Sponsor

Memaparkan catatan dengan label menteri bebal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri bebal. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Januari 2014

#HOT! Kisah disebalik Menteri Ayam Letak Jawatan!


Dalam dunia ni, tak kisah la orang tu bodoh ke, pandai ke, biol ke atau seangkatan dengannya, jika diberi jawatan atau kuasa, sudah tentu kalau boleh nak dipegangnya sampai mati. Walaupun kadang-kadang amanah yang diberi kepadanya tu, memang langsung tak dilaksanakan.

Contoh terbaik ialah Menteri KPDNKK Hasan Malek yang lebih popular dengan panggilan 'Menteri Ayam' kenyataan demi kenyataan yang beliau keluarkan boleh membuatkan Pejabat PM di Putrajaya bergegar! Apakah beliau sedar, beliau sebenarnya mewakili Kerajaan Malaysia dalam setiap kenyataan BODOH yang pernah beliau keluarkan?

Walaupun rakyat ni bukan MENTERI, tak bermakna rakyat begitu bodoh boleh menelan segala dan apa jua kenyataan Menteri yang sepatutnya lebih cerdik dalam mengawal emosi rakyat (penguna) ketika barang naik!!

Mana boleh lawan API dengan API bro! Memang meletop la nanti!

Kenyataan yang mengarut dan menyakitkan hati tu sepatutnya dielakkan. Cari solution yang lebih baik. Takkanlah tak ada penasihat yang mampu memberi cadangan yang lebih bagus selain dari "Ayam naik harga, jangan makan ayam"

Kalau setakat fikiran macam tu, baik lantik budak sekolah rendah saja jadi penasihat!

Tentang cerita Hasan Malik nak letak jawatan tu, sebenarnya hanya satu ujian untuk menunjukan PEMIMPIN UMNO kebanyakkannya, LEBIH SAYANG PADA JAWATAN, DARI SAYANG PADA PARTI!

Untuk penjelasan yang lebih teliti boleh baca kat AZRI



McTheory:
Sebut resign saja mengelabah habis semua anak-anak ayam buat demo.. he he he..