Selasa, 15 Februari 2011
TERGOLEK!! ANWAR SINDIR NIK AZIZ??!!
Oleh Satu Hala
Berikut adalah kenyataan yang diambil dari blog Anwar Ibrahim dan kemudiannya diubah sedikit oleh Satu Hala agar menepati senario politik di negara ini.
Perubahan ini untuk memperlihatkan bahawa bukan hanya di Mesir.....nun di Kelantan pun ada sorang Hosni Mubarak jugak...yang bukannya gunakan polis rahsia untuk kekal berkuasa selama puluhan tahun (akhirnya tumbang juga) ....tapi menggunakan agama.....namun objektifnya sama...terus kekal berkuasa selama yang boleh...
Mungkin rakyat Kelantan perlu memiliki sebuah kawasan yang seakan Dataran Tahrir bagi berkumpul untuk mengulingkan diktator mereka.....
Untuk berlaku adil...kenyataan yang asal daripada blog Anwar turut disiarkan sebaik kenyataan yang mencerminkan senario di Kelantan...
Tahniah Rakyat Kelantan!
Tahniah rakyat Kelantan! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir Kota Baharu, mereka berjaya memastikan Nik Aziz, seorang diktator yang memerintah selama hampir 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan. Rakyat Kelantan akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka. Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Kelantan memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.
Saya berharap pengorbanan rakyat Kelantan tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus. Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Nik Aziz sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Kenyataan asal adalah seperti berikut:
Tahniah rakyat Mesir!
Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan. Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka. Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.
Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus. Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Malaysia Instinct
Mctheory:
Gila kuasa.. mana nak sedar..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Pulihkan perlembagaan? Pertama kali baca perkataan mengong macam ni.
Bukankah sesuatu negara itu berdiri atas prinsip perlembagaannya.
Sepatutnya, menguatkuasakan perlembagaan atau menghayati perlembagaan. Pendek kata, Perlembagaan adalah asas berdirinya suatu negara.
Fikiran untuk mengubah perlembagaan Malaysia terbawa bawa dalam tulisan. Dapat di hidu umpama kunyit. Jahanam punya orang.
Gila ke Anuwar ni? Tulah kuat sangat menyelam kunyit.
Catat Ulasan