Khamis, 17 Disember 2009

Kerajaan Ds Najib Tergugat? 1Malaysia dipertikaikan!

Kejadian di Parlimen detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, disebabkan Pakatan Pembangkang yang bermain kotor untuk menjatuhkan Kerajaan pimpinan Ds Najib. Anwar dan konco-konconya sanggup menunggu hingga kelewat malam untuk membuat undian belah bahagian bagi meluluskan Bajet 2010. Berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan Barisan Nasional terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. Alhamdullilah kita dapat mengesan taktik pembangkang lalu menghubungi ahli-ahli parlimen BN yang berdekatan supaya menghadiri dewan termasuk Ds Najib dan Ts Muhyiddin yang sedang menghadiri majlis. Begitu kotornya taktik Anwar dan Pakatan untuk merampas Kerajaan.

Pas juga mempertikaikan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Ds Najib, katanya inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri. Pas memusingkan lagi cerita mengatakan para menteri tak dapat menerima konsep 1Malaysia. Hakikat yang sebenarnya semenjak konsep gagasan 1Malaysia dilancarkan secara rasminya oleh YAB Perdana Menteri Ds Najib. Gagasan 1Malaysia semakin diterima rakyat, rakyat meyambut baik konsep bekenaan contohnya perhimpunan raksasa Ds Najib di Perak pada dua bulan lepas yang dihadiri hampir lapan puluh ribu orang untuk menyaksikan upacara rasmi pembukaan 1Malaysia di Perak. Kemenangan BN di Bagan Pinang, kekalahan tipis BN di Manik Urai dan kurangnya sokongan rakyat kepada pembangkang juga merupakan satu bukti yang 1Malaysia diterima oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

MctHeory: Ceritanya Pakatan Rakyat sanggup buat apa saja untuk mendapat kuasa menjadi kerajaan pusat. Kerja mereka hanya untuk menjahanamkan kerajaan pusat dengan mencari sebab dan menghentam membabi buta apa saja projek yang kerajaan buat. Sampaikan salam 1Malaysia pun dipertikaikan, dah takde kerja sangatla orang Pas ni. Salah ke kalau kita sekadar mengucapkan salam 1Malaysia? seperti pembaca berita RTM, ''Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia!'' salam 1Malaysia itu bagi mengantikan salam sejahtera yang salamnya dituju khas untuk orang bukan Islam. Perkara senang macam ni pun korang nak pusing ka! Berdosakah bila menyebut salam 1Malaysia dengan niat untuk memperkukuhkan rakyat di Negara kita ini? Benda kecik macam ni korang bising, bila isu arak dan babi Dap, semua Ulama-ulama dan Ustaz-ustaz Pas semua terkedu diam membisu. Mana Harun Din, mana Mahfuz Omar. Cuba buktikan korang betul-betul perjuangkan Islam, jangan hanya gunakan Islam untuk berpolitik dan memilih-milih. Ciss akai ada ka?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas memang bodo semua orang tak betui, depa saja la yang betui. Pas for All tu bukan sama macam Israel for All ka?