Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, Jumaat, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan anggota kumpulan itu setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir. Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.
Dalam pada itu media Filipina melaporkan, bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.
“Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi Jumaat !” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.
Bercakap pada sidang media di sini Hishamuddin menegaskan yang Malaysia sudah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka. Malah, beliau berkata Malaysia sudah berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.
“Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini. “Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.
Kita sambung kembali cerita di Lahad Datu sekurang-kurangnya dua pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh manakala tiga polis cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi tadi.
Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.
Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.
Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.
Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.
Bagi Mc, sepatutnya kerajaan Malaysia sudah boleh bertindak sekarang. Mc percaya rakyat Malaysia faham, kenapa mereka ini patut ditembak dan tindakan tegas perlu diambil demi keselamatan rakyat Malaysia yang lain.
Pencerobohan ke negara lain adalah satu kesalahan yang besar. Jika Malaysia tidak berlembut hati dan mengamalkan diplomasi, Mc percaya hancur sudah Kesultanan Sulu yang bengong tu.
Berita baru diterima, dua komando polis Malaysia juga terbunuh akibat letupan mortar penceroboh. Kita doakan semoga anggota keselamatan kita selamat dalam mempertahankan negara.
McTheory:
Sokong Tindakan Tegas di ambil!
14 ulasan:
pd pendapat aku, apabila ada kematian di pihak Malaysia, kita tidak perlu berlembut lagi. kerana kerajaan Malaysia telah memberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk lanun penceroboh pulang ke tempat asal dengan aman dan selamat.
KERAJAAN MALAYSIA..BERTINDAK TEGAS LAH. KITA NEGARA BERDAULAT. ALLAHU AKBAR!!!
Balaslah kezaliman dgn keadilan. Keadilan bg yg menceroboh diusir, walau dgn kekerasan atau diperangi. Keadilan bg yg membunuh dibunuh dan keadilan bg yg memberontak diperangi.
sapa ye nama yang mnggal 2
insp. zulkifli mamat dr besut tganu... n sjn shabudin.... alfatihah....
Dahlah memceroboh diberikan masa bertindak sesuka hati pula. Kerajaan patut bertindak mulai sekarang. Tetapi kenapa .. persoalannya kenapa pihak berkuasa tidak membuat pemeriksaan di perairan atau daratan. Ada ke pihak maritim atau ...pihak mana
Statement bodoh menteri dlm negeri.. kita tidak melepaskan sebutir peluru. Napela ada menteri lembik mcm ni.. pengganas sudah menceroboh kedaulatan negara spatutnya ... PASUKAN KITA TELAH MENGGEMPUR DAN MELEPASKAN TEMBAKAN... Alahai Puan Hisyamudinmah jadi MENTERI HAL EHWAL WANITA lah lepas PRU 13 nanti.
Statement bodoh menteri dlm negeri.. kita tidak melepaskan sebutir peluru. Napela ada menteri lembik mcm ni.. pengganas sudah menceroboh kedaulatan negara spatutnya ... PASUKAN KITA TELAH MENGGEMPUR DAN MELEPASKAN TEMBAKAN... Alahai Puan Hisyamudinmah jadi MENTERI HAL EHWAL WANITA lah lepas PRU 13 nanti.
al fatihah semoga keluarga mereka bersabar dan menghadapi dugaan...amin....
gila kmu smua nya org pilina akan menang tak kan malaysia menang gila lah kw
Menang loteri la.. Suhh!
kemana sudah suara lantang menteri pertahanan dan menteri dalam negeri dan pm,sibuk urus masalah negara luar konon nak jadi hero antarabangsa tempat sendiri tempat lepas kencing saja ,temberang + bohong tindakan kelas kambing baik letak jawatan
apa yg berlaku hanya allah saja yg tahu. kita sama sama berdoa semoga konflik ini crpat selesai
Perang je..allahuakhabar..
Ala semua ni lakonan jer mula2 panggil masuk (x thu sapa yg panggil)konon nk jadi hero tapi bila mangkuak tu masuk dh jadi glabah beruk bagi lagi pilipina indon masuk kt sna bnyak2 bia suatu ari sabah trpisah jugak dr malaysia aaalllla serumpun le katakn baik semu kerajaan d sabah xleh pakai bia org semenanjung bri tunjuk ajar bgaimna nk mntakbir negara cmner nk mkn rasuah cikit2 lama2 jdi bukit,cmner nk bri projet pd kroni haaa kna blajar tu bkn bodoh nk p perang mati sana mati sni bangang toi eeeeee gerammmmnye akuuuuu
Catat Ulasan