Ahad, 24 Oktober 2010

CERITA MENARIK TENTANG ANWAR DAN MAT SABU DI SARAWAK!!

Hanya ini yang datang??

Ketibaan Anwar dan Mat Sabu di Miri hari ini telah disambut oleh kepimpinan tertinggi PR Sarawak disertai lebih 300 orang penyokong daripada seluruh pelosok negeri pagi tadi.

Kemeriahan untuk menyambut kedatangan secara besar-besaran yang dirancangkan sebelum ini dilengkapi oleh kumpulan Pancaragam Kelab Warga Emas, Tarian Singa, Tarian kebudayaan orang Ulu dan Iban serta paluan kompang.

Kemudian pemimpin-pemimpin PR ini turut diarak dan diiringi sekumpulan belia bermotosikal yang membawa bendera PAS, DAP & PKR.

Mereka bergerak ke kediaman Ketua PKR Miri Dr Micheal Teo. Sekitar jam 11.30pagi, Majlis Pelancaran PR dimulakan dengan ucapan Fong Fau Teck (DAP), Hj Jofrie (YDP PAS negeri), Wong Ho Leng (MP DAP Sibu) dan Edwin Dundang (SNAP).

Mat Sabu lebih banyak menyentuh Ketua Menteri Sarawak, ISA, perbandingan wakil rakyat PR dan BN dalam ceramahnya, sementara Anwar menyentuh isu Bangunan PNB 100 tingkat, NCR, Kroni dan kekayaan BN serta berjanji akan membawa masalah rakyat ke persidangan Parlimen.

Menariknya ketika majlis sedang berlangsung, satu insiden yang menggemparkan telah berlaku.

Dipercayai, satu lakonan berdrama bermutu tinggi dipercayai telah dibuat dengan begitu rapi sekali oleh puak PR. Sebuah Van Hopital Columbia Asia telah membawa seorang pesakit lumpuh sebelah kaki (mengikut maklumat beliau adalah seorang wanita bekas Polis) menunjukkan keinginan teramat sangat untuk berjumpa Anwar bagi mengemukakan masalah beliau sekaligus menggambarkan Sarawak dalam keadaan tenat....

dan yang paling menarik (tetapi mencurigakan) memberitahu kepada umum HANYA ANWAR SAHAJA YANG BOLEH MEMBANTU.

Sungguh Terharu...!!

Idea lakonan dipercayai telah ditaja oleh kumpulan penyokong Anwar dan menggubah skrip bagi acara ini. Cukup hebat wayang PKR walaupun lakonan tersangat Amatur dan penuh dengan Gimik!!! Bravo!!!

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia yang waras, tidak mempercayai satu perkara pun selagi ia dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Mereka inilah perosak dan penghapus rasa hormat sesama kita warga Malaysia.

P/s: Pelan asal sebelum ini, PR berhajat mengumpulkan lebih 10,000 penyokong untuk menyambut ketibaan Anwar/Mat Sabu bagi mengatasi sambutan rakyat Sarawak ke atas Pehin Sri Taib Mahmud. Ternyata mereka GAGAL! Sumber Rajahmas, sebahagian daripada 300 orang itu telah diupah untuk hadir ke majlis bagi memeriahkan suasana.

Begitulah episod yang menyedihkan ini..

Sumber RajahMas

Mctheory:
Anwar bab berlakon memang terer, dah ramai tahu dia pandai berlakon...

Tiada ulasan: