Rata-ratanya para penyokong BN di negeri Kedah sedang dalam keadaan gembira dan masih lagi meraikan kemenangan merampas negeri itu kembali dari “jajahan” PAS. Masih ramai yang seronok bercerita mengenainya…
Bukan mudah sebenarnya untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Tetapi dengan kesungguhan usaha, komitmen yang tinggi, pengorbanan dan mengenang keadaan negeri yang hampir hancur “dikerjakan” PAS, maka atas nama parti, Kedah berjaya ditawan semula.
Saya masih ingat lagi pada tarikh 5 Mei, tepat pada jam 5.00 petang, masing-masing terkebil-kebil di papan “scoreboard” di Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Setar.
Menanti kiraan undi satu persatu dari setiap peti undi di semua DUN dan Parlimen. Memang mendebarkan..Ketika itu, saya dan rakan-rakan seperjuangan hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Seluruh jentera, penyokong dan pemimpin BN sudah bermati-matian berusaha, hanya kuasa Allah SWT saja yang menentukan.
Ditakdirkan Allah, BN kembali merampas Kedah. Alhamdulillah. Kemenangan itu diiringi dengan laungan “Allahu Akhbar” dari mulut saya dan rakan-rakan. Kalimah itu bukan dikhaskan untuk PAS saja, kan?
Kini, saya lihat Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir adalah manusia paling sebok danseluruh mata rakyat sedang bertumpu padanya. Dari riak wajah ketika bersalaman dengannya baru-baru ini, saya melihat satu beban yang sangat besar jatuh di atas bahunya…
Memang beliau gembira dan tersenyum, tapi siapa tahu apa yang tersirat dihatinya. Mukhriz menggalas harapan seluruh rakyat Kedah, termasuk para penyokong PAS, yang mahu melihat perubahan besar yang positif di negeri Jelapang Padi itu.
Saya kira Mukhriz sedar tentang negeri Kedah yang hampir punah dijahanamkan puak-puak PAS Kedah selama tempoh 5 tahun. Meskipun cuba diselamatkan dan di “cover” Azizan, puak-puak itu tidak peduli. Azizan sendiri hampir ditumbangkan mereka!
Banyak sangat perkara yang perlu diperbaiki Mukhriz. Selain KUIN yang berhutang sebanyak RM330 juta pada bank, masih ada lagi berbaki hutang yang ditinggalkan PAS Kedah yang berjumlah berbilion ringgit.
Masalah di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP), pembaikpulihan alam sekitar akibat kerakusan “rompakan balak”, cubaan resapan fahaman Syi’ah yang makin kuat, pusat-pusat hiburan yang banyak tumbuh di era PAS dan masalah air perlu ditangani beliau.
Selain itu, Mukhriz perlu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di Kedah dan keadaan sosio-ekonomi yang lembap perlu dirancakkan kembali. Sektor pelancongan yang terbiar dan pembasmian rakyat termiskin juga perlu diambil perhatian.
Anak lelaki mantan Perdana Menteri itu juga perlu memikirkan formula untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad “Hijau Kuning” memandangkan orang Kedah memang sukakan bolasepak. Itu sudah pasti.
Bagi golongan muda pula, litar lumba yang diakujanjikan perlu dibina dan peluang pekerjaan perlu dibuka seluas-luasnya di negeri tersebut. Jangan lupa pula fikirkan cara untuk tingkatkan tangga gaji di Kedah yang terlalu rendah diantara RM250-RM750 sebulan yang masih diamalkan…

Itu baru sedikit dan belum lagi dimasukkan secara terperinci senarai akujanji BN pada PRU ke-13 yang lalu. PAS Kedah memang masih “berkabung”, tetapi ada juga yang sudah mula mengingatkan tentang akujanji tersebut.
Pada saya, saya yakin 100% bahawa Mukhriz mampu melaksanakan segala perubahan dan harapan rakyat Kedah itu. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Namun berikanlah masa padanya untuk menyempurnakan amanah yang ditanggungnya sekarang sebagai Menteri Besar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan senang untuk membaik pulih sebuah negeri yang bagaikan labu ditebuk tikus, berlubang di sana sini. Tapi percayalah, BN Kedah mampu menggalas amanah rakyat tersebut. InsyaAllah…
Sumber :- MyKMU

2 ulasan:
Paduuuu
Perjuangan baru bermula jadilah seperti ayah and... Pasti boleh.. Kini bukan lagi .......
Hanya pakai kot duduk bilik dingin
Menyombong diri dan mengaya diri
Mengaut utk keluarga dan gang
Pandanglah ke bawah org yg mengundi anda... Semuanya bangsa Melayu bukan cina
Semua org mau kaya
Semua org mau anak isteri hidup senang
Semua org mau bercuti ke luar negeri
Semua org mau makan restoran mahal
Semua org mau makan steak bukan hanya nasi campur
Semua org mau shopping
Berbagilah kesenangan bersama....kerana org byklah Kedah kembali ke.UMNO
Lebih dan utamakan MELAYU ISLAM BUMIPUTERA
Catat Ulasan