Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan - yang digantung keahliannya selama tiga tahun - bertindak keluar dari parti itu dan bakal menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).
Jun lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) Gerakan mengantung keahlian Huan kerana bersikap menentang kepentingan parti dan selalu mengecam parti. Semalam Huan secara terbuka mengugut Gerakan supaya menarik balik pergantungan keahlinya atau Huan akan meletakkan jawatan dan membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan. Huan mengesa keahliannya di tarik balik kerana UMNO telah memberi keahlian semula kepada Ahmad Ismail bekas ketua UMNO Bukit Bendera (Ahmad digantung berkenaan isu pendatang semasa PRK Permatang pasir). Apabila ditanya kepada Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan)mengenai Huan, Tsu Koon hanya menjawab, ''Selamat berjaya kepada PCM dan selamat berjaya kepada Huan''.
MctHeory: Secara jujurnya jika Gerakan hendak mengeratkan lagi hubungannya diantara parti kompenen Barisan Nasional terutamanya UMNO, Gerakan perlu membiarkan isu-isu remeh seperti ini. Sudahlah Pemuda Gerakan selalu mengapi-apikan keadaan dalam pelbagai hal perkauman. Kali ini Tsu Koon bertindak bijak dengan menyelesaikan salah satu masalah Parti Gerakan sekian lama yang menjadi duri dalam daging. Pada Gerakan, jadilah rakan yang baik, perbaiki parti dan tumpukan pada PRU13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan