Jumaat, 17 September 2010
ZAID IBRAHIM HANYA LAYAK MASUK PARTI 'TUPPERWARE'
Oleh JEFRI ZACHARIAH
Saya tidak tahu sebenarnya apa yang Datuk Zaid Ibrahim mahukan dalam perjuangan politiknya.Mana tempat yang dia pergi, pasti akan berlaku huru-hara.
UMNO, parti yang telah mengangkat namanya serta telah menjadikannya seorang yang berjaya, dilihatnya hanya sebuah parti yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah
Ini bukan saya yang kata, tetapi Zahid sendiri yang tulis dalam blognya.
Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dalam tulisannya menuduh ahli-ahli UMNO sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.
Zahid juga mendakwa yang ahli UMNO sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini
Amboi, bukan main pedas lagi dia menghina ahli serta parti yang pernah menjadi tempat dia bernaung dan 'cari makan' dulu.
Tak mengapalah, itu hak dia. Jadi sebagai manusia, saya terpaksa menerima hakikat yang kita sentiasa perlu menghormati pandangan orang, jadi dalam hal ini saya menghormati pandangan Zaid.
Lalu bila dia masuk PKR, saya ingat perangai buruknya yang asyik tak puas hati tu dah berubah, rupanya masih 'dok macam tu jugak' kata orang utara.
Terbaru dia meluahkan kekecewaannya pula terhadap PKR.
Apatah lagi bila dia lihat sokongan ahli PKR terhadap musuhnya, Azmin Ali 'lebih rancak' menjelang pemilihan jawatan dalam parti itu tidak lama lagi
Menurut Zaid, ketika dia ketika diterima masuk PKR setahun lalu, dia digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya dia dituduh tidak setia, pengacau dan menjual parti pada UMNO
Dakwa Zaid, sejak dia mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini".
"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya.
" Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR" katanya.
Pulak dah!
Saya sekarang betul-betul keliru dengan Zaid.
Jika parti ini tak betul, parti itu tak betul, habis parti apa agaknya yang betul di mata peguam kita ini sebenarnya?
Lalu sewaktu saya sedang berehat-rehat, saya teringat zaman-zaman 70-an dulu.
Dulu mak-mak kita sering menganjurkan satu jamuan kecil-kecilan di antara sahabat dan jiran tetangga
Dalam jamuan tu selalunya mak kita akan goreng bihun dan buat air sirap atau teh 'O' untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang
Ini akan diikuti dengan sesi promosi barangan Tupperware, pada masa ini jugalah, tetamu yang mempunyai barangan Tupperware yang rosak boleh menukarkannya untuk mendapat barangan Tupperware yang baru
Jamuan ini dipanggil 'Parti Tupperware'
Saya rasa mungkin Zaid lebih layak untuk masuk ke parti ini. Dia boleh pecah monopoli jurujual Tupperware yang selama ini dikuasai golongan wanita.
Tetapi saya minta sangat-sangat, tolong jangan buat hal lagi.
Kalau dalam Parti Tupperware pun Zaid nak bergaduh, saya rasa dia dah cukup syarat untuk mendapatkan ubat atau setidak-tidaknya mendapatkan pemeriksaan pakar perubatan wad psikiatri daripada mana-mana hospital yang berhampiran.
Amacam, ada berani Datuk?
Sumber Malaysia Instinct
MctHeory:
Ahhh... sesuai.. memang sesuai bangat..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
heheh. . bukan parti tupperware, parti mangkuk pun dia boleh masuk gak. Parti mangkuk hayon. memang sesuai dengan dia.
yeahh. . memang ngam sekali dengan beruk ni
hai belalang....aku dah kata jgn lawan kau suruh lawan..degil laa kau belazaid..kah..1000x
Tak payah diburukkan bloger pun kalau perangai dah begitu pun orang dok kutuk jugak la.
Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.
kah kah kah,kau ni memang kreatif lah....
Catat Ulasan