Ahad, 11 September 2011

PANAS! Akibat Menipu, Adik Mat Indera Melarikan diri!!


Adik Mat Indera iaitu saudara Johan, yang mengatakan Abangnya Mat Indera Briged ke 10 PKM, itu bukan komunis telah mengosongkan rumah dan keluar dari kampungnya di Yong Peng. Pada yang belum baca mengenai kenyataan Adik Mat Indera yang membela Abangnya boleh klik sini.

Difahamkan selepas Johan membuat kenyataan bersama Mat Sabu, ramai penduduk kampung mula memandang sinis kepadanya, malah difahamkan polis juga mencari Johan untuk mengesahkan kenyataan Johan keluar di media. Akibat dari tekanan masyarakat dan penduduk setempat. Johan dikatakan membawa diri keluar dari kampung.

Difahamkan, pihak Pakatan Rakyat yang menguruskan persembunyian Johan bagi bertanggung jawab keatas penipuan yang telah dilakukan oleh Johan terhadap rakyat Malaysia.

SAMM yang dipengerusi oleh Chegu Bard, juga ada ke rumah Johan untuk berbincang sesuatu, dan keesokkan harinya Johan didapati hilang dari rumah.

Itulah akibat apabila suka berbohong dan mencari pasal. Hidup senantiasa dalam ketakutan.

McTheory:
Selalunya TAKUT kerana SALAH! 

Tiada ulasan: