Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pekan rabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pekan rabu. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Lagenda Pekan Rabu - Bakal Gegarkan #Kedah..


Apa itu Lagenda Pekan Rabu?

Satu cara untuk menerapkan budaya cintakan warisan dikalangan penduduk Alor Setar dan Kedah. Malah memberi inspirasi dan pendedahan kepada penduduk Alor Setar sendiri. Menggalakkan para remaja menceburi bidang kreatif dan menghayati seni. Memberikan hiburan keluarga yang sesuai disamping masih menerapkan elemen kerohanian.


AOR World Music Stage

Debu (USA/Indonesia)
The Muhibbain
Andy Flop Poppy
Radhi OAG
Altimet
Al – Farabi Band


Antara acara yang menarik perhatian

Kindness Treasure Hunt

Aktiviti yang akan dijalankan bersama rumah-rumah anak yatim sekitar Kedah. Setiap rumah anak yatim akan menghantar sekurangnya 2 pasukan untuk menyertai Treasure Hunt ini. Treasure hunt akan dijalankan disekitar Ukir Mall sambil diselia oleh sukarelawan Kindness.my

Caravan of Praise (Kabilah Berselawat)

Segala puji untuk yang maha esa juga diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai ' Hamd ' yang merupakan ' Tahmid ' yang bermaksud untuk memberi pujian kepada Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW.

Untuk memupuk kasih Nabi dan ungkapan untuk melanjutkan cintanya kaumnya (umat) .
Acara yang sangat menarik generasi muda. Anak-anak muda menyatakan cinta mereka pada Nabi Allah Muhammad.


Pendekatan yang sangat menarik minat untuk anda kunjungi dan sertai bersama. Bukan majlis kosong atau biasa-biasa, ianya penuh pengisian hingga merangkum kerohanian anda.

Jangan lupa sertai ' Lagenda Pekan Rabu ' 29, 30, 31hb Disember 2014, diperkarangan Ukir Mall, Alor Setar.

Rabu, 3 Disember 2014

HOT! Pekan Rabu, Semakin Ramai Peniaga Mula Berpindah! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir


ALOR SETAR - Proses perpindahan sementara peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall demi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pekan Rabu, lebih lancar hari ini berbanding kelmarin.

Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, bilangan peniaga berpindah meningkat berbanding kelmarin.

“Kelmarin, hanya 118 peniaga berpindah sebelum 27 lagi menyusul. Pertambahan peniaga menjadikan jumlah setakat ini mencecah 145 peniaga.

“Seramai 82 peniaga pula dalam proses pemindahan. Cumanya, tinggal 26 yang masih enggan, namun saya yakin mereka akan mengambil langkah sama nanti,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam lawatan ke bangunan Ukir Mall, semalam bagi meninjau proses pemindahan peniaga terlibat.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Mohamad Ghazi.


Menurutnya, pihak mereka telah mengambil kira semua aspek termasuklah keadaan tapak sementara bernilai RM2 juta untuk peniaga Pekan Rabu.

“Saiz lot-lot kedai sementara peniaga Pekan Rabu dibina sedemikian rupa demi menampung dan memuatkan keseluruhan 227 peniaga,” katanya.

Jikalau lot kedai dibina seperti mana lot kedai asal mereka, akan ada peniaga tidak mendapat tempat sementara di Ukir Mall nanti.

Lagipun katanya, tinjauan mendapati kemudahan asas disediakan antaranya seperti di Medan Selera Pekan Rabu selesa kepada semua.

Ku Rahman berkata, dia yakin keputusan diambil mampu memberi pulangan lumayan dan rezeki kepada peniaga Pekan Rabu dan Ukir Mall.

"Kira-kira 80 peratus pelanggan dilihat sudah mengunjungi tapak sementara peniaga Pekan Rabu setakat ini, walaupun pada awalnya sedikit perlahan.

"Saya berharap pembinaan kompleks selesai dalam tempoh lebih awal iaitu 30 bulan berbanding 36 bulan demi memudahkan peniaga," katanya.

sumber MukhrizMahathirFC.com

Selasa, 2 Disember 2014

Perkara yang WAJIB anda tahu mengenai Pekan Rabu lama! #Kedah


Umum tahu Pekan Rabu merupakan tempat tumpuan pelancongan di Kedah.

Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. 

Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. 

Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan Kedah. Malah ia juga sudah menjadi lambang utama negeri Kedah.

Disebabkan bangunan tersebut sudah lama ianya uzur hingga menyebabkan struktur bangunan tersebut juga sudah tidak selamat.

Kami diberitahu, struktur bumbung bangunan Pekan Rabu, sudah rapuh dan ada yang sudah retak. Malah ianya menunggu masa untuk runtuh pada bila-bila masa. Sebab tu bila hujan, ia bocor disana-sini.

Lantai pun sudah ada yang retak, malah lubang kumbahan pun ada yang hanya dipapan dengan papan nipis yang amat berbahaya pada peniaga, lebih-lebih lagi pelanggan.

Ciri-ciri keselamatan kebakaran langsung tidak ada. Alat pencegah kebakaran juga telah dicuri malah ada yang rosak. Jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar, ianya gagal untuk dikekang lagi.

Sudah la bekalan air telah diputuskan semalam. Elektrik juga telah tamatkan. Malah kawasan Pekan Rabu juga telah diisytiharkan sebagai kawasan pembinaan oleh Lembaga Koperasi Pekan Rabu, andaikata berlaku apa-apa kemalangan, ia akan jadi sia-sia. Bak kata orang mati katak!

Kami nasihatkan peniaga yang mementingkan keselamatan supaya meninggalkan kawasan terbabit, sayangi nyawa dari harta benda. Tiada apa yang bermakna didunia selain dari keselamatan diri anda. Harta benda boleh dicari, nyawa tiada gantinya.

Kepada pelanggan yang selalu mengunjungi Pekan Rabu, anda boleh ke Ukir Mall, kawasannya luas, dalamannya ada penghawa dingin. Paling penting anda tak perlu risau jika ada bumbung runtuh atau lantai hancur.

Pesanan dari Mat Pekan Rabu Pencinta Kemajuan.

Selasa, 11 November 2014

HOT! Wajah Terbaru #PekanRabu Terbongkar!! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir


Ini gambar terbaru bangunan #PekanRabu yang telah dirancangkan. Berlainan sikit dari gambar yang mula-mula dulu.

Nampak agak menarik.. apa pun kita harap ianya berjalan lancar.

Patut semua peniaga beri sokongan untuk membuat perubahan yang baik ini.

Insyallah doakan semuanya berjaya..

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/ 

#MMFC #Kedah #AlorSetar #KedahSerataRata #HanyaDiKedah

Selasa, 19 November 2013

HOT! tudiaaa.. Pekan Rabu Berwajah Baru.. #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur

Pehh.. sempoii..

canggih dan anggun..

Terbaik la Kerajaan negeri merancang untuk mengubah rupa Pekan Rabu menjadi secantik dan secanggih ini. Sebagai tempat berniaga yang mempunyai nostalgia tersendiri kepada Menteri Besar kita Dato Mukhriz (dulu ayahanda beliau Tun M pernah berniaga disini waktu kecil).

Pekan Rabu juga dikenali sebagai tempat melawat paling penting di Kedah kerana menjual barangan bumiputra dan asli yang sukar didapati ditempat lain. Memang unit Pekan Rabu ni.. nak terangkan pun susah.

Bak kata orang, kalau mai Alor Setaq, tak singgah Pekan Rabu, kira macam tak cukup syarat la.

Cuma apa yang Mc minta, tapak sewa dan bayaran kedainya janganla naik melampau atau letak terlalu tinggi. Tak guna buat cantik-cantik tapi menyusahkan peniaga asal disitu. Betui?

McTheory:
Lagi satu.. parking paling penting..  cantik pun tak guna kalau takdak parking..

Khamis, 30 Mei 2013

TUDIAA!! Bila Pekan Rabu Ber 'Transformasi' !! #HanyaDiKedah



ALOR SETAR - Berkunjung ke bandaraya ini tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pekan Rabu.

Pekan Rabu Alor Setar, yang menjadi tumpuan masyarakat peniaga dan pembeli sejak 1900, kini menjadi antara lokasi ikonik bagi Kedah.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung ke Pekan Rabu adalah makanan dan kuih tradisional, pakaian tradisional, perkhidmatan tukang jahit, songkok, kraftangan masyarakat setempat, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Menyedari akan betapa penting Pekan Rabu kepada Alor Setar, negeri ini dan pelancong, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan pembinaan bangunan baru iaitu sebuah kompleks perniagaan yang moden seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara hari ini.

Pekan Rabu, yang menjadi lambang model perniagaan Melayu, akan diberi nafas baru melalui pembinaan semula yang mampu menambahkan lagi peluang perniagaan kepada peniaga seterusnya menjadi tumpuan para pengunjung.

Sejarah Pekan Rabu

Pekan Rabu diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali yang pada asalnya beroperasi pada Hari Rabu sahaja.

Bagaimanapun, pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke tapak sekarang dan menjalankan operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Bangunan sedia ada dibina pada 1975 dengan kos RM3.2 juta dan telah melalui proses ubah suai pertamanya pada 1995 dengan kos RM6.5 juta apabila dinaiktaraf menjadi kompleks pasar moden.

Antara individu yang pernah berniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Beliau berniaga pisang goreng di Pekan Rabu pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta, yang melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu.

Kompleks Perniagaan Moden

Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamad Anuar A. Rahim berkata kompleks perniagaan baharu yang akan dibina itu mampu memuatkan 360 premis perniagaan berbanding 347 premis yang sedia ada sekarang.

"Pembinaan ini akan mewujudkan ruang yang lebih banyak kepada peniaga sedia ada dan terbuka kepada peniaga lain dengan syarat Melayu dan adalah anggota koperasi.

"Itu tujuan dan matlamat utama kita bagi meningkatkan taraf ekonomi peniaga selain memastikan peniaga dapat merasai suasana kompleks yang lebih baharu, pencahayaan yang lebih baik malah selesa tanpa masalah kekerapan paip bocor dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Pembinaan semula kompleks itu juga bagi menyelesaikan masalah utama iaitu tempat parkir kereta atau bas agak terhad, yang menyukarkan orang ramai mengunjunginya.

"Kompleks itu akan mempunyai susun atur serta reka bentuk yang memerlukan transformasi agar nampak lebih segar dan moden malah aktiviti perniagaan juga akan diaktifkan seiring dengan 'traffic flow' pengunjung," katanya.

Apabila siap kelak bangunan baharu Pekan Rabu, yang akan mengekalkan keunikkan namanya, akan mempunyai tiga tingkat premis perniagaan manakala tiga tingkat di atas untuk parkir.

Dalam tempoh pembinaan bangunan baru itu, persatuan akan memastikan peniaga-peniaga ditempatkan di lokasi sementara di Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Kedah di Jalan Limbong Kapal, dekat sini bagi meneruskan perniagaan mereka tanpa sebarang masalah.

Mohamad berkata pembinaan kompleks perniagaan itu akan mula dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal 2014.

Harapan Harapan Peniaga

Sementara itu, rata-rata peniaga ketika ditemui Bernama merasakan sudah tiba masanya kompleks perniagaan itu menerima satu perubahan yang mampu membawa pulangan modal yang baik kepada mereka.

Bagi Fazli Serat, 50, pemilik kedai Baju Melayu berkata perniagaannya di kompleks perniagaan itu merupakan tradisi keluarganya sejak 1970-an dan menjadi harapan tradisi itu dapat diteruskan selepas ini.

"Saya cuma harapkan yang terbaik sahaja, mungkin ada sedikit masalah apabila melibatkan pemindahan sementara nanti namun siapa tak nak lihat bangunan yang baru, cantik dan tambah selesa pula, tak sabar rasanya," katanya yang memiliki tiga premis perniagaan bersambung di sini.

Hashimah Nyak Bakar, 52, berkata apabila kompleks itu siap untuk beroperasi nanti, beliau mengharapkan perniagaan kosmetik yang dijalankan sejak 10 tahun akan bertambah maju.

"Ada rasa takut juga tapi saya terima saja sebab akan dapat bangunan baru, mungkin lebih ramai pengunjung akan datang sini.

"Saya juga yakin dengan pembinaan semula Pekan Rabu ini, sebab setiap tiga kali sebulan, pihak koperasi akan datang menjelaskan perkembangannya," katanya.

Jika sebelum ini, kebimbangan ramai terhadap usaha pembangunan semula Pekan Rabu adalah berkenaan penyelesaian sesuatu perkara antara agensi kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan kerajaan negeri Kedah, yang ketika itu dipegang oleh pakatan pembangkang.

Dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah kembali kepada BN, isu pentadbiran untuk kerja-kerja menaiktaraf itu sepatutnya tidak menjadi halangan untuk warga bandaraya ini melihat sebuah kompleks perniagaan orang Melayu yang moden. - Bernama

McTheory:
Hadiah untuk orang Kedah daripada Kerajaan BN..