Sabtu, 23 Julai 2011

LAI LAI.. PAKEJ UBAT KUAT PLUS AYAM PAKAI UNDERWARE PUNYERR!!



SUBANG JAYA: Sekali pandang, ia seperti iklan haram biasa yang kerap ditampal di bawah jejantas, papan tanda jalan dan dinding kedai. Namun selepas diselidiki, iklan terbabit bukan sekadar menawarkan ubat kuat lelaki, tetapi turut menawarkan pakej dua dalam satu - pelacur!

Itulah taktik terbaru sindiket pelacuran dengan menawarkan ubat rangsangan seks melalui iklan haram di kaki lima untuk memerangkap lelaki.Taktik yang digunakan itu bukan saja menawarkan ubat kuat yang dikatakan mampu merangsang tenaga lelaki hingga dapat bertahan selama 24 jam, malah meminta pelanggan menguji kemujarabannya dengan melanggani ‘ayam import’.

Dipercayai, taktik serampang dua mata itu menjadi pilihan sindiket berkenaan berikutan lebih mudah menjerat lelaki yang gemar mencari ubat paling berkesan beraksi di ranjang, sekali gus memberi keuntungan berlipat ganda selain melariskan perkhidmatan pelacur yang disediakan.

Siasatan wartawan Harian Metro mendapati sindiket itu bersedia menemui pelanggan selepas persetujuan dicapai menerusi telefon, namun mengikut kawasan berikutan terdapat sindiket lain menguasai daerah tertentu.

Dalam perbualan menerusi telefon, wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berbual dengan seorang lelaki bernama Jay, ejen yang menawarkan ubat kuat kepada pelanggan. Menurut Jay, ubat kuat berkenaan membabitkan dua jenis iaitu berbentuk pil dan jenis sapu dibawa masuk secara haram dari Taiwan melalui orang tengah.

Katanya, pelanggan boleh memilih satu daripadanya dengan harga serendah RM30 bagi jenis sapu manakala RM60 bagi pil. Dia menyatakan jenis pil paling popular di kalangan pelanggan dan dijual 10 biji bagi setiap peket.

Pelanggan akan diberi diskaun jika turut melanggan pelacur yang diimport dari negara luar bagi menguji keberkesanan ubat berkenaan dengan bayaran RM160.

“Lu jangan risau, ubat ni tiada kesan sampingan. Itu saya boleh gerenti sebab pil ini memang popular di Taiwan dan sudah lima tahun saya jual. Kalau tak percaya nanti masa jumpa, saya boleh kasi cuba mana-mana perempuan awak suka. Awak boleh tengok ubat ini betul kuat atau tidak".

“Harga jangan risau, kalau ambil ubat sama amoi, kami kasi harga special. Kami boleh kurang harga kalau awak ambil dua-dua,” katanya.

Wartawan turut diberitahu, pelanggan boleh memilih pelacur ketika urusan pembelian ubat kuat, namun mengikut harga berbeza bergantung kepada jenis ‘ayam’ kerana mendakwa ada yang baru tiba di negara ini.

Pelanggan boleh menguji keberkesanan ubat itu sama ada di tempat disediakan, bilik hotel atau rumah dalam tempoh dua jam. Mereka perlu membayar tambahan RM50 bagi setiap setengah jam tambahan jika berminat melanjutkan tempoh berasmara.

Melalui perbualan selama 15 minit itu, wartawan bersetuju berjumpa Jay di sebuah rumah kedai di sini. Ketika tiba, dua lelaki berusia awal 30-an serta 40-an sedia menanti bersama seorang wanita berpakaian seksi dipercayai pelacur.

Dalam pertemuan itu, seorang lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai wakil Jay tanpa memberitahu namanya. Lelaki itu meminta wartawan menunggu seketika berikutan sedang berurusan dengan seorang lagi pelanggan.

Apabila menemui wartawan semula, lelaki itu yang bercakap pelat Cina bercampur Indonesia mendakwa kedua-dua jenis ubat itu mampu membesarkan zakar lelaki bagi tempoh tertentu. Namun, dia mendakwa ubat kuat jenis pil mampu membuatkan pelanggan melakukan aksi ranjang berulang kali dalam tempoh 24 jam tanpa penat.

Wartawan turut ditawarkan wanita yang ditemui sebentar tadi untuk ditiduri. Berdasarkan pengamatan, wanita berusia awal 20-an itu dipercayai warga asing berdasarkan loghat percakapannya dan hanya mengikut kata lelaki berkenaan.

“Ini amoi kalau awak ambil mesti best punya. Awak boleh suruh dia buat apa saja apa awak mau. Tapi kalau mau bawa pergi mana-mana mesti jaga elok-elok. Nanti sudah puas, bagitau kita datang angkat,” katanya.

Selepas hampir 30 minit berbual, wartawan menolak tawaran berkenaan dengan alasan tidak mempunyai wang mencukupi, tetapi berjanji datang semula selepas melakukan pengeluaran wang. -H.Metro

Nampaknya pakej Ubat kuat sekali ayam ni datang semula. Ini adalah artikel lama dari Metro. Namun sejak dua menjak ni. Iklan pakej ubat kuat sekali ayam ni telah menjajar semula disekitar Selangor.

Biasa la, siapa jaga Selangor sekarang ni? Siapa yang paling berkuasa di Selangor? Kelab malam, lesen arak, lesen hiburan, Spa dan hotel murah semakin bersepah di Selangor. Umpama tak terkawal la pulak.

Apakah kerajaan Selangor nak bagi alasan seumpama kerajaan Pas Kedah, kerana memenuhi permintaan rakyat. he he..

Apa pun, puak kongsi gelap dan persatuan haram cina, semakin sayang kepada kerajaan Selangor yang di lembukan oleh Khalid gagap dan sekutu Dap nya.

Puak Persatuan haram cina ni pasti akan menyokong kerajaan Pakatan haram Selangor seratus peratus kerana tanpa puak Pakatan, dorang mana boleh cari makan.

McTheory:
Patutla ramai cina sayang puak Pakatan ni.. ada sebab rupanya..

Tiada ulasan: