Selasa, 2 Mac 2010
KENAPA PKR PALING BANYAK KELUAR PARTI? MESTI BACA!!
Berita ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar parti dan menjadi bebas sudah diketahui ramai. Pengumuman Salehuddin bahawa 10 lagi adun dan ahli parlimen pembangkang yang keluar parti juga pasti sudah diketahui oleh pembaca. Tapi.. kenapa, sebab apa dan atas alasan apa mereka keluar parti selalu diberikan alasan yang sama.
Alasan paling popular ialah, parti sudah lari dari perjuangan dan parti sudah tidak adil bagi mereka. Memang betul alasan berkenaan juga merupakan antara alasan yang kukuh bagi mereka keluar parti, tetapi ada lagi alasan tersembunyi yang mereka simpan dan tidak dedahkan pada media dan rakyat untuk mengetahuinya.
Atas alasan apa, atau kenapa Mc tak tahulah. Mungkin mereka mahu menyimpan perasaan itu menjadi rahsia bagi diri mereka. Mc pernah bertemu dengan dua orang ahli parlimen yang baru keluar parti dan cuba bertanya khabar sebagai seorang sahabat yang mengambil berat.
Bila berburak dan berbincang hal politik dengan mereka, baru Mc faham atas dasar apa mereka berbuat keputusan untuk keluar parti dan meninggalkan parti lama mereka. Bagi adun dan ahli parlimen PKR, kemenangan mereka pada PRU ke 12 bukanlah satu yang mereka jangkakan. Begitu juga dengan Pakatan Haram, mereka belum lagi bersedia untuk memerintah negeri.
Bila kita tak bersedia untuk melakukan hal yang penting, maka segala perbuatan kita akan menjadi kelam-kabut. Begitulah halnya dengan keadaan dinegeri-negeri bawah Pakatan Haram, semuanya menjadi tak terurus dan kelam kabut. Paling ketara dirasai ialah ahli PKR.
Kenapa PKR paling terasa kesannya? sebab, PKR hanyalah sebuah parti politik yang ditubuhkan atas dasar simpati dan kesian. Bukan atas dasar perjuangan. Sumber kewangan PKR hanyalah berasal dari Anwar, tanpa Anwar PKR akan lemah dan layu. Ini berbeza dengan Pas dan Dap. Pas walaupun sumber kewangan mereka agak kurang, tetapi mereka masih lagi boleh mencari sumber kewangan dengan berceramah dan berniaga secara kecil-kecillan.
Dap pula sebuah parti politik berteraskan semangat komunis dan kongsi gelap. Sumber mereka tak akan habis selagi kumpulan-kumpulan gelap cina menyokong mereka. PKR? mana ada sumber kewangan, cuma anwar sajalah sumber mereka. Anwar pula mengharap daripada luar, daripada rakan-rakan yahudinya, persatuan hak asasi manusia dan hasil kerja dan kelentongnya di luar untuk membawa masuk dana kepada PKR.
Cuba lihat situasi sekarang, anwar masih lagi tersepit dengan masalah liwatnya yang belum selesai dan boleh membawa dia ke penjara sungai buloh semula. Sumber kewangan PKR juga semakin teruk dan bertambah teruk dari hari ke hari. Peruntukan kepada ranting dan cabang juga sudah berkurangan dan tidak terurus dengan baik.
Bagi yang rapat dengan anwar sebagai kroni atau rakan niaga, mereka pasti ada peruntukan yang lebih, kerana mereka ada sumber kewangan dan kepentingan kepada anwar. Tetapi bagi ahli parlimen dan Adun yang jauh dari anwar dan juga kurang kepentingan pada parti, mereka ini bagaikan dipulau dan dipandang sepi.
Apa juga pendapat dan pandangan mereka, tidak dilayan oleh parti dan anwar. Sudahla mereka tidak dilayan dan dipulaukan, peruktukan untuk kawasan mereka juga berkurangan. Jangan kata duit poket, duit untuk makan pun makin terjejas. Jadi apa perlunya mereka masih bersama PKR. Parti yang tidak mempunyai masa depan, parti yang tiada asas pertubuhan.
Daripada mereka terus hanyut dan karam bersama PKR, baik mereka cari tempat bersembunyi dan berlindung. Tidak dinafikan UMNO ada wakil untuk menghubungi dan membela mereka ini, tetapi UMNO tidak terlibat dalam aktiviti memancing mereka untuk keluar parti. Masalah ini semuanya datang dari anwar dan terus akan bermasalah selepas anwar masuk semula ketempat asalnya.
Tiada kesetiaan dalam PKR, tiada perjuangan, tiada matlamat untuk masa depan.
MctHeory:
Kalau mengikut tilikan Mc, bukan kata 10 orang lagi nak keluar. Tetapi lebih daripada itu hanya tunggu masa je nak ucapkan selamat tinggal 'bye' 'bye' PKR!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
ramalan paling jelas sebab kes KY Jelly ni boh! org dah tak yakin daaa ... ekekekkeke
>>__<<
alhamdullilah. .bagusla. . biar tinggal anwar seorang saja kat dalam pkr tu.
BIAQ LA KAT DEPA TU. DEPA MEMANG DAH TAK PECAYA KAT ANWAQ LAGI DAH. ANWAQ PUN DH X LAMA DOK KAT LUAQ NI. SG BULOH DOK PAGGEI DAH NU!
Mat Quaq
kalau "nawai tu" dah tak betul...ni Si Nik Ajis ni satu lagi..kenaper baik sangat dengan DAP??tak tahu ke yang DAP benci Melayu!!!..
Anwar, azmin, Kak wan bila lagi nak melabur kat ranting2. Tak kan nak biarkan ranting2 kelaparan. Itu yang anwar nak ke putrajaya dengan segera ya? jadinya sekarang dah tak bolej sustain la no? Biar ko bankrup anwar. Jangan ko tak bayar yuran guaman ko tu. Di sini nampak Tok najib tenang. Memang bijak anak Tun Razak ni. Ko kasi hentam sama dia Najib. Ke Sg Buloh layak dia supaya dapat dia muhasabah Diri.
Betul tu Tok ayah! Ds Najib diam-diam berisi ni. .
hahahha tok ayah!!
cayalah ~~~~
bila password "mokhtar" dah tak jadi rahsia lagi maka PKR dah tentu udah ilang ummmph nya.tak kiralah kot mana.dari depan ke kot belakang ka janji bahagia hendaknya.........
frodo dan rahman,
hehe. . betui tue. .
Dah confirm 21 MP dan 30 adun akn meninggalkan Pakatan Haprak secepat2 minggu depan.Tungguuuu....
Pada pandangan saya, soal Anwar tak kasi duit tu, memang logik lah.. Apatah lagi, Ahli Parlimen PRakyat mana nak dapat wang unutk nak bagi servis kpd rakyat. Tiap2 hari rakyat mintak duit. Ahli2 parlimen dari negeri2 PRakyat (mcm MP Nibong Tebal) pun KM Penang tak tolong, apalagi MP2 dari negeri BN (mcm MP Bagan Serai tu)
TETAPI, sebab utama MP-MP dan ADUN2 ni nak keluar PKR, pada pandangan saya, adalah kerana mereka dapati Anwar yang memimpin mereka tu, lebih sudu dari kuah. Tak ubah mcm penjual2 ubat di jalanan... bercakap mengenai ubat dia tu, bukan main berapi2..., mengalahkan sarjana2 perubatan..., tapi ubat tak mujarrab langsung.!
Faktor 'perangai' Anwar adalah penyumbang terbesar kepada keluarnya pemimpin2/ahli PKR dari parti itu. Makin hari makin jelas perangai dan sikap buruknya. Satu langkah Anwar ambil untuk 'menegakkan benang basahnya', sepuloh langkah kebelakang pengikut yang cerdik telah mengundur diri.
Alhamdulillah... Allah telah membuka banyak hati2 manusia untuk mengenal siapa yang mereka sokong selama ini..., kerana Allah masih sayang kepada kaum yang menghuni negara ini.
Catat Ulasan