Khamis, 29 Mac 2012

PANASS!! Mat Sabu Menyokong OKT KUIN, Mencabar Azizan MB Kedah! #saveKedah

Mohd Sabu bergambar diluar kamar mahkamah persidangan
bersama skuad mahasiswa prihatin KUIN


Mc sebenarnya menyiarkan artikel ini bukan untuk menyokong mahasiswa KUIN yang ditahan. Malah tak terniat langsung nak menyokong pro-Mahasiswa. Cuma Mc nak tunjuk bahawa, Mat Sabu si Timbalan Presiden Pas ni sebenarnya dalang besar untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan Pas Kedah.

Mat Sabu datang menyokong mahasiswa yang mereka panggil OKT. Tindakan Mat Sabu ini semata-mata mahu menunjuk betapa beliau mahu melawan keputusan KUIN, yang diketuai oleh MB Kedah Ustaz Azizan.


Beberapa peristiwa menarik berlaku sepanjang hari ketika perbicaraan yang memberikan semangat perjuangan tinggi kepada skuad prihatin dan 5 OKT ialah :
  1. Kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat , Mohd Sabu yang juga memberikan semangat kepada kami dalam memperjuangkan hak mahasiswa. 
  2. Mohd Sabu juga memberikan sumbangan berbentuk wang kepada mahasiswa prihatin. 
  3. Sokongan bukan sahaja daripada mahasiswa KUIN bahkan daripada Lembah Kelang seperti UKM (UKM Four), Presiden Suaram, 
  4. Seorang bangsa Cina dari USM yang datang memberikan semangat ‘good luck’ kepada 5 OKT dan skuad prihatin 
  5. Kehadiran wartawan yang prihatin dengan isu KUIN 5 antaranya Sinar Harian
Perbicaraan yang diadili oeh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim telah mendengar hujahan pihak pembelaan, yang dibentangkan menerusi peguam Azhana Mohd Khairudin sementara Kuin diwakili oleh peguam Karpal Singh. Kalau Karpal kalah ,,….. malulah sangat Karpal yang tidak berpihak kepada mahasiswa bahkan akan tewas hanya dengan peguam junior (Azhana).

Setelah mendengar hujahan maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akan mengumumkan keputusan kes lima penuntut Kolej Universiti Insaniah Malaysia (Kuin), yang digantung pengajian kerana berdemonstrasi tahun lalu, 4 Mei ini.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati 3 orang daripadanya terlibat dalam demonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari dan 2 orang hanya mengutara pandangan dalam akhbar agar MB Kedah turun padang selesai isu KUIN.

Mereka membantah atas alasan pembinaan itu tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Muhamad Aiman Che Abd Razak, Ahmad Remi Mohd Arof dan Zukhilatif Marzuki.

Mereka dikenakan tindakan itu di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa berkenaan mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan Kuin.

Timbalan Presiden PAS sokong mahasiswa di Mahkamah 

Ini adalah gerakan pertama Mat Sabu untuk menunjukkan penentangannya terhadap Azizan. Mc mendapat maklumat daripada orang Pas sendiri, yang menyatakan Mat Sabu sedang mengatur langkah bersama Phahrolrazi untuk menumbangkan Azizan. Mc akan cerita detail pasal ni kelak.


McTheory:
Mat Sabu, syiah sesat ni jahat beb..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila mereka memerentah negara Malaysia gamaknya semua pencuri, pembunuh, PENZINA, perogol akan dibebaskan - kerana Menteri Dalam Negeri PKR nampaknya dengan penuh semangat mempertahankan OKT. manakala peguam negara PKR adalah Kepala Pusing yang mungkin suatu ketika dahulu pernah mempertahankan OKT tetapi gagal dalam perbicaraan di mahkamah.