Sabtu, 18 Mei 2013

HOT INFO! Kerajaan Berjanji Akan Turunkan Harga Kereta!


Berita baik pada mereka yang merancang untuk beli kereta! Mc pun rasa nak beli satu lagi lepas ni. he he..

Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini Jumaat.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. -BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, kalau xsilap BN kata harga kereta tidak turun sebab kalau turun pendapatan negara akan terjejas....yang kata nak turunkan harga kereta ialah PR. Tolong jelaskan satni orang tuduh BN ciplak manifesto PR pulak!!!!

Tanpa Nama berkata...

Afta dah lama sebelum pr turun kereta.duit semakin kecil nilainya kalau harga kekal kira turun juga kan pr.rafizi autamotif lebih