Rabu, 3 Disember 2014
HOT! Pekan Rabu, Semakin Ramai Peniaga Mula Berpindah! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir
ALOR SETAR - Proses perpindahan sementara peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall demi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pekan Rabu, lebih lancar hari ini berbanding kelmarin.
Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, bilangan peniaga berpindah meningkat berbanding kelmarin.
“Kelmarin, hanya 118 peniaga berpindah sebelum 27 lagi menyusul. Pertambahan peniaga menjadikan jumlah setakat ini mencecah 145 peniaga.
“Seramai 82 peniaga pula dalam proses pemindahan. Cumanya, tinggal 26 yang masih enggan, namun saya yakin mereka akan mengambil langkah sama nanti,” katanya.
Beliau berkata sedemikian dalam lawatan ke bangunan Ukir Mall, semalam bagi meninjau proses pemindahan peniaga terlibat.
Turut hadir, Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Mohamad Ghazi.
Menurutnya, pihak mereka telah mengambil kira semua aspek termasuklah keadaan tapak sementara bernilai RM2 juta untuk peniaga Pekan Rabu.
“Saiz lot-lot kedai sementara peniaga Pekan Rabu dibina sedemikian rupa demi menampung dan memuatkan keseluruhan 227 peniaga,” katanya.
Jikalau lot kedai dibina seperti mana lot kedai asal mereka, akan ada peniaga tidak mendapat tempat sementara di Ukir Mall nanti.
Lagipun katanya, tinjauan mendapati kemudahan asas disediakan antaranya seperti di Medan Selera Pekan Rabu selesa kepada semua.
Ku Rahman berkata, dia yakin keputusan diambil mampu memberi pulangan lumayan dan rezeki kepada peniaga Pekan Rabu dan Ukir Mall.
"Kira-kira 80 peratus pelanggan dilihat sudah mengunjungi tapak sementara peniaga Pekan Rabu setakat ini, walaupun pada awalnya sedikit perlahan.
"Saya berharap pembinaan kompleks selesai dalam tempoh lebih awal iaitu 30 bulan berbanding 36 bulan demi memudahkan peniaga," katanya.
sumber MukhrizMahathirFC.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Projek barisan boleh siap awal???
Kalau nak siap awal .... retak sana sini...
mantap keren dch hahahahaha soalnya saya gak ngerti apa yg di omongin
Projek barisan kira retak sana sini lah..?
Projek PR macam nama pulak...dari dulu sampai sekarang tak siap-2..!!
kalau bagi pr perinth negara.... baru bleh siap beb
Catat Ulasan