Khamis, 21 Oktober 2010

CERITA DISEBALIK PROJEK WARISAN MERDEKA


Oleh JEFRI ZACHARIAH

Projek Warisan Merdeka yang merangkumi bangunan setinggi 100 tingkat dibangunkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan kos RM5 bilion. Ia akan dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijadualkan siap pada 2015.

Sejurus projek berkenaan diumumkan Perdana Menteri, parti pembangkang sebagaimana biasa melancarkan serangan kononnya ia adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.

Semalam bukan main rajin dan bersungguh lagi DAP membawa kira-kira 15 wartawan ke tapak projek tersebut.

Lima ahli parlimen DAP itu kemudiannya mengadakan sidang media mereka bagi menghuraikan mengapa projek berkenaan bakal membebankan rakyat.

Antara alasan mereka, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan. Maknanya dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalulintas di sini akan menjadi lebih bercelaru.

Mereka juga berhujah projek itu belum diluluskan memandangkan tiada papan tanda pengumuman projek daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga sependapat dengan rakan-rakannya dan berkata peruntukkan RM5 bilion untuk menara itu sepatutnya dibelanjakan untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara .

"Tidak dinafikan ada yang akan dapat manfaat daripada menara itu, antaranya sebagai contoh mereka yang akan ada pejabat di situ tetapi bilangan mereka terhad. Sebagai kontras, wang itu jika dibelanjakan untuk meningkatkan perkhidmatan penagngkutan awam akan membawa manfaat kepada lebih ramai orang,” hujah Tan.

Bagi MP Seputeh Teresa Kok pula projek Warisan Merdeka itu menimbulkan pelbagi persoalan kerana ia dirancang secara tergesa-gesa tanpa perbincangan lanjut.

Ahli-ahli parlimen Pakatan menganggap pembinaan itu sebagai projek 'gajah putih' dan berulangnya projek-projek mega yang membazirkan seperti dijalankan semasa zaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Saya sebenarnya hanya tersenyum simpul bila mendengar rungutan mereka itu. Bukannya apa, terlalu remeh untuk didebatkan.

Alasan lalu lintas, papan tanda projek, 'gajah putih' dan segala mak nenek itu bagi saya alasan yang cukup dangkal untuk membatalkan projek tersebut.

Betullah kata Perdana Menteri, zaman Tun Dr. Mahathir buat jambatan Pulau Pinang dulu, mereka serang juga tetapi sekarang orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua, apabila Tun Mahathir buat Menara Berkembar Petronas, dia juga telah dipertikaikan.

"Bila kita buat menara 100 tingkat ini, rasionalnya sama, kita nak satu bangunan yang menjadi lambang negara yang bukan sahaja moden tetapi maju,"

Percayalah, projek pembangunan Warisan Merdeka adalah projek yang menguntungkan dan bukannya satu pembaziran.

Rasional projek Warisan Merdeka itu adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negara melalui pengagihan kerjakerja kontrak.

Saya cukup tertarik bila Najib mengatakan yang kawasan pembangunan itu juga akan menjadi pusat perniagaan menempatkan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera di bawah satu bumbung, yang boleh dijadikan tarikan negara.

Bagi saya, DAP sebenarnya lebih cemburukan PNB, bukannya projek Warisan Merdeka itu sangat.

Mana tidaknya, PNB lah alat penting Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera menyertai pewujudan dan pengurusan harta.

Semua orang tahu, perbezaan kegiatan ekonomi di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera telah menyebabkan jurang pendapatan yang besar dan merenggangkan perhubungan antara mereka.

Keadaan yang tidak sihat ini adalah salah satu punca tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Sebelum tertubuhnya PNB, usaha untuk menambah pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat tidak mencukupi kerana saham yang diperuntukkan kepada individu jarang sekali kekal dipegang oleh individu. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila pemegang unit Bumiputera menjual saham mereka, keuntungan yang dijanakan digunakan dan tidak dilabur semula.

Melalui PNB lah, banyak saham korporat utama Malaysia yang diperolehi dari dana yang disediakan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputra dipindahkan ke tabung amanah dan dijual kepada Bumiputera dalam bentuk unit yang lebih kecil.

Dengan menggunakan model pelaburan inovatif ini, PNB telah berjaya memastikan bahawa saham-saham ini dikekalkan mengakibatkan penanaman tabiat menyimpan secara menyeluruh, dan pengembangan keusahawanan dan kemahiran pelaburan Bumiputera.

Kejayaan PNB tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Jika tidak kerana PNB tidak mungkin Bumiputera mengumpul modal sebanyak berpuluh-puluh bilion ringgit dan menggunakan modal ini secara berkesan dalam pasaran saham dan perniagaan lain.

Lebih tujuh juta Bumiputera mendapat nikmat daripada pelaburan dalam PNB dan amanah saham yang diuruskan olehnya.

PNB adalah ciptaan kita yang unik yang tidak ada di mana-mana negara di dunia. Dan dianya lebih baik daripada pendekatan ideologi-ideologi yang biasa dicipta untuk membentuk masyarakat yang adil dan saksama.

Melalui PNB, kesemua pelabur mengejar satu matlamat iaitu pulangan ke atas pelaburan yang dibuat melalui titik peluh mereka sendiri.

Atas berkat keazaman para pelabur yang terus melabur untuk jangka panjang inilah, maka PNB mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini

Jika sifat kerjasama ini diteruskan dan dikekalkan dalam lain-lain bidang perniagaan, masyarakat bumiputera tidak akan menghadapi masalah untuk mencapai 30 peratus kekayaan ekonomi negara selaras dengan objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sebab itu bukannya sukar untuk mengagak mengapa DAP benci sangat dengan PNB ini.

Justeru itu, mereka terpaksa 'mencipta' alasan lain bagi menunjukkan serta mewujudkan kemarahan rakyat terhadap PNB.

Akhirnya, projek Warisan Merdeka yang menjadi mangsanya.

Maaf DAP, sekadar memetik kata-kata Abraham Lincoln;

"You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time."

sumber Malaysia Instinct

Mctheory:
Puak2 lidang bercabang ni biasak la.. menghasut memang kerja diorang.

1 ulasan:

zahari1950 berkata...

Memang dasar pembangkang. Apa sahaja yang kerajaan nak buat merekalah yang hentam dulu. Tapi bila dah dilaksanakan mereka jugalah mengambil kesempatan ekonomi terlebih dahulu. Dan ada juga yang memang bodoh sombong..Ni nak ceritakan kisah benar betapa pembangkangni tetap membangkang walaupun mendatangken faedah kepada dirinya sendiri.

"Dalam tahun 2004 masatu PAS sedang menjalankan kempen untuk pilihanraya umum di Pekan Lawin Gerik Perak. Mereka telah menjemput seorang penceramah utama dari Kuala Selangor. Hampir Jam 10.00 malam baru penceramah tersebut sampai di pekan Lawin dan terus memberi ceramahnya. Seperti biasalah, selepas mukadimah dengan sedikit ayat Qur'an maka terkeluarlah cerca nista dari mulutnya terhadap kerajaan seolah-olah satu benda kebaikan pun tak pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Semua projek yang dilaksanakan hanya membazir seperti PLUS, jambatan Pulau Pinang, Menara KL, KLCC, Proton dan banyak lagilah.

Hampir jam 12 malam (syarat mesti berhenti) dia pun membuat ucapan penggulungan serta mohon kemaafan kerana lambat sampai. Amboi..dek kerana ghairahnya nak mengutuk kerajaan sehingga terlupa nak meminta maaf kerana lambat sampai.

Akhirnya dia memohon maaf kepada hadirin (penyokong PAS dan pembangkang)kerana lambat sampai ke Lawin. Ianya disebabkan kerana dia habis berceramah di Kuala Selangor jam 6.30 petang. Balik kerumah sekejap dan terus berlepas ke Lawin.

"NASIB BAIKLAH SEKARANG INI JALAN PUN LEBAR DAN ELOK MAKA WALAUPUN SEDIKIT LAMBAT, TETAPI SAYA SEMPAT JUGA SAMPAI. KALAU MACAM DULU TAK SAMPAILAH SAYA".

Ha! tadi berapi-api kutuk kerajaan membazir membina PLUS dan lain-lain. Secara tidak menyedarinya dia telah mengakui bahawa projek tersebut ada munafaatnya hinggakan dia boleh sambungkan kutukan terhadap kerajaan dari Kuala Selangor dan sambungkannya di Lawin. Malah kalau dikutkan kenyataannya, dia telah melakukan kesalahan jalanraya memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan kerana dia hanya mengambil masa 3 jam sahaja dari Kuala Selangor Ke Lawin dimana dalam kelajuan biasa (ikut peraturan)ianya akan mengambil masa sehabis cepat pun 4 jam.

Dari dulu dan selamanya..mulut pembangkang memang suka membangkan walaupun mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri.

Fikirkanlah.............