Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pasukan bola malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasukan bola malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2011

EDISI TERGOLEK!! ANTARA APEX DAN SHIDA YANG MANA DI PIHAK BENAR??

Dua hari lepas Mc ada memberi pendapat Mc mengenai isu ini, sama sebanyak Mc ada hentam skandal Apex Fahmi si Shida. Pada yang belum baca boleh klik sini. Mungkin ini artikel terakhir Mc menceritakan mengenai dua orang yang tah apa-apa tah. Dibawah ini Mc siarkan video penjelasan si Shida mengenai apa yang berlaku. Tidak adil kalau Mc terus menyalahkannya, namun pembaca boleh menilainya sendiri.





Bagi pendapat peribadi Mc, dari mata kasar, Mc melihat kedua-dua belah pihak bagai sembunyikan sesuatu. Namun jika itu yang diperjelaskan, Mc hanya menulis dan pembaca boleh membuat andaian sendiri.

Sembunyi macam mana pun, Allah juga yang tahu. Dosa dan pahala dorang, biar Allah yang tentukan.

McTheory:
Pesanan untuk si Shida, kalau dah bertunang tu, buat cara bertunang.. jangan makan luar..

Selasa, 22 November 2011

GEMPAR!! Bomoh Bola Sepak Indon Di Kesan!!


Patut la banyak peluang Malaysia di depan pintu gol Indon sepak tak masuk-masuk. Rupanya puak Indon ni mengunakan sihir ilmu hitam untuk mengelirukan permainan pasukan Malaysia. Walau bagaimana pun, bomoh ni tak cukup kuat untuk mengawal skuad harimau muda Malaysia mengaum di stadium Bung Karno!!

Tahniah Pasukan Malaysia!! Pergi Mampus Indonesia!!

Isnin, 21 November 2011

Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!


FOKUS dan tenang itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.

Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.

“Mengecewakan!” kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir.

“Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.

“Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?”

Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

“Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.

“Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham,” katanya.