Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2011

MANJANYA BEKAS PELAJAR UNIVERSITI SEKARANG!!

ini bukan kambing Husam ye.. heh

Mc dapat komen dari seorang yang gelarkan dirinya sebagai X-U. Mengikut namanya, mungkin X-U tu bermaksud dia seorang bekas kepada pelajar Universiti. Apa yang menyedihkan Mc apabila, X-U terbabit memberi komen yang sangat janggal dan tidak layak komen sedimikian di tulis oleh seorang bekas pelajar universiti.

x-U berkata...
kalau si penagih dadah, si penjenayah boleh kerajaan tanggung makan minum depan berjuta2 setahun, awat rakyat yg melanjutkan pelajaran di U kerajaan xnak tanggung?? Ada otak tu pikirla sendiri!!

Jawapan Mc pada x-U..


Ko nak samakan pelajar Universiti dengan banduan ke? Kalau pelajar, kerajaan dah bagi pinjaman untuk BELAJAR, dari mula hinggalah tamat pelajaran. Malah bila keluar nanti Insyallah boleh dapat kerja. Sepatutnya untuk itu pun ko dah kena berterima kasih. Soal banduan pulak, mestilah kerajaan perlu menanggung makan minum mereka, takkan ko nak suruh kerajaan bunuh semua banduan kot? Atau untuk berjimat, lepaskan semua banduan dan penjenayah, sebab kerajaan taknak tanggung makan minum diorang lagi. Sepatutnya ko yang patut guna otak untuk berfikir!!

Rugi ko belajar tinggi-tinggi tapi otak masih lagi ditakuk lama. Masih lagi tak dapat berfikir dengan waras. Inilah yang terjadi pada pelajar yang tak kenang budi. Masa nak mohon pinjaman, sanggup isi borang la, interview la, apa la. Bila dah dapat pinjaman, dah pakai habis semua duit pinjaman. Buat-buat lupa pulak nak bayar.

Bila kerajaan buat hukuman, kata kerajaan kejam, kerajaan jahat. Sedangkan pelajar mampu untuk bayar, tetapi sengaja taknak bayar, apakah itu salah kerajaan? Takkan kerajaan nak support semua pelajar secara percuma? U.S yang kaya pun mampu nak buat macam tu. Kita sepatutnya bersyukur, mengenai apa yang ada sekarang. Bukannya memaki hamun kerajaan setiap masa.

Dah la, malas Mc nak menaip lagi pasal isu ni.

P/s: puak keras kepala ni, bodoh bebal!!

Mctheory:
Belajar bertingkat-tingkat, bodohnya berkotak-kotak!

Sabtu, 29 Mei 2010

HARGA PETROL NAIK TAHUN INI?

Desas-desus mengatakan harga petrol RON 95 dan 97 akan naik tahun ini. Walaupun berita ini sebenarnya hanya kajian dibuat sebuah agensi penasihat kerajaan iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), khabar angin yang bukan-bukan sudah tersebar dikalangan rakyat malah ia dijadikan cerita hinaan kepada kerajaan kononnya hendak menaikkan harga petrol di pasaran.

Blog-blog pencacai Pakatan membuat cerita sendiri dan cerita yang bukan-bukan mengenai isu ini. Mc tak tahu la kalau mereka ini tak faham apa erti kajian oleh agensi kerajaan. Atau mereka sengaja nak hebohkan cerita yang tidak benar ini.

Mengikut apa yang dikaji oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU). Kerajaan pusat telah membelanjakan subsidi yang tinggi untuk rakyat Malaysia. Jika dihitung kesemua subsidi yang disediakan kerajaan kepada rakyat dianggarkan lebih kurang 200billion pada tahun 2019. Malah hutang kerajaan akan meningkat kepada 100 peratus.

Untuk pengetahuan pembaca (pada yang tak tahu lagi),Kerajaan Pusat menyediakan subsidi dari semua segi dan bidang yang membebankan rakyat. Kesihatan, pemakanan, keperluan, pengangkutan, pembinaan, air, elektrik malah untuk buang air besar pun kerajaan bagi subsidi.

Ini cuma kajian, bukan perlaksanaan. Jika kerajaan nak kurangkan subsidi pun bukannya sekarang. Kena tengok keadaan juga. Kalau sekarang, Mc pun melenting. Almaklumlah. .negara dan rakyat kita ni bukan semuanya kaya. Kalau kerajaan tak bantu, kepada siapala kita nak mengharap ye. Anwar Berahim? Mimpi je la. .harap cakap je berapi.

MctHeory:
Belajarla berterima kasih!

Khamis, 18 Februari 2010

HARGA GULA NAIK LAGI!?


Mc mendapat tahud dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Ada pula barua-barua yang sedang merancang nak jadi kaya dengan cepat, apabila pengedaran gula kebahagian Selatan tanahair sudah diminimumkan pengedarannya dan ada yang disembunyikan.

Mc bukan nak tuduh, tapi semua ini Mc dapat dari mulut peniaga di sekitar Kuala Pilah, Senawang dan Utara Melaka. Kawasan-kawasan ini sudah kurang pengedaran gula. Bahkan ada sesetengah kedai yang langsung tak ada.

Bukankah pada awal tahun 2010, harga gula baru dinaikkan dari rm1.40 sekilogram ke rm1.65. Kerajaan menaikkan rm0.25 sekilogram kepada pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual. Tidak cukupkah kenaikkan ini? Hingga ada pihak yang cuba hendak sembunyikan lagi gula?

Bayangkanlah betapa seriusnya masalah ini. .dari 20 kedai runcit, cuma dua sahaja yang masih ada gula. Lain semua sudah habis, ada yang memang tak ada langsung. Malah, kawasan yang kekurangan gula makin hari makin luas. Hinggakan gula bagaikan barangan yang sangat terhad.

Mc tengok peruncit jual gula pun, macam nak jual barangan haram. Gula diletakkan dibawah kaunter. Kena tanya dulu, tengok muka, kalau kenal baru jual. Serupa macam peniaga jual belacan dalam cerita ali baba bujang lapok daa. .

Bila Mc tanya, kenapa gula tak ada? Pelbagai jawapan yang diberikan, ada kata stok habis, ada kata pemborong tak datang, ada kata stok datang sikit dan pelbagai jawapan lagi. Bila Mc cuba siasat lagi, Mc dah dapat jawapan bahawa ada pihak yang cuba kurangkan pengedaran gula.

Pengedaran gula mungkin dikurangkan secara berperingkat, dijangka banyak tempat lain yang akan kena dengan kesan sindikit ini. Sumber yang Mc dapat, memberitahu, dahulu tumpuan mereka hanya dibahagian selatan tanahair, tapi kini kawasan Lembah Kelang juga telah terasa kesannya.

Mc juga telah mendapat panggilan dari seorang penyampai sumber Mc, yang mengatakan ada dalang yang cuba bermain dengan harga dan pasaran gula. Ini semua kerja orang tamak yang mahu kerajaan Mlalaysia naikan harga gula hingga ke rm2.00. Mereka ini mahu harga gula rm2.00 sekilogram. Setanding dengan harga gula di sekitar Asia Tenggara yang lain.

Mc diberitahu, kerajaan mungkin hanya akan naikkan harga gula dari rm1.65 ke rm1.70, atas sebab itu, pihak yang tidak bertanggung jawab ini cuba memberi tekanan kepada rakyat dengan mengurangkan jumlah pengedaran gula didalam pasaran. Sekaligus akibatnya, akan ditanggung oleh kerajaan. Rakyat mungkin akan bising kerana kekurang gula, permintaan akan meningkat, mahu tidak mahu, kerajaan akan terpaksa naikkan harga gula.

Sebab itu, kita kena elakkan semua ini berlaku. Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera bagi mencegah barua pencekik rakyat ini cuba mengugut kerajaan untuk menaikkan harga gula. Bila harga gula naik, ini akan membebankan kita, sebagai rakyat biasa!

Semua ini Mc lakukan demi pendedahan sebenar, bahawa ada dalang yang cuba menyembunyikan gula, meningkatkan permintaan dan berhasrat menaikkan harga gula. Kalau tidak percaya, turun padang, pergi tanya taukeh kedai runcit. Di Lembah Kelang juga sudah terasa kesannya.

MctHeory:
Turun lakukan siasatan dan tangkap dalang disebaliknya untuk kesejahteraan rakyat! Jangan tunduk akan kemahuan barua-barua gula ini.