Ahad, 1 Ogos 2010

SELANGOR MEMANG DAH 'SELAMAT' DAH! YEKE?


Sedang rakyat Selangor dilanda gelombang SSDE (Selamatkan Selangor Darul Ehsan), ada pulak dipihak lain yang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi sekarang. Mungkin pihak disebelah sana sudah merasa panas gelombang perubahan yang melanda Selangor sekarang. Mc bukan nak cerita pasal SSDE, banyak blog dah mengulas, berucap dan memberi komen pasal SSDE ni. bagi Mc SSDE ni ada kala bagus, ada kala sumbang sikit, sikit je tak banyak. Mungkin terlalu laju hingga tak sempat nak pikap semua 'RoadShow' kot.

Sedarkah pembaca, bahawa setiap kali banner 'roadshow' ini naik ditempat yang mahu diadakan ceramah. Pasti ada satu lagi banner akan naik bersebelahan dengan banner SSDE. Kalau SSDE menulis 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' manakala banner kembarnya pulak menulis 'Selangor Selamat Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat'. He he he. . satu kata nak selamat, satu lagi pulak kata dah selamat.

Selamat ni ada bermacam maksud, ada maksud Selamat menghala kearah kebaikkan, seperti Selamat jalan dan Selamat sampai. Ada pula Selamat yang bermaksud untuk beradab, selamat pagi, selamat petang dan selamat malam. Perkataan Selamat juga ada yang menghala kearah sesuatu benda yang tidak baik. Seperti 'Selamatkan Selangor' sekali baca kita sudah faham bahawa Selangor sekarang sudah tidak selamat. Cuma, apa yang Mc tak faham bila banner Pakatan Haram ada tertulis, Selangor 'Selamat' di tangan Pakatan Rakyat. Selamat dalam maksud apakah itu?
Selamat yang menghala arah kebaikkan atau keburukkan? Kalau bahasa utara, 'Selamat' boleh juga diertikan dengan 'Rosak'. Contohnya seperti ini, " 'Selamat' si Anwar tu kerjakan anak dara orang" Maksudnya, " 'Rosak' anak dara orang tu dikerjakan oleh Anwar". Jadi apakah maksud sebenar ayat 'Selamat' di banner Pakatan Haram tu? Jawapannya, boleh kita ketahui dengan tingkahlaku dan cara kerja puak Pakatan Haram di Selangor.

Bagus ke cara mereka bekerja? Bagus tu tak la sangat, cuma mereka ni memang tolong 'Selamat'kan beberapa hak rakyat Selangor. Contohnya, mereka 'selamat'kan Pasir, mereka 'selamat'kan air, mereka juga 'selamat'kan duit simpanan kerajaan Selangor, selepas itu mereka 'selamat'kan pula YBK Selangor. Selepas banyak yang sudah di'selamat'kan oleh kerajaan Pakatan Selangor, kini mereka cuba nak 'Selamat'kan IKYS. Pendek cerita, banyakla benda yang mereka nak 'selamat'kan, sebelum mereka disepak keluar oleh rakyat pada PRU ke 13 nanti.

Jadi banner puak Pakatan letak yang bertulis 'Selangor selamat dengan Pakatan Haram' tu memang tepat sekali. Jika berterusan dengan pemerintahan yang sebegini, nescaya Selangor akan 'SELAMAT' lebih awal dari waktunya. Khalid Gagap, pun tak disukai oleh orang-orangnya, tapi nasib baik dia disokong oleh Dap. he he he. . biasa la nak jadi tokey babi.

MctHeory:
Tengok rambut Khalid, Semak Kepala Otak! he he he. .

Tiada ulasan: