Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu, Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.
Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
Usaha Azizan Abdul Razak mengambilalih sendiri tugas-tugas mereka, termasuklah memberikan kontrak kepada kontraktor yang menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah, menyebabkan Phahrolrazi yang berkira-kira dengan keuntungan besar, mengamuk sakan. Itu yang menjadi pemula kepada krisis kepimpinan PAS Kedah. Dan Phahrolrazi tidak berselindung menyatakan kekecewaannya berhubung kontrak penyelenggaraan jalanraya yang diserahkan kepada sebuah syarikat yang menurutnya adalah kroni UMNO walaupun selama tiga tahun, peluang menyelenggara dan membaiki jalanraya langsung tidak digunakan sebaik-baiknya oleh Phahrolrazi Zawawi.
Satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh Exco-Exco berkenaan adalah tentang bidang kuasa Menteri Besar Kedah. Mereka tidak berpuas hati dan berasa pelik kerana Menteri Besar Kedah yang enggan berterus-terang tentang perlantikan semula Exco. Azizan Abdul Razak sebelum ini menyatakan, hak melantik barisan Exco adalah hak Menteri Besar. Terpulang kepada dirinya sendiri untuk melantik semula Exco yang telah dilantik sebelum ini atau sebaliknya.
Kenyataan Azizan Abdul Razak itu tidak disenangi oleh Phahrolrazi yang merupakan salah seorang daripada anggota Anwarinas atau penyembah Anwar Ibrahim si Israel. Beranggapan Azizan Abdul Razak perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Syura atau paling tidak pun Presiden serta Mursyidul Am, Phahrolrazi cuba mengundang campurtangan kedua-duanya.
Ternyata Azizan Abdul Razak lebih faham struktur kuasa dalam PAS berbanding Phahrolrazi Zawawi mahupun Taulan Mat Rasul yang sedang berkira-kira hendak menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, kenyataan Nik Abdul Aziz nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi dan kawan-kawannya. Nik Aziz mengingatkan mereka tentang kerugian besar yang akan dihadapi oleh PAS Kedah ekoran tindakan mereka itu. Ditambah pula dengan tempoh pentadbiran PAS Kedah yang sudah hampir mencapai penghujung penggal, tindakan Exco-Exco berkenaan akan merugikan PAS secara keseluruhannya.
Walaupun dinasihati oleh Nik Aziz agar Exco-Exco tersebut memikirkan semula tindakan mereka, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh menyatakan yang mereka tidak akan bertanjak daripada keputusan untuk tidak menerima jawatan Exco selagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kekal dengan jawatan yang disandangnya.
Nik Aziz yang sedar, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya akan mengundang masalah yang lebih besar, memberi nasihat kepada Phahrolrazi agar memikirkan tindakannya semasak-masaknya memandangkan tindakan sebegitu tidak memberikan keuntungan kepada jemaah PAS. Lebih pedih lagi ialah apabila Nik Aziz memberi amaran yang cukup keras kepada Phahrolrazi dan kawan-kawannya.
Bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang dari parti sekiranya, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya menyebabkan PAS rugi besar!
2 ulasan:
apa yg pok nik ni dok melalut...
kedah tu bukan negeri hang la...
kan ko kata yg ko hanya jaga kelantan jer...
sekarang dok bt sempoi plak nak amik tau hal org lain...
to Azizan,
ko drop jer barua2 ko yg tak guna...
ko mau lantik jer org yg lebih baik...
baru bangsat ni semua akan berakai skit...
pejuang hamas...
Memang baguih......aku benci semua parasit2 ni.....elok tendang saja...
Sanusi(dan azizan)....aku harap PAS kedah menang sebab aku tau hangpa buat keja...
tapi aku haramkan PAS selangor dari dapat undi aku....ingat depa buat apa kat hassan ali...taun ni aku undi kat selangor...mampuih hagpa semua.....dah 15 tahun dok selangor aku nak mengundi kat sini pulak......hangpa tunggu.....dan nak bagi timbalan kat kapiaq laknatullah
Tukang tengok
-tak tengok saja noh.....
Catat Ulasan