Isnin, 31 Mei 2010

TIADA BEZA ANTARA PAS DENGAN DAP?


Bezanya Pas dengan Dap ialah, Kepala Pas adalah melayu dan kepala Dap adalah cina. Itu saja, yang lainnya hampir sama. Mungkin Pas tidak mengamalkan dasar keturunan semacam Dap, yang mengamalkan dasar dinasti Lim.

Dinasti ni bermaksud, kuasa kepala parti hanya untuk keturunan mereka sahaja. Dari bapa ke anak, dan anak ke cucunya nanti. Walaupun N.ajis cuba membawa masuk Pas menjadi parti keluarga bersama, tapi nampaknya ditentang keras oleh pemimpin-pemimpin Pas yang lain.

Kenapa Mc kata Dap dan Pas adalah sama? Konsep perjuangan mereka sama. Jika Dap memancing kaum cina dengan asas perkauman, bagi Pas pula memancing kaum melayu dengan asas keagamaan. Mereka sama-sama menipu kaum masing-masing atas kepentingan politik poket sendiri.

Pas demi untuk masa depan parti, mereka sanggup membuka pintu keahlian mereka kepada mereka yang bukan Islam. Sama juga seperti Dap. Walaupun sudah lama cuba memancing orang melayu, tetapi kini mereka lebih aktif mencari orang melayu sebagai ahli dengan pelbagai ganjaran yang menarik.

Hakikatnya dua parti ini saling tak tumpah mempunyai tujuan rahsia yang berbeza, cuma fizikalnya mereka terpaksa bergabung untuk menentang kekuatan BN. Kelihatan Pas yang lebih jelas bersedia untuk gadaikan diri kepada Dap dan PKR. Biasala, jalang politik, apa pun boleh.

Kepada pengikut Pas yang taksub dan fanatik, Mc tahu korang semua sedar akan perubahan Pas kini. Malah kamu juga semakin risau, jangan terlalu taksub dengan pemimpin, kerana mereka mungkin membawa kamu ke jalan yang salah.

MctHeory:
Walaupun susah, jangan jadi pelacur agama!

1 ulasan:

ducados berkata...

Yang sebenaqnya ada satu perbezaan antara PAS ngn DAP ni..

W/Pun masing2 dok kejar undi dgn mcm2 cara asalakan dapat undi daripada kaum2 mereka, tp yang pasti DAP akan menjaga apa sahaja kehendak kaum cina.Cina yang super ultra kiasu pakat beralih kepada DAP berbanding perikatan BN kerana sifat chauvanist dan ultra kiasu yang dibangkitkan oleh parti dinasti LIM ni.Berbanding PAS tiada apa yang dpt diberikan kepada penyokong2 berbangsa melayu mereka..hanyalah dendang ceramah fitnah sebagai halwa telinga masing-masing..tiada pembangunan lngsng untuk penyokong2 mereka2 ni..yang pasti, kepada yang tidak puas ati ngn UMNO yang kurang memperjuangkan melayu jgn la buat undi protes dgn mengundi PAS dan PKR..semua sedia maklum, DAP yang mempelopori pakatan ni..jgn tipu diri sendiri la nk kata PAS ada pegangan sendiri dalam pakatan...jd pengikut membuta tuli boleh la!