Jumaat, 7 Oktober 2011

MAMPUIH!! Penyelewengan Tanah Adun Dap di Bongkar!!

Adun padang lalang

Cerita ni Mc ambil dari Big Dog. Kisah ni dibawah dari Tv3 semalam. Ceritanya bermula begini, tiga setengah tahun lepas semasa mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa mana mana politikus Pembangkang akan dihalang untuk diluluskan mana mana permohonan tanah.

Kononnya bertujuan menunjukan mereka tidak mahu wakil rakyat mereka dilihat sebagai menyalah gunakan kedudukan, semata mata untuk diberikan permohonan tanah dari Kerajaan Negeri.




gambar pisau.net

Isu terkini melibatkan Tan Hong Cheng tidak sebagaimana yang sebenar. Beliau bersama saudara kandung iaitu ADUN DAP bagi Padang Lalang YB Tan Chong Heong terlibat dalam permohonan sebidang tanah 1.1 hektar di Jalan Song Bang Kheng di Bukit Mertajam dan telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Hari ini Parti Cinta Malaysia membuktikan sebaliknya. Dalam sidang media yang telah diadakan oleh Naib Presiden Huang Cheng Guan telah menarik perhatian umum terutama sekali ahli ahli DAP Bukit Mertajam. Sesama mereka telah beralih pendapat dan menyatakan rasa hairan dan terkejut dgn pendedahan tersebut.

Huang yang juga bekas Naib Presiden Gerakan menyatakan dengan tegas, ”Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul CAT jawab la ini isu kepada semua!”.

Mereka juga menyatakan bahawa YB Michael Tan Cheong Heng merasa dirinya pandai menutup pemilikan tanah pajakan tersebut tetapi akhirnya telah dibongkar oleh PCM dan amat memalukan sekali.

Disamping juga elemen telah digerakan untuk terus spin isu ini dan akhbar The Star di KL telah dihubungi dan dikatakan ber janji akan spin isu ini secara lebih aggresif lagi.

Manakala Huan juga telah dihubungi oleh wakil Penang Sports Club (PSC) yg melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskaun 80% keatas tanah TOL tersebut sedangkan permohonan PSC utk melanjutkan status TOL kelab tersebut tidak diluluskan. Sehubungan dengan itu, Huan akan membuat laporan terhadap diskaun yang diberi keatas premium tanah tersebut di SPRM dalam masa terdekat.

Penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak serta merta.

Apakah keistimewaan Adun ini hingga diberikan prime land,kenapa premium tanah diberi diskaun hingga 80%? Di manakah ketelusan yang dilaungkan Guan Eng? Adakah dengan memberi diskaun 80% menandakan Akauntabiliti dan Kecekapan kerajaan negeri?

McTheory:
Apa pulak si Guan Eng nak putar belit??

Tiada ulasan: