Isnin, 31 Mei 2010

KONVOI KE GAZA! SEMUA RAKYAT MALAYSIA SELAMAT!


Alhamdullilah. .walaupun kita mendengar berita buruk mengenai Konvoi Free Gaza Movement. Tetapi semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Berita terbaru mengesahkan lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini selamat. Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.
Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani masih tidak diketahui sehingga sekarang. Percubaan untuk memhubungi mereka sedang diusahakan dalam semua cara termasuk sms. Namun gagal dan masih tiada jawapan.

Mc meminta supaya semua rakyat Malaysia berdoa akan keselamatan konvoi ini. Difahamkan konvoi ini akan terus ke Gaza, jika terdapat halangan berbahaya oleh pihak israel, kemungkinan mereka akan berpatah balik ke Turki.

Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan kemarahan umat Islam di Malaysia kepada Israel. Kita perlu bangkit buat bantahan. Israel laknattulah perlu ditentang habis-habisan. Allahuakbar!!. .

MctHeory:
Anjurkan perhimpunan, kita TENTANG ISRAEL HABIS-HABISAN!

Tiada ulasan: