Isnin, 25 Oktober 2010
APA CERITA AGAKNYA KES LIWAT ANWAR HARI NI? MASIH TERTUNDA-TUNDA KAH??
KUALA LUMPUR Okt. - Hari ini, pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mula menyoal balas doktor pakar yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dia mendakwa diliwat pada Jun 2008.
Peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh akan melakukan soal balas itu dengan dibantu pakar forensik dari Melbourne, Australia, Dr. David Wells.
Wells sebelum ini dilihat tekun mendengar dan menyalin nota pada buku catatannya sepanjang saksi pendakwaan kedua hingga keempat itu memberi keterangan semasa sesi pemeriksaan utama masing-masing di Mahkamah Tinggi di sini.
Ketiga-tiga doktor pakar terbabit ialah pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim; pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng; dan pakar perubatan Jabatan Kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan.
Pemeriksaan balas itu bagaimanapun mungkin hanya dapat diteruskan sekiranya permohonan menghina mahkamah ke atas dua bekas pembantu Anwar, Muhammad Rahimi Osman dan Mohd. Rasid Mohd. Rosdi masih belum dikemukakan.
Sehingga Jumaat lalu, permohonan tersebut masih belum difailkan.
Namun semua itu boleh berubah apatah lagi perbicaraan sepanjang minggu depan berlangsung pada masa sama kempen dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah bermula.
Hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi itu ditetapkan pada Selasa ini manakala hari pembuangan undi pula dilakukan serentak pada 4 November ini.
Pada prosiding 14 Oktober lalu, Karpal memaklumkan kepada mahkamah berhubung hasrat pihak pembelaan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap dua individu terbabit yang membuat laporan polis berkaitan kes itu.
Muhamad Rahimi memfailkan laporan polis pada 6 Oktober lalu kerana mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 bagi mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat.
Tujuh hari kemudian, Mohd. Rasid pula membuat laporan polis di Shah Alam atas dakwaan yang sama iaitu dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.
Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Beliau yang diikat jamin RM20,000 dibicarakan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Utusan
P/s: Nampaknya pasti ada perkembangan menarik!
Mctheory:
Kita tunggu soal balas dari peguam tunda Kapal Sink.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Berani potong ayam pakar spin kapal sink A/L kapal tunda hari tunda lagi
confirm tunda lagi punya laaa...
Catat Ulasan