Isnin, 31 Mei 2010

NIK AZIZ DAN HARAKAH MEMANG PEMBELIT!



Mengikut apa yang ditulis didalam Harakah akhbar pembelit Pas dalam artikelnya yang terbaru. Kononnya Pas menyatupadukan semua bangsa didalam Pas. Pembukaan keahlian Pas kepada semua bangsa dan agama juga bertujuan semangat keIslaman kepada semua bangsa.

Itu yang mereka kata la, dalam penulisan tersebut seolah-olah Pas mahu mengajar semua ahlinya yang bukan Islam ini mengenali Islam. Jika mereka mengenali Islam mungkin hati mereka akan terbuka untuk memeluk Islam, atau berkawan dengan cara Islam.

Tujuan yang disebutkan memang bagus, itu penerangan kepada semua ahli secara rawak. Cuma Pas sepatutnya menerangkan lagi bahawa jika keahlian mereka sudah dibuka kepada yang bukan Islam, lama ke lamaan, Pas bukan lagi dipanggil parti Islam, kerana ia akan menjadi parti rojak iaitu parti campur, sama seperti PKR.

Memangla sekarang ahli yang bukan Islam tidak dapat mengundi dalam EGM. Tidak dapat memilih pemimpin sendiri. Lama kelamaan nanti, mereka pasti akan meminta hak mereka. Mereka mesti akan meminta semua hak perlu disamaratakan, kan mereka juga ahli Pas, kenapa perlu dibezakan? almaklumlah. .Pas kan antara juara sama-rata hak rakyat, bagi la sama rata.

Jika semua sudah disamaratakan, tidak mustahil jika mereka ini akan memegang jawatan dalam parti Pas nanti. Jangan terkejut jika nanti kita akan dengar Naib Presiden Pas bernama Ah Peng. Semua ini adalah kenyataan, bukan donggeng lagi. Dulu pernahkah kita terfikir bahawa Pas yang kononnya lebih Islam dari UMNO membuka keahliannya kepada bukan Islam?

Sebab itu, tidak mustahil dengan apa yang Mc katakan tadi. Semuanya tidak mustahil akan terjadi kepada Pas. N.ajis menghentam UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dahulunya. Kini dia sendiri bersahabat baik dengan Dap. Dap seperti yang kita maklum, mempunyai rancangan sendiri untuk menakluk Malaysia menjadi seperti Singapura. Republik Singapura yang dimana, Islam dan Melayu bukan lagi kuasa utama.

Jika mereka sanggup mengadaikan Agama dan Bangsa untuk kekuasaan politik, apa la sangat jika mereka ini mahu gadaikan negara. N.ajis kata UMNO takut kepada Pas kerana berkawan dengan Dap. UMNO bukan takut Pas kerana Dap. UMNO risau Melayu kena jual sebab Pas kawan dengan Dap, itu saja.

Hari demi hari sudah nampak Pas makin lemah, Dap makin kuat. Melayu sudah kembali kepada UMNO, Pas bukan lagi parti yang mendokong melayu. Dap pula semakin mendapat sokongan dari kaum cina. Jika ini berterusan, dimana letaknya Pas didalam Pakatan Rakyat selepas ini?

MctHeory:
Pas akan terus diperkudakan, untuk memperbodohkan melayu.

1 ulasan:

Mohd berkata...

Kita semua tak hairanlah. Kes liwat Anwar ini akan ditunda sehingga PRU13!
Sebab DAP nak memperalatkan Anwar utk jadi PM dari PR. Dah tu dgn kelebihan kerusi parliamen, kerajaan PR akan mula meminda Perlembagaan. Pada PKR dan PAS alright punya. PAS cuma berlakon shj utk memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya PAS gunakan Islam utk mendapatkan kuasa politik shj. DAP akan mendesak supaya institusi Raja-Raja Melayu dihapuskan. Bagi Anwar ini adalah OK. Serupa juga dgn PAS yg memang tak menghormati pun raja2 Melayu (Ingat kes Pak Haji PAS yg berguling di depan kereta Sultan Perak hari itu?)
Bila institusi Raja sudah tiada, Malaysia akan diistiharkan sbg Republik of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi PM dan Anwar akan dilantik sbg Presiden Melayu yg pertama dan terakhir spt yg telah berlaku di Singapura.
Pembangkang Melayu akan dikenakan tindakan mahkamah bernilai ratusan juta ringgit oleh mahkamah yg memang pro PR selama ini pun. Bila dah muflis, dok diam ajelah orang Melayu. Maka bermaharajalelalah kaum Cina bila dapat kuasa memerintah Republik of Malaysia spt di Singapura hari ini.
Pada masa itu, orang Melayu akan dapat mimpi ngeri.
Melayu PAS menang sorak, kampung tergadai.
Melayu mudah lupa.
Allah hu Akbar.