Jumaat, 4 Februari 2011

KES MESIR! PEMBANGKANG TERUS MEMBUAT KACAU!!


Apa yang difikirkan oleh puak pembangkang pun tak tau la. Asyik buat benda yang tak berfaedah. Dalam kerajaan bergelut memikirkan cara dan meminta pertolongan antarabangsa untuk menyelamatkan rakyat kita di Mesir. Mereka kat sini buat semak! Buat demotrasi! Apa kejadahnya nak buat demo kat negara sendiri? Apakah itu cita2 mereka supaya Malaysia pun jadi sama macam Mesir.

Sepatutnya puak Pakatan ni, pakat2 la cari jalan untuk selamatkan rakyat kita disana, bukannya buat semak kat negara sendiri. Anwar kan baik dengan U.S, tak bolehkah minta tolong kroni2nya untuk selamatkan rakyat Malaysia. Kenapa nak kena tunggu kerajaan juga yang bertindak?

Dengar cerita, sedang wakil kerajaan sibuk menyelamatkan rakyat kita di Mesir, yang pro pembangkang pulak sibuk membuat sibuk memganggu tugas penyelamat.

Dah nama kata pembangkang, tak kisah dimana-mana pun, asyik nak menganggu, bukan nak menolong.

Mc dengar kerajaan pusat nak buat sembahyang hajat besar-besaran, untuk mendoakan keselamatan rakyat kita di Mesir.


Pas pula merancang nak buat demotrasi besar-besaran nak bantah pasal kes Mesir ni. Adoiyaii.. apa kata puak Pas ni join je sembahyang hajat yang dibuat oleh kerajaan, kan bagus, dari dok menyemak dijalanan terpekik terlolong.

Nampaknya usaha kerajaan yang pertama membuahkan hasil apabila usaha menyelamat yang dirancang berjalan lancar, selebihnya baca dibawah,

Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat syarikat Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay.


Beliau berkata setakat ini, sejumlah 345 pelajar telahpun dipindahkan dengan pesawat MAS pada tiga petang waktu tempatan.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.


Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.


Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.


"Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka,” katanya.


Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.


Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam tadi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.


Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah. — Bernama

P/s: orang sibuk nak sembahyang hajat, dia sibuk nak mengamuk!

Mctheory:
Lupa plak, Pas sembahyang hajat untuk hancurkan musuh politik saja.. orang lain takpa..

Tiada ulasan: