Isnin, 16 Ogos 2010
GULA-GULA JANJI MANIS PUAK PAKATAN UNTUK PRU KE 13
Bijak Lim Guan Eng. Kita kena tabik Setiausaha Agung DAP yang ligat ini.Cepat macam kilat dia cari idea untuk ‘potong’ pasal hu ha isu orang DAP kenduri surat sokongan untuk dapatkan kontrak di Selangor.
Sebelum lagi bising…lagi kecoh pasal kes itu, Ketua Menteri Pulau Pinang ini dah sumbat bagi ‘gula-gula’…mana tau ramai jadi khayal melayang bila nampak lambang roket nanti.
Syoknya Guan Eng buat macam tak ada hal saja apa yang berdentam berdentum di mesyuarat Lembaga Disiplin DAP Khamis dan sebelum tu Ahli Majlis Perbandaran Klang dari DAP Tee Boon Hock kena pecat pasal kes dok bagi surat sokongan.
Sedangkan ada kawan-kawan dalam DAP bagitau Guan Eng memang malu besar dengan isu kenduri surat sokongan di Selangor tu.
Ini kerana parti itu sentiasa nak tunjuk dia nombor satu paling bersih.
Soalnya sekarang macam mana nak cover line cepat-cepat.
Angin tarak …guruh tarak , Jumaat kelmarin dia tiba-tiba umum nak bagi habuan kepada seluruh rakyat jelata kalau-kalau pakatan rakyat dapat membentuk kerajaan persekutuan masa pilihanraya umum ke 13.
Moga-moga “ gula-gula” ni boleh buat orang lupa terus bab kong kalikong yang berlaku di Selangor.
Wargaemas 60 tahun keatas kena umpan akan dapat RM1,000 setahun.Para pemilik kenderaan tentu seronok dengar janji saman ekor dihapuskan dan budak-budak muda pula dok kenang pasal wifi yang nak dibekalkan percuma di seluruh negara.
Dia nak tembak tiga-tiga golongan sekali.Orang tua,orang-orang biasa dan orang muda.
Boleh ke tak boleh buat nanti, tu belakang kira…yang penting tabur janji dulu.
Banyak orang yang mudah lupa.
Kalau tak percaya buat tinjauan mengejut baik di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan.
Cuba tanya sapa yang ingat senarai janji yang dibuat oleh pakatan rakyat sebelum PRU ke 12 dulu dan berapa banyak yang sudah dan belum dilaksanakan.
Boleh gerenti ramai yang garu kepala tak ingat.
Banyak menang banyak tapi sapa peduli.
Yang penting buka janji baru…lupakan yang lama.
Sebab itu ikut cakap kawan-kawan dalam pakatan rakyat menjelang PRU ke 13 ni depa akan buat macam orang putih kata work smart .
Itu baru tiga ‘ gula-gula’ dari DAP. Kata Guan Eng bos-bos pakatan lain dah setuju DAP umum janji tu.
Itu juga baru bunga-bunga awal.Macam mana pula bila dah nak masuk gear bila dekat pilihanraya nanti.
Itu baru janji DAP.Macam mana dengan PKR.Macam mana dengan PAS.
“ Well..you boleh expect bagai dibuai mimpi nanti… who cares, janji aje,” kata seorang kawan aktivis pakatan.
The Portal Perak
MctHeory:
Apa nak kata? Melayu mudah lupa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
JGN X TAU BROO KM JAMBAN TU TOKEY GULA2!. MANIS DI BIBIR TP BUSUK MCM BANGAI DLM HATI. HIPOKRIT DR DLU SAMPI LA SKRG!. TP BAGUS JUGAK DIA NI TABUR MCM2. BIAR RAKYAT TENGOK SENDIRI PERMAINAN RASUAH DIA DH SAMPAI KE TAHAP GABAN. KLU X GITU RAKYAT X KN TAU KEHKEHKEHKEH >|D
Catat Ulasan