Khamis, 23 September 2010

NIK AZIZ NAK HARAMKAN SYARIKAT 4 BILLION DARI MASUK KELANTAN!!




Di atas ialah surat sokongan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang mahu dijalankan oleh I'DA WORLD dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

Jika semalam Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menafikan mengetahui tentang sumbangan RM 4 Billion dari sebuah syarikat kepada kerajaan negeri, hari ini Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pula mengakui dia tak tahu tentang hal tersebut. Nak baca sambung sini.

Nik Aziz akan ambil tindakan kepada syarikat berkenaan!!

Kerajaan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) daripada beroperasi di negeri ini kerana membuat dakwaan tidak berasas.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ia berikutan dakwaan syarikat tersebut kononnya telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Beliau turut menyifatkan dakwaan syarikat itu yang mengumumkan pemberian sumbangan peribadi sebanyak RM4 bilion kepada Pas negeri, sebagai mengarut.

Selain itu, beliau turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu bagi mewakilinya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut sebagaimana didakwa.

"Berita yang tersiar dalam semua akhbar bahawa ada RM4 bilion dihadiah daripada syarikat I'DA World, sebenarnya tak ada sangkut paut dengan kerajaan negeri Kelantan, tidak ada sebarang projek yang dilulus kepada syarikat ini.

"Hadiah RM4 bilion kepada wakil Menteri Besar ini karut semata-mata, tak ada orang saya lantik sebagai wakil saya untuk terima replika tersebut, mengarut. Syarikat ini akan disenarai hitam di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sumber Malaysian Instinct

Amboihh.. marah betul Pok Nik yee.. marah sebab kantoi ke, atau marah sebab 4 billion tue sikit sangat? Pok nik jangan suka marah-marah, nanti cepat tua.. he he.. Kata nak bertanding PRU ke 13 nanti? Kalau suka marah-marah, takut tak sempat pulak.. he he..

MctHeory:
pandai betul poknik kita ni 'cover line' ye... ishh ishh

1 ulasan:

Miak Bujat berkata...

Laa... kan ke sedekah tu.. naper tak ambik jer?