Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas pemfitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas pemfitnah. Papar semua catatan

Selasa, 11 Disember 2012

PANASS!! Pas Punca Melayu Islam Berpecah!!


Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.

Selasa, 3 Julai 2012

TUDIAA!! Gambar Terlarang Nik Aziz dan Artis Suam Kuku!!

Ada yang tak kena dengan gambar ni?


NIK AZIZ NI ORANG TUA PERASAN BAGUIH KA APA?

Ada apa yang tak kena dalam gambar ini? Perhatikan dalam bulatan merah yang Mc tandakan tu. Kelihatan gambar Nik Aziz sedang menangis menadah tangan membaca doa, didalam bilik Nik Aziz sendiri. Gambar Nik Aziz, berdoaa.. dalam bilik Nik Aziz sendiri? aduhh.. tak ka pelik tuu.

Hanya orang yang perasan bagus saja yang selalu gantung atau letak gambar diri sendiri dalam bilik. Lebih-lebih lagi gambar tengah berdoa?? Apakah gambar itu untuk menunjukkan betapa zuhudnya ketika membaca doa, kepada tetamu?

Bukankah Ulamak itu sifatnya bersederhana dalam segala hal? bukannya dengan tunjuk menunjuk seperti ini. Sebab tu Mc kata, Nik Aziz tu Ulamak POLITIK!! Kalau nak maki dan kutuk pun takpa, sebab beliau dah menyimpang dari Ulamak pejuang Islam yang sebenar.

Dah masuk politik biasa la.. kalau taknak kena maki dan kutuk, jangan masuk politik. Bila dah masuk.. confirm kena maki! Lebih-lebih lagi yang jenis permain agama macam orang tua ni.



McTheory:
Ulamak akhir zaman banyak yang palsu..

Ahad, 1 April 2012

KASI PANAS!! Nik Aziz TERER Speaking Mat Saleh??



Video ni membuktikan bahawa Nik Aziz di dalam biodata resumenya, tertulis penguasaan bahasa Melayu (walaupun dia tak mengaku melayu), bahasa Inggeris (walaupun sepatah haram pun tak tau), Tamil (betul ke?) dan Arab (mungkin la).

Ahad, 19 Februari 2012

TUDIAA!! Haramkah Memfitnah lagi!!


Haramkahdaily memfitnah lagi. Kali Puan Sri Norainee pula yang menjadi mangsa kepada fitnahannya. Sudah la tuduhan yang dikemukakan, tanpa bukti, nampak sangat ianya satu fitnah.

Haramkah kata Puan Sri berbelanja sakan semasa di KLCC. Namun tidak dinyatakan bila waktunya, dan butik mana yang Puan Sri berbelanja. Jika benar berita ini, haramkah kena berikan waktu dan tarikhnya dengan tepat. Jangan hanya menuduh secara rambang.