Memaparkan catatan dengan label info jenayah kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info jenayah kedah. Papar semua catatan
Sabtu, 5 April 2014
HOT!! Gambar Ngeri Pergaduhan Di Sungai Petani! (18SG)
Puncanya semalam hanyalah salah faham, kemudian berlaku pertengkaran kecil dan berakhir dengan tetak menetak. Mangsa berbangsa cina dan suspek yang menetak berbangsa india. Jangan salah faham, ini bukan pergaduhan kaum, tetapi kedegilan dan kesombongan mengatasi akal. Sebab tu jadi macam ni.
Di kabarkan pergaduhan berlaku di Sungai Petani. Macam-macam kes Sungai Petani ni, kes kecil tak boleh bertolak ansur ka? Bila jadi macam ni, kan dah menyusahkan orang, masing-masing nak tunjuk otai la konon. Pakai otak la!
Sapa rasa lemah semangat tak disyorkan tengok gambar dibawah.
Mangsa selamat dihantar ke hospital yang berdekatan dan masih bernafas hingga sekarang.
P/s: pengajaran, jangan nak tunjuk hebat, cakap elok-elok..
McTheory:
Baru lancar bandar selamat, dah ada kes pulak!
Isnin, 2 Disember 2013
HOT! Kes Bunuh dan Rogol 3 Beradik Bukan Kes Biasa! #HanyaDiKedah
ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.
Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.
Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.
Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.
Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.
Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.
Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.
“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.
“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.
“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit. Sumber
McTheory:
Syaitan mana buat kerja ni, kejamnya.. ini bukan kerja manusia ni, ini syaitan punya kerja..
“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.
“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.
“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit. Sumber
McTheory:
Syaitan mana buat kerja ni, kejamnya.. ini bukan kerja manusia ni, ini syaitan punya kerja..
Jumaat, 23 Ogos 2013
HOT! Polis Kedah GEMPUR Geng Kongsi 04!!
Polis Kedah sedang mengenal pasti saki baki anggota kumpulan kongsi gelap 04 yang bergiat aktif di negeri ini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata menerusi Ops Cantas sejak 18 Ogos lepas, pihaknya telah menahan 58 orang yang disyaki terlibat dalam kongsi gelap dan daripada jumlah itu terdapat mereka yang terlibat dalam kumpulan 04.
Ahmad berkata pihaknya akan meneruskan operasi itu di beberapa kawasan tumpuan kumpulan terbabit seperti Baling, Sungai Petani dan Kulim secara berterusan tanpa henti.
“Setakat ini polis telah buat pemeriksaan terhadap 335 orang dan 356 kenderaan.
“Sepanjang operasi itu kami buat pemeriksaan dengan teliti untuk mencari dan menahan ahli kongsi gelap ini serta telah membuka kertas siasatan terhadap 58 ahli kongsi gelap dan penjenayah yang melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita pada operasi polis di sini awal pagi tadi.
Ahmad berkata kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai lebih tiga rekod pelbagai jenis jenayah. – BERNAMA
Ahad, 11 Ogos 2013
HOT INFO! Kes Tembak Di Bukit Kayu Hitam!
Semalam satu lagi kes tembak berlaku, namun kes ini mungkin ada berkaitan dengan penyeludupan.
Lokasi kes,
Maklum kejadian seorang anggota tentera ditembak di N9 Sempadan Bkt Kayu Hitam Kedah
1) Bkt Kayu Hitam Rpt
1291/13
I.O insp. Rozifah
2) Ringkasan kes:
Pada 10/8/2013 jam lbh kurang 0430 hrs, semasa mangsa keluar membuat rundaan pencegahan penyeludupan dkawasan sempadan Bkt Kayu Hitam Kedah bersama dgn seorang rakan yg beruniform tentera dan menunggang mtosikal tentera, ketika sampai diN9 dapati pagar telah dikopak dan mangsa tlh turun dari motosikal dan memperbaiki pagar, ketika sedang membaiki ada ternampak lampu suluh dari thailand , apabila selesai membaiki pagar mangsa telah berjalan ke motosikal dan ketika itu tlh terdengar letupan dan terkena mangsa, mangsa cuba utk melarikan diri tetapi terjatuh.
Mangsa tlh dibawa ke hospital Kangar dgn kenderaan tentera dan Doktor tlh memaklumkan pada balai Kangar jam 0730 hrs.
3) Mangsa
A) Azamruddin bin Azizan
Kpt: T/1152130 (Anggota RAMD 2 Sg Ara P
Pinang)
Umur : 26
4) Kecederaan
Mangsa terkena tembakan di bahagian paha kanan 2 kesan, paha kiri 1 kesan dan bahagian belakang 3 kesan.
Rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.
Siasatan lanjut masih diteruskan.
Jumaat, 19 Julai 2013
HOT! Gambar Ngeri Cikgu India Kena Tembak Di Kulim Semalam!
Semalam gempar dengan kejadian tembak yang berlaku di Kulim. Kerana sebelum itu, ada satu lagi kejadian tembak terjadi di Bukit Mertajam.
Mangsa Shanmugam a/l Krishnasamy telah ditemui mati di tembak dalam kereta jenis toyota wish warna silver di tempat duduk penumpang hadapan. Saspek 2 orang lelaki berbangsa tidak pasti memakai topi keledar menaiki motosikal jenis yamaha lc warna hitam.
Sebanyak 9 buah kelongsong peluru thai arm 9mm dijumpai berhampiran kereta mangsa. Pemilik kenderaan adalah milik mangsa kejadian. Menurut saksi kejadian, yang sedang memandu kereta jenis viva di hadapan kereta mangsa menyedari kejadian ini sebaik keretanya dilanggar dari belakang oleh kereta mangsa.
Kejadian ini telah mengemparkan penduduk sekitar dan menyebabkan kesesakan lalulintas hampir satu jam.
Jarang berlaku kejadian tembak di Kedah ni. Tentu ada yang tak kena, atau melibatkan dua kumpulan gelap yang berebutkan sesuatu. Andaian saja la..
Isnin, 11 Februari 2013
PANASS!! Dari Kedah Pasangan Kekasih Terlampau Di Tangkap!!
Tindakan sepasang kekasih merempuh sekatan jalan raya yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Bharu pada 31 January lalu membongkar kegiatan sebenar pasangan itu.
Pasangan itu disyaki terbabit mencuri kabel dan pecah rumah di sekitar Kulim, Pulau Pinang dan Perak selepas siasatan dilakukan terhadap kedua-dua mereka.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pasangan yang berusia 24 dan 28 tahun memandu sebuah kereta sebelum ditahan di kawasan Ladang Kelapa Sawit Batu Hampar, Kampung Air Puteh, Serdang selepas melarikan diri daripada sekatan polis.
Ketua Jabatan Siasat Jenayah Kedah, Assisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pasangan itu berjaya ditahan dan hasil daripada soal siasat berjaya membongkar kegiatan jenayah mereka selepas sepasukan polis melakukan serbuan terhadap sebuah premis di Sungai Ular, dekat sini.
"Hasil serbuan itu, kami berjaya menahan enam orang termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 71 tahun di premis berkenaan yang menjalankan perniagaan mengutip besi buruk.
"Pemeriksaan lanjut terhadap premis itu menemui kira-kira 100 kilogram kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau berkata, serbuan itu turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah termasuk kad pengenalan milik orang lain. Katanya, premis menjual besi buruk itu hanya digunakan untuk melindungi kegiatan sebenar mereka.
Rabu, 2 Januari 2013
GEMPAR!! Amukan Berparang di Restoran mamak di Kulim Kedah!
![]() |
| Gambar CCTV Menunjukan lima lelaki yang mengamuk |
![]() |
| Pekerja restoran bahagian dapur cedera di kepala akibat di tetak. |
Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.
Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.
"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.
"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.
"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.
Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.
"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.
Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.
Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.
Mc rasa kejadian ini melibatkan kumpulan gengster yang sengaja mahu membalas dendam dan buat kacau. Pihak polis perlu mengenal pasti dan menangkap mereka ini dengan cepat,s upaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali.
Langgan:
Catatan (Atom)




















