Baru-baru ni Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor. Mengeluarkan kenyataannya yang agak lawak bagi Mc. Kenyataannya yang mahu mengumpulkan segala air di Selangor bagi menampung sebarang kekurangan air di Selangor kelak.
Katanya Selangor boleh simpan 40% daripada jumlah air larian hujan dan air yang tidak terpakai dan terbuang, maksud air terbuang, seperti air lombong, air kolam takungan banjir dan lain-lain lagi. Pengarah LUAS memberi cadangan untuk mengumpul semua air-air itu untuk diproses dan digunakan oleh rakyat Selangor.
Khairi kata, kalau dikumpul air di Selangor ni, ianya boleh tahan sampai 2030. Pehh.. betul ke?
Mc rasa cadangan yang pengarah LUAS tu berikan teramatlah lawak dan tak masuk akal. Contohnya seperti air lombong dan takungan banjir. Jika rancangan tersebut dilaksanakan, itu bermakna Selangor perlu membuat loji air dan paip sebaran disetiap lombong dan takungan banjir tersebut.
Bukankah itu lebih mengeluarkan kos yang banyak berbanding membuat Langat 2. Malah cadangan yang dikeluarkan oleh Pengarah LUAS perlu dikaji lebih teliti kerana air lombong dan takungan banjir boleh dikategorikan sebagai air yang tidak bersih.
Cuba bayangkan bagaimana LUAS mahu merawat air yang tidak bersih malah tidak sesuai untuk kegunaan harian? Nak guna teknologi membran? Atau teknologi penapisan seperti mana Singapura menapis air new water? Jika salah satu diguna, ia akan mengeluarkan kos yang sangat besar. Apakah cadangan tersebut relevan?
Kedua-dua teknologi diatas selalunya digunakan oleh negara yang tidak mempunyai pilihan lain untuk tambahkan air. Lalu penapisan yang mahal digunakan, kedua-dua penapis tu, boleh menapis semua air, hatta air loji najis sekalipun. Tapi sanggup ke rakyat Selangor minum tapisan dari loji najis?
Apa punya bebal la cadangan dari LUAS ni. Sejak Khalid puji LUAS ni bagus, rasanya makin teruk prestasi LUAS ni. Komplain sana-sini, pemantauan air di Selangor kononnya dilakukan oleh LUAS, tapi yang kerja lebih, tetap SYABAS.
Sekarang ni Pengarahnya buat cerita pandai, nak kutip air diserata Selangor. Bernas ke cadangan tu? Kerajaan Pusat dah bagi plan untuk ambil air tambahan dari Langat 2. Tapi LUAS nak suruh rakyat Selangor minum air tapisan loji najis dan lombong pulak.
Air yang elok dok ada, tapi nak suruh orang minum air najis buat apa? Teringin juga Mc nak tau pendapat rakyat Selangor. Nak ke guna dan minum air dari segala sumber yang kita belum tahu kebersihannya?
Paling senang, nak ke korang minum air dari loji najis? yeakk..
Agaknya terpaksa kot sebab Khalid Gagap pernah cakap sanggup tunggu 100 tahun selagi tak dapat buat penstrukturan semula.. Kalau Khalid nak tunggu, biarlah dia tunggu, tapi rasanya rakyat Selangor tak sanggup…
Hah!!! Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam dah bersuara Khalid hoiii!! Apa tunggu lagi …
McTheory:
Suruh Khalid dan Ronnie pakai dulu air tu, kita tengok sanggup tak!!
2 ulasan:
air sangat penting buat kehidupan...
nak buat apa kalo khalid tak fikir macam tu
Catat Ulasan