Selasa, 17 Ogos 2010

TUN DR. MAHATHIR BODOHKAN WOLFOWITZ DAN AL GORE BONGGOK!




Hari ini Tun Mahathir secara sinis menulis artikel "GORE, WOLFOWITZ AND ANWAR" yang Kumbang kira akan menyebabkan individu yang anti kepada beliau terutamanya Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yahudinya terasa dan panas hati. Amat menarik sekali artikel ini tidak langsung digunakan oleh blogger-blogger pro Anwar untuk kempen mereka walaupun jelas tertulis Tun seakan-akan mengakui melakukan kezaliman terhadap Anwar. Tun menulis :


And therefore when Anwar the great statesman and my deputy in the Government and the party, challenged me, I charged him with sodomy, beat him up severely and put him in solitary confinement for years.

Jika dibaca sambil lalu memang ayat di atas boleh digunakan blogger Pro Anwar untuk menghentam Tun seperti kononnya video pengakuan Tun menzalimi Anwar sebelum PRU ke-12 lalu tetapi ternyata apabila mereka membaca keseluruhan artikel di atas mereka sendiri malu menyokong orang bernama Anwar Ibrahim.

Ringkasan Artikel

Tun memulakan tulisan beliau dengan menulis secara sinis menyatakan beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri negara dunia ketiga tidak tahu apa itu demokrasi,keadilan dan undang-undang. Seterusnya beliau menulis seakan-akan mengaku yang beliau memenjarakan Anwar kerana mencabar beliau.

Tun Mahathir kemudian mengajak pembaca mempersoalkan kenapa bekas timbalan beliau dan seorang rakan beliau (Ku Li) tidak menerima nasib yang sama seperti Anwar walaupun mereka cuba menjatuhkan beliau malah mencabar beliau di dalam pilihanraya sedangkan jika beliau kejam beliau boleh melakukan apa sahaja kepada mereka.

Selepas itu Tun sekali lagi secara sinis mengatakan Anwar dituduh kerana salah guna kuasa dan meliwat kerana mahkamah menerima arahannya selaku Perdana Menteri.

Tetapi Tun kemudiannya mempersoalkan pula kenapa Kerajaan masih mengekalkan skrip sama yang menjadi makanan Anwar dan Anwar masih dituduh meliwat sedangkan Perdana Menteri sudah bertukar orang. Tun juga sekali lagi secara sinis mengatakan Kerajaan sengaja menangguhkan perbicaraan kerana mahu Anwar bertanding di dalam pilihanraya seterusnya sedangkan adalah lebih mudah kerajaan menang jika Anwar tidak bertanding.

Konklusinya, Tun secara sinis menggesa rakyat Malaysia untuk menerima nasihat daripada pemimpin-pemimpin negara Amerika Syarikat yang datang dari negara yang mengamalkan demokrasi dalam PBB iaitu dengan mewujudkan kuasa veto,tidak mempedulikan PBB ketika menawan Iraq, menipu tentang senjata berbahaya di Iraq,menggunakan bom berangkai dan uranium, membunuh beribu-ribu rakyat Afghanistan dan Iraq, menahan orang Islam di Guantanamo tanpa bicara,menghalalkan penderaan tahanan dan menyokong kelakuan zalim rakan-rakan mereka.

Atas sebab itu Tun secara sinis menggesa rakyat Malaysia menerima nasihat daripada pemimpin Amerika Syarikat negara yang menjalankan pembunuhan untuk demokrasi dan kebebasan.

Tun di akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Al Gore dan Paul Wolfowitz yang kini menikmati keseronokkan di atas perang Iraq. Tun juga secara sinis mengatakan rakyat Malaysia seharusnya menyokong rakan mereka di Malaysia (Anwar) atas nama demokrasi walaupun dituduh melakukan sesuatu yang normal(liwat) di negara mereka Amerika Syarikat.

Analisis Ringkas

Tidak banyak mahu diulas mengenai artikel ini. Tetapi apa yang Kumbang dapat rasakan artikel ini terlalu sinis untuk mengajar kebodohan orang barat yang memikirkan mereka terlalu maju dalam konteks demokrasi,kebebasan dan perlaksanaan undang-undang walaupun mengakui kebodohan mereka dan kembali memuji Tun seperti yang pernah dilakukan IMF. Perkara ini ditujukan khas Tun kepada Al Gore dan Wolfowitz yang membuat kenyataan menyokong Anwar baru-baru ini dan mahukan Amerika Syarikat campur tangan dalam isu itu.

Perlu diingat demokrasi bukan hanya pada melipat kertas undi dan memasukkan ia di dalam peti undi tetapi ia lebih daripada itu. Amerika mahukan demokrasi dan kebebasan total, jika itu yang dimahukan maka ertinya kita boleh menghalalkan gay dan liwat kerana apa?

Jika ditafsirkan demokrasi barat yang terdiri daripada kebebasan bersuara,kebebasan media dan kebebasan berpolitik yang juga membawa makna kebebasan menyeluruh, hak golongan minoriti seperti gay perlulah disokong dan diperjuangkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

Anda mahu melakukannya di Malaysia?

Disebabkan itu Tun Mahathir di dalam artikel beliau mempertikaikan campur tangan Al Gore dan Wolfowitz kerana mereka sendiri ketika berkhidmat dalam kerajaan tidak satu titik pun membantah dasar kerajaan mereka yang menghalalkan cara dan menafikan hak-asasi. Walaupun majoriti membantahnya, mereka tetap melakukan dengan pelbagai alasan.

Jika didalam PBB ada usul yang tidak memberi kelebihan kepada dan rakan mereka Israel. Mereka akan mengvetonya. Mereka mengkritik ISA tetapi mereka menjalankan undang-undang yang lebih teruk dan lebih keras. Mereka menyerang negara Islam kerana minyak dan mencipta pelbagai sebab. Mereka mendiamkan diri apabila ramai penduduk Palestin dibunuh Israel. Mereka gelar Hamas parti yang dipilih rakyat secara demokrasi sebagai pengganas.

Persoalannya, di mana demokrasi yang mereka perjuangkan? Dimanakah keadilan dan undang-undang yang mereka sarankan?

Atas semua ini apa sebenarnya demokrasi yang ingin di bawa mereka dan Anwar Ibrahim turut mempromosikannya dengan pelbagai jawatan selaku balaci Al Gore dan Paul Wolfowitz?

Ternyata bukan demokrasi,undang-undang dan kebebasan yang mahu mereka bawa, tetapi mereka mahu semua negara mengikut telunjuk mereka. Jika tidak melutut kepada mereka, mereka anggap tidak demokrasi dan perlu dibetulkan.

Yang amat menyedihkan ramai pihak yang tidak menyedari semua ini, ada pihak menjulang Al Gore dan Paul Wolfowitz kerana membela Anwar walaupun pernah berpeluh-peluh di kedutaan Amerika untuk membantah Perang Iraq dan kekejaman Israel.

Adakah kewarasan mereka sudah hilang semata-mata taksub kepada Anwar Ibrahim?

Sebab itu kelakar jika difikirkan apa yang Al Gore dan Wolfowitz cuba lakukan kerana mereka merasakan rakyat Malaysia bodoh kerana cuba mengajar sesuatu yang mereka sendiri tidak mahu lakukan.

Tidak menghairankan kerana mereka berjaya memperbodohkan bekas timbalan Perdana Menteri, mungkin mereka pukul rata semua rakyat Malaysia bodoh seperti itu.

Tetapi hari ini mereka bertemu buku dengan ruas apabila mereka sendiri kelihatan bodoh apabila satu dunia membaca tulisan Tun Mahathir. Obama pun tentu ikut benci dan malu kerana mereka. Anwar Ibrahim lagilah malu..

Analisa Kumbang

MctHeory:
Sekali Ayahanda Tun Dr Mahathir bersuara, mau bergegar dunia! 

Tiada ulasan: