Penulis tidak percaya yang M. Manoharan suka-suka cakap nak tukar bendera Malaysia kepada sesuatu yang lain. Sudah tentu M. Manoharan cakap perkara-perkara yang sudah dibincangkan sesama monyet-monyet dalam Pakatan akan apa yang nak diubah dan apa yang nak dikekal kalau Pakatan berjaya memerintah Malaysia besok.
Cuma masa untuk Manoharan bercakap itu tidak sesuai gamaknya seperti yang ditunjukkan waima oleh penyokong Pakatan sendiri, sebab itu dia minta maaf. Paling tidak nak test market apa yang boleh dan tak boleh dibuat besok.
Ada kawan-kawan penulis kata daripada Pakatan sibuk nak tukar bendera Malaysia, baik fikir macam mana nak hidupkan lambang bunga raya Pakatan Rakyat yang ibarat mati segan hidup tak malu itu, dan soal pendaftarannya sekali. Masih tak register-register lagi.
Bapa-bapa pengasas Malaysia ini kalau masih hidup, sudah tentu menyesal memberi kerakyatan kepada suku kaum yang diwakili Manoharan dahulu. Siapa sangka, kita bagi dia tempat untuk menetap dan beranak pinak di negara ini, tapi sampai satu tahap dia sudah berani nak tukar asas kepada negara ini pulak, salah satunya bendera itulah.
Penulis sebut suku kaum, sebab kaum yang diwakili Manoharan ini ada banyak suku dan kasta lain dibawahnya.
Sebelum ini, negara gempar apabila Mat Sabu nak tukar pejuang kemerdekaan daripada Tunku Abdul Rahman kepada Mat Indera, dari Dato Onn Jaafar kepada Chin Peng. Yang jaga keselamatan sebagai alat penjajah, yang bunuh orang sana sini (termasuk wanita & kanak-kanak) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Semua ini sebenarnya berkaitan. Maksud penulis, soal Manoharan nak tukar bendera dan Mat Sabu nak angkat komunis jadi hero adalah perkara yang berkaitan walaupun tajuk berlainan. Yang mengaitkan keduanya ialah sejarah yang nak dipadam dan digantikan dengan yang mengikut kehendak mereka.
Tiada dalam sejarah
Kita kena faham, pemimpin Pakatan Rakyat yang sedia ada sekarang, mahupun yang dulu-dulu, tiada seorang pun yang layak dipanggil pejuang kemerdekaan. Bermaksud, Pakatan tiada dalam sejarah, dan apalah ertinya menjadi parti pemerintah kalau tidak tercatat dalam sejarah negara yang diperintah.
Untuk menutup kelemahan itu, Pakatan Rakyat perlu padam semua sejarah yang merujuk kepada BN, Perikatan dan UMNO, digantikan dengan ssejarah ‘versi’ mereka. Dengan tidak ada siapa yang boleh dibawa ketengah, komunis jadi pilihan, bendera dan perkara-perkara lain yang sekarang disembunyikan.
Percayalah, semua yang sedang dibuat Pakatan Rakyat sekarang ialah sebagai persediaan kalau berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dalam PRU ke-13 besok. Begitulah tingginya keyakinan sedangkan penulis yakin, itu semua tidak akan berlaku berdasarkan situasi semasa sekarang ini yang jelas tidak memihak Pakatan Rakyat langsung.
Hari ini dimana-mana, setiap kali ada sambutan kemerdekaan, kesemua gambar bekas Perdana Menteri akan dipamirkan. Tunku Abdul Rahman kekal sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Mahathir kekal sebagai Bapa Pemodenan yang menukar Malaysia sehingga ke satu tahap yang dihormati dunia dan seterusnya.
Along the way, nama-nama seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanathan, Tun Donald Stephen (Fuad Stephen) dan sebagainya, mana ada nama orang Pakatan?
Macam mana Pakatan nak memerintah dengan pemikiran yang sedemikian? Kalau boleh pun, soalan yang pertama, berapa lama mereka boleh bertahan sedangkan Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun. Soalan yang kedua, siapa dikalangan mereka yang boleh diletak untuk mengganti kekosongan kalau semua yang berkaitan nak dipadam dari sejarah negara?
Rakyat hari ini perlu faham permainan psikologi yang sedang dimainkan Pakatan Rakyat, dalam 365 hari setahun kenapa Mat Sabu dan Manoharan nak pilih hari-hari berdekat dengan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia untuk main isu komunis dan tukar bendera? Ingat kebetulan ke?
Ini semua propaganda merekalah, racun yang nak diserap secara perlahan dalam minda rakyat, terutama jenis bodoh-bodoh yang jadi ahli parti komponen Pakatan Rakyat hari ini. Dan buktinya, dalam kes Mat Sabu, dah ada yang percaya sampai mengeluarkan banner.
Dan percayalah, tindakan 2 ekor ini (Manoharan dan Mat Sabu), adalah permulaan sahaja. Akan ada yang lebih besar dari ini selepas ini.
Penulis dapat maklumat, kalau Pakatan memerintah negara ini, prinsip Rukun Negara pun akan diubah, antaranya Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebab, bukan rahsia bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak beragama dan berbangsa. Kepercayaan Kepada Tuhan bermaksud semua rakyat Malaysia perlu beragama dan percaya kepada Tuhan, siapa yang ateis, tidak layak sama sekali jadi rakyat Malaysia.
Kesimpulan penulis ialah, memilih Pakatan Rakyat dan parti komponennya sebagai pemerintah baik negeri apatah lagi negara, adalah satu kesilapan besar yang boleh dielak. Ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah belajar kesilapan ini dalam kes Abdullah Haji Badawi.
Itu nasib baik dalam persekitaran boleh dikawal , bayangkan dalam persekitaran yang cacamarba seperti dalam Pakatan Rakyat sekarang!!!
1 ulasan:
persamaan antara Mat Sabu , Manoharan dan beruk adalah DNA dua2 ekor ni (Mat sabu dan Manoharan)lebih byk DNA beruk dari manusia.....itu yg susah skit nak diajar.....bodoh melantun lantun
Catat Ulasan