Rabu, 18 Mei 2011

PANAS!! SELANGOR BAKAL TERLEPAS, PAKATAN TARGET MELAKA, JOHOR LA PULAK!!



Selepas teruk diserang di Selangor. Pakatan Rakyat, mula mencari sasaran baru untuk mengembangkan pengaruh mereka. Dua negeri selatan Semenanjung Malaysia menjadi 'target seterusnya' puak Pakatan.

Johor dan Melaka..

Mungkin untuk Pakatan menguasai Johor sepenuhnya adalah misi mustahil. Tetapi untuk menapak dikawasan bandar yang dikuasai oleh kaum cina adalah misi yang selalu dilakukan oleh Dap. Taktik memancing pengundi baru, merupakan langkah yang sedang dilaksanakan oleh Dap Johor untuk meluaskan pengaruh mereka dikalangan pengundi muda. Nak baca klik sini

Selepas Dap berjaya menguasai Pulau Pinang, mengikut plan jajahan Dap di Malaysia, Dap mahu menguasai Melaka. Ini kerana jumlah penduduk Melaka boleh dikatakan sama rata dan Melaka juga merupakan negeri yang mempunyai hasil yang begitu besar sebagai sebuah negeri pelancongan yang terkenal di dunia.

Berbeza dengan negeri Johor, Pakatan hanya mensasarkan ditempat-tempat tertentu untuk memenangi kerusi parlimen atau dun. Target mereka di Johor hanyalah untuk mengurangkan pengaruh UMNO/BN dan bukannya untuk menguasai Johor sepenuhnya. Mereka tahu, untuk menawan Johor sepenuhnya bukanlah kerja mudah.


Namun akar-akar puak Pakatan yang datangnya dari Pas, khas untuk menipu dan menyesatkan kaum melayu sudah tertanam di Johor. Hasilnya banyak surau-surau dan masjid yang telah disalahguna. Tempat beribadat untuk merapatkan diri dengan Tuhan telah diporak perandakan oleh Pas. Nak baca lebih lanjut klik sini

Bila sudah adanya Pas dalam masyarakat Johor, tentulah 'kilang fitnahnya' juga dibawa untuk melancarkan fitnah kepada kerajaan negeri Johor yang dikatakan menjual tanah seluas 3000 ekar kepada Singapore, khas untuk membangunkan New Singapore. Apakah ini benar? Nak tahu klik sini

Sesungguhnya perhatian puak Pakatan terhadap Johor sudah memuncak, boleh dikatakan setiap minggu ada saja ceramah dari pemimpin tertinggi Pakatan datang berceramah di bandar JB. Kerap benar Nurul Izzah, Mahfuz Bean Omar, Khalid Gereja dan konco-konconya datang berceramah.

Serangan ini tidak terhenti disini sahaja, apabila mengikut maklumat yang Mc dapat, sudah ada ahli Pas yang menyamar menjadi ahli UMNO, hanya untuk membuat baik dengan pemimpin bawahan dan 'batu api'kan ahli sesama ahli. Kejadian ini sudah dikesan di UMNO Kota Tinggi.

Walaupun sudah ada sasaran, tapi Mc belum ada bukti untuk 'kantoi' kan manusia durjana tersebut. Malah Mc pernah duduk semeja dengan dengan manusia durjana itu selepas dikenalkan oleh sahabat Mc. Apa yang Mc tahu, dia orang Sarawak, menetap di Kelantan, jadi ahli Pas di Kelantan, datang Johor cari makan sambil bawa tahi palit sana sini, hanya untuk busukkan nama UMNO.

Mc harap UMNO Kota Tinggi lebih berhati-hati selepas ini.

Jika tidak mahu Pakatan berkuasa di Johor, Mc harap UMNO Johor bertindak dengan lebih aggressif lagi. Pertahankan Johor sebagai kubu kuat UMNO.

P/s: Bangunlah dari tidur..

McTheory:
Dahsyat Pakatan sekarang ni.. dahsyat benar..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu punya concern betoi bro... tp kalau tiap2 minggu ismail sabri dok announce nak review harga minyak susah la bro... bila harga dunia naik... minyak naik... bila turun, gaji saja turun... minyak tak turun bro...