Sabtu, 29 Mei 2010

HARGA PETROL NAIK TAHUN INI?

Desas-desus mengatakan harga petrol RON 95 dan 97 akan naik tahun ini. Walaupun berita ini sebenarnya hanya kajian dibuat sebuah agensi penasihat kerajaan iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), khabar angin yang bukan-bukan sudah tersebar dikalangan rakyat malah ia dijadikan cerita hinaan kepada kerajaan kononnya hendak menaikkan harga petrol di pasaran.

Blog-blog pencacai Pakatan membuat cerita sendiri dan cerita yang bukan-bukan mengenai isu ini. Mc tak tahu la kalau mereka ini tak faham apa erti kajian oleh agensi kerajaan. Atau mereka sengaja nak hebohkan cerita yang tidak benar ini.

Mengikut apa yang dikaji oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU). Kerajaan pusat telah membelanjakan subsidi yang tinggi untuk rakyat Malaysia. Jika dihitung kesemua subsidi yang disediakan kerajaan kepada rakyat dianggarkan lebih kurang 200billion pada tahun 2019. Malah hutang kerajaan akan meningkat kepada 100 peratus.

Untuk pengetahuan pembaca (pada yang tak tahu lagi),Kerajaan Pusat menyediakan subsidi dari semua segi dan bidang yang membebankan rakyat. Kesihatan, pemakanan, keperluan, pengangkutan, pembinaan, air, elektrik malah untuk buang air besar pun kerajaan bagi subsidi.

Ini cuma kajian, bukan perlaksanaan. Jika kerajaan nak kurangkan subsidi pun bukannya sekarang. Kena tengok keadaan juga. Kalau sekarang, Mc pun melenting. Almaklumlah. .negara dan rakyat kita ni bukan semuanya kaya. Kalau kerajaan tak bantu, kepada siapala kita nak mengharap ye. Anwar Berahim? Mimpi je la. .harap cakap je berapi.

MctHeory:
Belajarla berterima kasih!

2 ulasan:

||Aku Pemikir|| berkata...

salam blogger,

minta kebenaran untuk jadi your follower, minta juga untuk saudara menjadi follower sama di blog saya..

sama2 kita bertukar padangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/


hafidz,
YDP Persatuan Pelajar Malayisa Di Indonesia (PKPMI) Pusat
UNPAD,Bandung

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan saudara. hari ini kerajaan tersalah umum bahawa petrol akan naik...petrol naik tak membebankan rakyat.. kita kan negara maju. gaji rakyat semua 5k keatas. thanks dengan kata2 saudar yg bernas