Inilah manusia yang mengaku pejuang Islam dan bangsa melayu, akhirnya ditangkap kerana mengedar dadah. Seorang Ayahanda sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak bawahannya yang lain. Kalau Ayah dah mengedar, Abang Long dan kebawah, sudah tentu jadi pusher dan menjalankan aktiviti yang sama.
Rosak-rosak..
Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg."Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu."Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.
Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
McTheory: Jenis macam ni yang merosakkan nama baik pertubuhan..
Dah baca tweet kat atas tu? Ada manusia bernama Izmil Amri. Kalau melihat dari hasil tangannya, nampak macam brutal gila. Malah dia mengaku bahawa dia memakai gelaran 'Ayahanda' wow.. ini Ayah dari ranting mana ni? cerita ni Mc ambil dari sini.
Semangatnya dah betul. Namun apa yang tak betulnya, si Ayahanda mangkaq ubi ni sanggup nak sembelih melayu sama melayu semata-mata nak membela si Ambiga babik penganjur Bersih 2.0 ni. Sebenarnya Mc dah cuba siasat siapa Ayahanda mangkaq ubi ni. Tapi akhirnya hampa dan pasrah sebab tiada jawapan.
Nak tengok muka Ayahanda yang brutal ni tak?
Apa macam brutal tak?
Muka macam babi terkenyang makan saja pun. Kalau benar si Izmir ni memakai gelaran Ayahanda. Mc rasa gelaran tu boleh ditarik balik oleh pihak atasan Pekida, kena asas dan tujuan Pekida ditubuhkan hanya untuk menjaga Islam dan Melayu. Namun Ayahanda mangkaq ubi ni nak pula sembelih melayu sebab nak bela hindu pejuang murtad macam ambiga tu. Aduhh.. dah sesat jauh mangkaq ubi ni.
Kalau Ayah nya perangai buruk macam ni, macam mana pula dengan si anak-anaknya ya?
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,"
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
Dua artikel Mc mengenai geng 77 disambut hebat oleh puak-puak 77. Ada yang mengutuk dan ada yang memuji. Sesungguhnya artikel yang di sini dan sini adalah cerita benar dan ia bukan satu fitnah. Kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran 77 amat teruk dan memualkan. Berjuang dengan kata 'amal makhruf nahi mungkar' hanyalah retorik semata-mata. Apakah ini tentera 'fisabillah' yang mahu berjuang ke jalan Allah?
Hayati video di atas, cermin diri sendiri!
P/s: 77 bukan Pekida!!
McTheory: 77 hanyalah kumpulan gelap yang mengunakan nama 'Pekida'..
Hari ini kita bercerita berkenaan dengan gejala budak-budak Melayu sekarang ni. Semalam aku ada terbaca Akhbar Metro berkenaan dengan zikir black metal. Itu tajuk utama Metro semalam. Sila baca akhbar metro tarikh 3 jan 2010.
Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Metro bukanlah zikir black metal, tapi ia satu langkah tangan (pecah buah) bagi geng 77 (double 7). Mungkin ramai diantara kita pernah dengar, atau mungkin juga tak pernah. Puak geng 77 ni mengaku yang kononnya mereka diasaskan oleh geng 3 line (Pekida). Benarkah?
Apa yang dibimbangkan, geng 77 ni sudah menular dikalangan remaja Melayu dan sudah pun masuk ke sekolah untuk merekrut ahli-ahli baru mereka. Remaja melayu ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah direkrutkan oleh sebuah kongsi gelap melayu, untuk melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang negara.
Ramai diantara ahli 77 ni yang mengedar dadah, berlumba haram, pelacuran dan aktiviti gelap yang lain. Kongsi gelap atau gangterisme ini amatlah berbahaya jika dibiarkan terus menular dikalangan remaja kita. Kongsi gelap ini diasaskan oleh bangsa melayu sendiri yang menggunakan kitab suci Al-Quran dan pedang sebagai angkat sumpah (bidaah) untuk setia kepada kumpulan. semua itu hanyalah untuk menipu atau sebagai topeng kepada salah laku mereka.
Angkat sumpah itu diselangi dengan hirisan ibu jari dengan pedang dibiarkan titis darah sambil bersumpah. Jika angkat sumpah dengan menggunakan titisan darah, itu hukumnya haram. Sumpah guna darah itu termasuk didalam aturcara kongsi gelap cina. (angkat sumpah sesetengah 77 PEKAK)
Sebenarnya geng 77 bukanlah NGO ataupun persatuan yang berdaftar dengan kerajaan. Geng 77 adalah satu kongsi gelap melayu cabang baru yang cuba dihidupkan semula oleh sesetengah bangsa melayu kita sendiri. Ketuanya sendiri berbadan tatu harimau (harimau merujuk kepada lambang geng 77).
Apa yang aku cuba ingatkan disini, siapa yang membaca blog ini cuba sebarkan kepada remaja-remaja melayu kita supaya mereka tidak terjebak dalam kumpulan jahat yang sedang cuba meracun anak-anak melayu.
Update:
Disebabkan post blog ni menjadi pertikaian ramai. Di sini Mc sebagai penulis blog nak beritahu bahawa, penulisan ini adalah satu kebenaran dan Mc juga merupakan adik beradik baju putih dalam lambang 30. Mc agak terkilan dengan adik-adik 77 yang menganggap mereka semua pejuang fisabillilah, namun apakah benar mereka mengerjakan pertubuhan dan perlaksanaan ini ke arah ajaran Allah? berapa banyak amal pertubuhan kamu telah buat? berapa banyak melayu murtad yang kamu sedarkan? Musuh Allah nak mengadaikan agama dan nama Allah, apa kamu semua buat? cakap saja lebih.
Kita bangsa Melayu beragama Islam, hidup dengan tujuan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Hidup kita dengan ibadat dan tujuan, hidup kita untuk melaksanakan suruhan Allah. Kita hanyalah hamba yang kerdil dan kudus, jangan sangka kita kuat, kerana ada yang lebih kuat dari kita, jangan sangka kita pandai, kerana kepandaian kita hanya kurniaan pinjaman dari Allah.
Wahai saudara jemaah seIslamku, bangunlah dari tidurmu. Penubuhan Pekida, atau lebih dikenali sebagai 3 line atau 30 bermaksud 30 juzuk Al-Quran, namun berapa kerat diantara kamu yang teleh mengkhatam Quran? atau boleh membaca Quran?
Usahla nak sembang pandai, kalau benar kamu pejuang Fisabillilah, bangkitlah berjuang menentang musuh Allah. Jikalau hanya pandai merempit, meromen anak dara orang, meneguk arak dan membuat larangan Allah. Maka kamu sepatutnya termasuk dalam golongan 13, iaitu golongan yang tidak layak menyertai kumpulan 30 atau Pekida.
sampai sini saja tulisan Mc, tonton la video khas untuk pejuang 30, 36 dan 77.
McTheory:
Pulanglah kepangkal jalan sebelum ajal menjemputmu..