Sponsor

Memaparkan catatan dengan label gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaza. Papar semua catatan

Khamis, 10 Jun 2010

KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN! MEMBUAT PENJARA TERBUKA DI GAZA!



Kekejaman Israel Zionis yang mengadakan sekatan terhadap bandar Gaza dari setiap sudut, pengangkutan dan hubungan luar semuanya sudah dimusnahkan. Tindakan Israel ini betul-betul mengancam penduduk Gaza. Malah ia juga merupakan penjara terbuka yang terbesar didunia!

MctHeory:
Adakah Dunia Sudah Buta!

Isnin, 31 Mei 2010

KONVOI KE GAZA! SEMUA RAKYAT MALAYSIA SELAMAT!


Alhamdullilah. .walaupun kita mendengar berita buruk mengenai Konvoi Free Gaza Movement. Tetapi semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Berita terbaru mengesahkan lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini selamat. Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.
Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani masih tidak diketahui sehingga sekarang. Percubaan untuk memhubungi mereka sedang diusahakan dalam semua cara termasuk sms. Namun gagal dan masih tiada jawapan.

Mc meminta supaya semua rakyat Malaysia berdoa akan keselamatan konvoi ini. Difahamkan konvoi ini akan terus ke Gaza, jika terdapat halangan berbahaya oleh pihak israel, kemungkinan mereka akan berpatah balik ke Turki.

Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan kemarahan umat Islam di Malaysia kepada Israel. Kita perlu bangkit buat bantahan. Israel laknattulah perlu ditentang habis-habisan. Allahuakbar!!. .

MctHeory:
Anjurkan perhimpunan, kita TENTANG ISRAEL HABIS-HABISAN!

Khamis, 20 Mei 2010

TUN DR MAHATHIR AKAN MENYERTAI FREE GAZA MOVEMENT!


Tun Dr Mahathir penaung (pengerusi kehormat) kepada perdana global peace organization (PGPO), sebuah pertubuhan kemanusiaan dunia. Akan turut menyertai konvoi kemanusiaan melalui jalan laut ke Semenanjung Gaza 25 mei ini. Konvoi ini membawa bekalan perubatan dan bahan binaan asas untuk membantu masyarakat Palestin di Gaza.

Akibat peperangan dengan laknattulah Israel, Palestin kini berdepan dengan ancaman kemiskinan, kebuluran dan penyakit berjangkit. Tambahan pula di Gaza sekarang musim sejuk, dijangka suhu turun hingga 0 darjah celsius. Kemungkinan jika rakyat Palestin Gaza tidak mendapat bantuan tempat tinggal yang cukup mereka akan mati kesejukkan.

PGPO juga akan mendapatkan bantuan dari Ds Rosmah Mansur beliau selaku penaung tabung kemanusiaan Palestin memberi peruntukkan sebanyak 1.5 juta untuk membeli dua kapal yang akan digunakan ketika konvoi berkenaan. Kapal yang akan dibeli di Ireland itu turut membawa puluhan sukarelawan dari seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Konvoi kemanusiaan ini sebenarnya diketuai oleh pertubuhan Free Gaza Movement yang berpengkalan di Cyprus. Konvoi free Gaza juga membawa 600 orang sukarelawan termasuklah ahli parlimen Parit, Nizar Zakaria. Mc difahamkan halangan paling besar bagi konvoi kemanusiaan ini ialah apabila jalan masuk melalui laut ke Gaza sekarang sedang dikepung oleh armada israel.

Konvoi ini merasakan laluan mereka akan disekat oleh askar Israel. Oleh itu Pertubuhan Free Gaza sedang meminta bantuan sokongan antarabangsa supaya menekan israel dan membenarkannya mereka masuk ke Gaza melalui jalan laut. Untuk maklumat pembaca, Israel mengenakan sekatan terhadap semua laluan ke Palestin, tidak kira darat atau laut.

Disebabkan itulah tidak ramai masyarakat dunia yang tampil memberikan bantuan kepada Israel, hanya pertubuhan yang berpengaruh sahaja dapat masuk ke Palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan. Marilah kita rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam berdoa semoga saudara-saudara kita selamat sampai dengan niat mulia itu. aminn.

MctHeory:
Pas buat apa?