Sabtu, 17 Disember 2011
KASI PANAS!! MASALAH RAKYAT SUNGAI PETANI MASIH BELUM SELESAI!!
Sehingga ke hari ini masalah ketiadaan pengangkutan awam (Bas antara kawasan) di Bandar Sungai Petani belum dapat kerajaan Negeri selesaikan, sekiranya permasalahan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesulitan, terutamanya ketika musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Kerana ada antara pelajar akan menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan ke sekolah.
Amat menyedihkan apabila satu tempat yang bertaraf Bandar tidak mempunyai tahap kemudahan awam yang lengkap (Bas Awam). Jika perkara sebegini pun masih belum dapat Kerajaan Negeri selesaikan. Apa guna Sungai Petani di iktiraf sebagai Bandar..sekiranya tiada pengankutan awam yang utama,(Bas Awam)
Dalam permasalahan ini menyebabkan kami juga tertanya-tanya, kemana perginya Exco kerajaan Negeri Kedah yang di pertanggungjawapkan ke atas kerja-kerja ini? kenapa tiada plan tindakan yang di ambil Exco berkenaan? apakah Exco berkenaan beranggapan Parti PAS ini masih menjadi pembangkang di Kedah?? sehinggakan lupa apa kerja yang perlu di utamakan..sekiranya masih gagal selesaikan masalah rakyat,,Pisau Kedah cadangkan gugurkan slogan Sejahtera Rakyat..kerana rakyat sekarang sengsara di bawah pemerintahan PR.
Sambung baca Media Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan