Sabtu, 3 September 2011
TAHNIAH!! Pakatan Haram Rakyat Sokong Kenyataan Mat Sabu!!
Pakatan Rakyat hari bersepakat menyokong kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong. Mereka berjanji akan mengubah semua sejarah yang ada jika pakatan rakyat diberi peluang memerintah Malaysia.
Kenyataan dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.
Ini bermakna Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya kenyataan Mat Sabu yang mengiktirafkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Ketiga-tiga pemimpin ini berkata, harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara, kata beliau.
"Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara," kata mereka sambil menambah, yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh sejarah yang salah dan menjadi tugas kami untuk memperbetulkannya.
Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Malaysia pejuang kemerdekaan bukan lagi Tuanku Abdul Rahman kemungkinan Chin Peng akan dimahkotakan sebagai pejuang sebenarnya. Cerita dan berita ini Mc ambil dari sini.
Nampaknya Pakatan Haram benar-benar nak menghapuskan sejarah kemerdekaan Malaysia. Mereka mahu tengelamkan nama pejuang UMNO dan mahu gantikannya dengan pejuang komunis.
Begitulah kalau manusia dah dipenuhi dengan hasad dengki dan iris hati. Sanggup mendewakan pengkhianat komunis dari pejuang kemerdekaan sebenar.
Ya Allah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..
McTheory:
Puak ni otak dah takdak gamaknya.. teruk benor rosak ni..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Pakatan Haram (PR) tak bercadang nak terbitkan buku baru Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu ke???
Komunis (PKM) hanya letak senjata aja tapi idologi Komunis masih wujud di Malaysia ini. Contoh Penyokong Tegar Komunis Mat Sabu 121.
Pergi mampussssssssss le! Mat Sabu. Aku akan ludah muka anak-beranak dan keturunan Mat Sabu bila bertemu mereka di mana saja.
tukar saja nama pakatan komunis malaysia..
pegi mampos sama pakatan haram ni. dulu aku respek jugak PR ni. semenjak diorg secara terang-terangan menyokong komunis, makin benci aku dengan pakatan haram ni. Apa Menteri Amaran buat? masih duduk bawah kain bini die lagi ke??? Ambik la tindakan. jangan asyik amaran2 memanjang!
Saya merupakan orang sederhana dalam memilih parti politik. Saya akan sokong apa saja idea yang membawa kebaikan kepada rakyat tak kira dari parti pembangkang atau kerajaan. Berkenaan peristiwa bukit kepong ulasan saya adalah seperti berikut.
Ramai terkejut dengan kenyataan mat sabu yang menyokong perjuangan komunis semasa peristiwa di bukit kepong. Tentu ramai akan membantah kenyataan dia. Tapi...
Ramai juga yang lupa, trajedi berkenaan berlaku adalah semasa era penjajahan orang putih lagi. Tentu sebagai penjajah mereka mahu tunjuk bahawa mereka adalah betul dan komunis itu salah.
Jika yang membawa ideologi tu datangnya dari sebuah dunia islam yang mengamalkan ciri pemerintahan islam sejati yang dituntut oleh agama islam, menyerang tanah melayu untuk menyelamatkan orang-orang melayu dari penjajah, tentu orang putih akan menjadikan polis yang pada masa itu adalah orang-orang melayu menentang mereka atas dasar mempertahankan tanah jajahan mereka.
Jadi ada rasionalnya mat sabu membangkitkan isu sejarah ini. Perdebatan atau perbincangan antara mat sabu dan ahli sejarah patut di adakan demi untuk menetukan siapakah sebenarnya pejuang sejati di tanah air tercinta ini.
Sekarang rakyat malaysia sudah berpendidikan dan maju. Segala fikiran mereka amatlah geliga, sukar diduga dan tajam untuk menilai hal-hal yang tidak terfikir oleh kita selama ini terutama mengenai fakta-fakta sejarah dan ploitik.
Apa pun ramai orang patut berterima kasih kepada mat sabu kerana dengan cetusannya, itu ramai bekas anggota polis, waris-waris dan balu-balu yang terlibat dengan tregedi bukit kepong yang selama ini terpinggir sudah mula mendapat perhatian dari pihak tertentu terutama pihak kerajaan.
Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang maju ni, janganlah berfikir mengikut emosi lantaran fikiran kita yang telah dijajah sejak zaman portugis lagi.
Catat Ulasan