kat sana, apa pendapat mereka kalau minyak petrol atau minyak masak naik lagi, lepas tu kita boleh tengok mereka melenting. Kemudian pergi pulak ke bandar, tanya soalan yang sama, agaknya lagi teruk 'lentingan' orang bandar.

Mana rakyat suka kalau 'harga barang naik'. Sebelum ni TPM mengumumkan nak bantu warga bandar yang mempunyai pendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan, tapi sampailah sekarang, macam takdak apa-apa pun.

Jika mahu menang dalam PRU ke 13 ni, jadilah kerajaan yang mengasihani rakyat. Perlu diingatkan rakyat semakin bijak. Setakat main hulor-hulor ni dah takdak kesan dah dengan kami.

P/s: Walaupun Mc seorang blogger mesra kerajaan, tapi Mc juga rakyat marhaen yang mahukan kerajaan yang mesra rakyat. Jika kerajaan tolong rakyat, rakyat seribu kali tolong kerajaan pada masa akan datang.

MctHeory:
kadang-kadang kita kena sedarkan juga orang yang tengah mengelamun ni.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat, nak pilih BN asyik harga barang naik, nak pilih pakatan pulak haram taktau buat kerja. pening2. .

anwar meliwat berkata...

pakatan haram baru 2 tahun dah amalkan rasuah dan salahguna kuasa.. tak payahla bagi kuasa, lingkup malaysia