Sabtu, 28 Mei 2011

KASI GEGAR!! BUKU JINGGA HANYA UMPAMA BUKU DONGGENG KANAK-KANAK!!



Rupa-rupanya masih ramai penganut Buku Jingga yang tidak faham apa sebenarnya Buku Jingga dan apa yang menyebabkan Buku Jingga dianggap sebagai Kitab Lawak yang sangat melucukan. Rupa-rupanya juga sangat ramai yang masih percaya Buku Jingga adalah penyelesaian kepada permasalahan rakyat Malaysia. Namun rupa-rupanya juga ramai yang masih menaruh harapan, dunia ini akan terbalik dan kehidupan fasa abad ke-16 muncul semula dengan kehadiran Buku Jingga.

Perlu diakui bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya sangat bijak bermain dengan emosi para penyokong mereka. Apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga samalah seperti kisah pari-pari dan nenek kebayan di dalam cerita-cerita dongeng purbakala. Soal logik atau rasional, itu belakang kira. Sama seperti manifesto Pakatan Rakyat di Selangor, kesemua janji-janji tersebut tidak ditunaikan. Kalau boleh dikatakan ditunaikan pun hanyalah 20 meter padu air percuma tetapi 1 meter padu berikutnya, harganya telah pun dinaikkan tiga kali ganda dari harga asal.

Buku Jingga telah dilancarkan pada 20 Disember 2010. Buku Jingga kononnya menggariskan pelan jangka pendek dan jangka panjang Pakatan Rakyat sekiranya dapat menguasai Putrajaya. Janji-janjinya kelihatan sangat muluk dan sangat dinanti-nantikan.


Tetapi tahukah anda, janji-janji Buku Jingga sekiranya diaplikasikan akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak RM199-RM253.8 bilion pada tahun pertama. Menjelang tahun kedua, berlaku pula penambahan defisit belanjawan menjadi RM100.6 bilion. Tanpa sebarang proposol khusus dalam perolehan sampingan untuk membiayai bajet berkenaan selain daripada retorik sifar rasuah dan ketirisan, negara akan menjadi muflis dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

Penjelasan panjang lebar bagaimana negara boleh bankrap apabila PROGRAM BUKU JINGGA dilaksanakan ADA DI SINI.

Selama ini, para pemimpin Pakatan Rakyat hanya memperkatakan tentang penjimatan subsidi IPP, pemaksaan ke atas KWSP, pemaksaan ke atas GLC yang fungsinya tidak akan melampaui tempoh bajet tahunan. Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak mampu untuk menjelaskan dari mana perolehan akan diperolehi untuk menampung segala perbelanjaan besar yang dikeluarkan dengan pemberian subsidi yang tidak terbatas, semata-mata atas alasan untuk membela rakyat, sungguhpun niat sebenar adalah untuk mendapatkan undi dan pengaruh popular.

Begitu juga apabila Lim Guan Eng dengan bangga diri menyatakan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, rakyat tidak akan berkeluh kesah dengan kenaikan harga minyak lagi. Sebabnya, Buku Jingga adalah pengatasi segala masalah yang sangat makbul.

Sedangkan hakikatnya, masalah di Pulau Pinang langsung tidak dapat diselesaikan oleh Lim Guan Eng sekalipun tidak mustahil, dia juga adalah dalang di sebalik penciptaan Buku Jingga. Kalau hendak diharapkan kepada Anwar Ibrahim, apa sangatlah yang boleh dilakukan oleh Anwar Ibrahim, selain daripada berlagak kononnya dia bijak. Selangor sendiri pun, tidak meningkat taraf ekonomi penduduknya dengan dasar-dasar ekonomi ciptaan Anwar Ibrahim.

Setakat bersembang kosong macam para pemimpin Pakatan Rakyat, ramai yang boleh berbuat begitu. Sehingga setakat ini, tidak ada sebarang usaha yang benar-benar mampu memberikan kesan yang lebih baik berbanding usaha-usaha kerajaan UMNO-BN ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat. Mungkin beranggapan bahawa ramai Malaysia majoritinya mudah diperbodoh-bodohkan dan percaya sahaja dengan apa yang keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat, maka mereka boleh bercakap sekehendak hati.

Paling melucukan apabila Buku Jingga dianggap sebagai penyelesaian terbaik untuk rakyat Malaysia, walaupun persoalan tentang dari mana datangnya sumber pendapatan negara untuk disalurkan ke program-program yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, sehingga kini masih belum
terjawab!

Selangor Daily

Tiada ulasan: